Hari ini nak berkongsi dengan korang semua mengenai 13 aktiviti best yang korang boleh lakukan di Pulau Kapas sepanjang 2 hari 1 malam kitorang di sana. Untuk korang yang belum membaca mengenai percutian kitorang ke Pulau Kapas, boleh ke link ini Percutian Ke Pulau Kapas.
13 Aktiviti Menyeronokkan di Pulau Kapas
Jom kita lihat apa aktiviti menyeronokkan yang korang boleh buat di Pulau Kapas, Terengganu.
1. Beach Walking
Sebelum menunggu untuk check in di resort, kitorang mengambil kesempatan untuk berjalan-jalan ditepi pantai. Seriously, banyak view yang cantik & sedap mata memandang sekitar Pulau Kapas. Ditambah lagi dengan pasir yang bersih & cuaca yang cerah. Laluan pejalan kaki juga disediakan sepanjang pantai.
2. Main Buai Laju-Laju
Sepanjang beach walking, ada diletakkan buai di beberapa pokok besar. Boleh stop kejap main buai laju-laju sambil nyanyi lagu laju-laju buaiku laju pohon beringin tegaknya tinggi, kalau rendah menyapu bumi, penghibur aku menolong aku, bertiuplah oh angin bayu, laju laju buaiku laju akulah anak yatim piatu. (Nah dengan lirik sekali aku kasi haha). =P
3. Mandi Pantai
Kalau dah namanya pergi pulau, memang tak sah tak mandi pantai kan? Seronok mandi-manda di Pulau Kapas sebab tak crowded dengan orang ramai. Tapi, kurang berkenan pulak dengan beberapa pasangan yang beromantik dalam air. Kitorang datang nak bercuti, nak menikmati keindahan pantai bukan nak tengok kau duk bercengkerama dalam air. Sabar jela. Malu sikit dengan penduduk tempatan nie. =D
Antara port mandi-manda yang best di Pulau Kapas
4. Bergambar Latar Belakang Resort Yang Cantik-Cantik
Banyak Resort cantik di Pulau Kapas. Antaranya Kapas Coral Beach Resort, Ombak Kapas, Kimi Kitchen & Resort, Pak Ya Sea View Restaurant & Resort dan banyak lagi. Kitorang ini tak boleh tengok resort cantik-cantik nie. Mulalah nak bergambar latar belakang resort. Kalau boleh disetiap resort kitorang nak bergambar LOL.
Sebelum berangkat pulang, masing-masing sibuk duk posing sakan dekat dinding bilik Kapas Coral Beach Resort (rujuk gambar dibawah haha). Nice betul kan gambar bawah ni. –.-
5. Food Hunting di Tempat Makan Best
Kalau rasa nak food hunting di Pulau Kapas, sila sediakan duit lebih sebab almost harga makanan dan minuman di Pulau Kapas harganya 2 – 3 kali ganda berbanding harga biasa. Normal-lah kan. Pergi pulau mana pun rasanya harga memang agak mahal. Sempat singgah makan di Kimi Kitchen & Resort, Pak Ya Sea View Restaurant & Resort dan Ombak Kapas Café.
Most of makanan di sana agak sedap jugak cuma service kurang. Di Kimi Kitchen, fries yang agak hancur & kecil dicaj RM12.00. Sesak nafas nak bayar. Minuman di sana just nice & suasana tempat makan pun sangat cantik! service memang out. Staff tu kalau boleh senyum la sikit dekat customer jangan buat muka ketat sangat macam kita datang kedai dia nak minta hutang luls.
One of our new friends suggested makan tomyam di Pak Ya Sea View Restaurant. Katanya tomyam disitu sangat sedap dan harga pun around RM5.00 – RM6.00 macamtu. So why not kita try kan. Pergi sana tomyam takde. Yang ada masakan panas macam nasi goreng mee goreng semua. So, order la nasi goreng kampung dan memang dia dah letak pun telur dadar sebijik. Tak payah add on telur dadar pun takpe dah. Service memang out haha sorry Pak Ya. Lama betul kitorang duk tunggu makanan siap. Air pun sama. =D
Roti telur di Kimi Kitchen & Resort
Sangat berpuas hati makan di Ombak Kapas Café. Untuk pengetahuan korang, Ombak Kapas Café pernah masuk rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Memang nampaklah terpampang banner kecil JJCM dalam kedai diorang. Makanan pun just nice. Bihun goreng dia sangat sedap. Portion besar boleh makan untuk dua orang. Letak pulak telur dadar & keropok keping dalam bihun. Sedap.
Bihun Goreng di Ombak Kapas Café
6. Bermain Bola Tampar Pantai
Disebelah petang, boleh beriadah di tepi pantai bermain bola tampar pantai. Jangan berebut nak tunggu turn korang bermain sebab banyak gelanggang bola tampar disediakan untuk pengunjung. Nak lagi extreme, pergilah bermain bola tampar bersama foreigners instead of bermain dengan pengunjung tempatan. Baru kau tahu langit tinggi ke rendah.
7. Bergambar Latar Belakang Sunset
Korang juga boleh mengabadikan kenangan terindah bersama yang tersayang dengan bergambar berlatar belakangkan sunset. Yang jenis mother nature, suka tengok pemandangan waktu senja, memang suka sangatlah melihat keindahan waktu petang di Pulau Kapas ini. Memang cantik! Nak lagi win, ajak la pasangan korang pergi ditengah pantai, kemudian cantumkan tangan buat bentuk LOVE. Snap gambar berlatar belakangkan sunset. Win betul! KAHKAH.
Jom kita cantumkan jari kita menjadi LOVE? –.-
8. Bermain Pasir Yang Halus Bak Kapas (Amboi)
Rugilah kalau datang Pulau Kapas tapi tak main pasir kan. Paling common pun membina sebuah istana pasir. Nak lagi power, suruh member korang tanam korang dalam pasir. Yup, seriously memang cantik pasir di Pulau Kapas. That’s why la dinamakan Pulau Kapas. Pasir disana bak kapas katanya. =D
10. Candle Light Dinner di Ombak Kapas Café
Di waktu malam, korang boleh bawa pasangan korang ke Ombak Kapas Café untuk menikmati hidangan yang lazat sambil candle light dinner. Macam-macam menu ringan & berat yang disediakan di Ombak Kapas Café. Diorang pasang pulak lagu english yang romantik memang sesuai sangatlah dengan konsep candle light dinner itu.
11. Snorkeling Bersama Obor-Obor (AWAS) & Ikan Nemo
Sebelum nak sewa alatan snorkeling, make sure air pantai pasang okey. Di Pulau Kapas ini, air pasang pagi surut pukul lima. Macam kitorang haritu semangat sewa alatan snorkeling petang, so memang tak boleh snorkeling langsung sebab air surut. Terpaksa tunda aktiviti snorkeling keesokan pagi. Ikan di Pulau Kapas pula macam malu-malu nak keluar dari sarang. Mujur ada roti boleh bagi ikan makan. Kesian ye kelaparan semua.
Nanti tengah syok kau snorkeling, obor-obor pun sibuk nak join sekali. Sebelum ini tengok obor-obor dalam bekas kaca di Aquaria KLCC je. Tapi sekali datang Pulau Kapas, siap boleh berenang dengan obor-obor lagi wakaka . Awesome sangat nie dah kenapa. Ikan Nemo yang cantik dalam animasi popular Finding Nemo pun ada di Pulau Kapas okey. Jangan main-main. =D
12. Berkhemah & BBQ Ditepi Pantai
Korang juga boleh merasai pengalaman berkhemah di tepi pantai Pulau Kapas. Boleh jimat kos penginapan. Kemudian, waktu malam boleh bbq sambil bermain gitar & melihat bintang di langit wah wah . Tak payah keluarkan duit makan juga as di Pulau Kapas ini harga makanan agaklah tidak berpatutan.
13. Berkayak
Aktiviti berkayak juga turut disediakan di Pulau Kapas. Kami tak berkesempatan untuk merasai pengalaman berkayak di Pulau Kapas sebab jadual sangat pack katakau. Padahal malas berkayak. Maybe kena datang lagi kesini one day untuk aktiviti kayak pula. Ramai juga pengunjung yang berkayak pada hari kejadian.
Itulah serba sedikit aktiviti best yang boleh korang lakukan di Pulau Kapas, Terengganu. Untuk korang yang ingin merasai suasana pantai maklumlah menetap di bandar & kerja pun dekat bandar, bolehlah masukkan Pulau Kapas dalam travel list korang ye.
Nak pergi Pulau Kapas balik hari (day trip) pun boleh sebab ramai juga pengunjung yang datang ke Pulau Kapas hanya untuk mandi-manda dan snorkeling. Pulau ini kan dekat sahaja dengan Jeti Marang. Naik bot 15 minit pun dah sampai. Lagipun, resort/homestay di Pulau Kapas harganya lebih murah berbanding Pulau Redang & Pulau Perhentian.
Kalau ada budget lebih, pergi la pulau jauh sikit. Kitorang ini nak berjimat, but at the same time teringin nak pergi pulau,mandi pantai,snorkeling,main pasir. That’s why kitorang pilih ke Pulau Kapas. Paling dekat dengan rumah kitorang. Lagipun tak pernah lagi ke Pulau Kapas.
Pulau Perhentian dah pergi, baca entri Percutian ke Pulau Perhentian. Pulau Redang pun dah pergi masa Tingkatan Enam haritu haha lamanya maybe after this boleh bercuti ke Pulau redang for the second time kot. In sya Allah. =D
16 Komen untuk "13 Aktiviti Best di Pulau Kapas, Terengganu"
13????
BANYAK TU TT_TT
aaaa nak nak nak giii T_T
bestnya.. cuti2 cuci mata cuci minda..
Arhh! Lmanya xbrcuti di pantai.grrr..huhu..
wahhh..awk bleh jadik tourist guide neh.hehe.
peh. next trip ke sane lah nampknye haha
Hahaha. Sweet sgt bgmbar ltr blkg sunset!
Hahaha pergilah dengan kawan-kawan. seronok =D
Best bro. Mari lah join sekali
Mari bercuti di pantai hehe
mari nok jadi tourist guide awok lah bawa family bercuti hehe
in sya Allah bro. =D
thanks sis. =D
Still lagi takleh move on dgn post ni huhuhu ok nnt kita nak giiiiiiii wuuuuhuw
agak2 brp bajet bercuti kat pulau kapas ni ye?
Wah.. mmg lg murah ea kalu gi Pulau Kapas? Teringin nk snorkeling kt sana... (tp kalu ada obor2 ok ke tu??)
antara package 3D2N @ book bilik shj without package, yg mana lagi better?