Berikut senarai 15 blog paling ramai pengikut di Malaysia dari Google Friends Connect. Pengikut-pengikut blog yang disenaraikan di bawah mungkin akan bertambah dari semasa ke semasa. Biasalah. Blog popular kan. Mesti hari-hari ada je orang nak follow kan. * nada jeles * Entry ini ditulis pada tahun 2012. Mungkin beberapa tahun kemudian baru korang terjumpa entry ini. Masa korang membaca entry ini, blog yang disenaraikan dibawah pun mungkin sudah tak aktif.


Blog Paling Ramai Pengikut 

 
Jom kita tengok blog siapakah yang mempunyai pengikut yang paling ramai di Malaysia. Mungkin senarai blogger di bawah korang sendiri pun dah kenal. Jika belum kenal sudi-sudikanlah follow diorang okay. Jangan lupa follow aku sekali haha. 


1. Lyssa Faizureen – 55 308 Pengikut




Setakat ini tiada lagi kot yang mampu mengejar pengikut Lyssa ini. Lyssa memang diakui seorang blogger yang rajin dan peramah. Tak sombong walaupun ada followers beribu. No wonder la punya followers beribu. Aku nie followers baru cecah 1k dah mula hidung tinggi. Buat mereka yang nak tutorial mengenai blog, boleh masuk blog Lyssa. Banyak tutorial dekat sana.

2. Fatin Liyana – 48 586 Pengikut




Bukan hanya glamour di dunia blog, malah di dunia realiti juga. Mereka yang tiada blog pun kenal sama Fatin Liyana. Kawan-kawan lelaki aku pun selalu duk sebut-sebut nama Fatin ini. Dah keluar tv, keluar surat khabar, majalah apatah lagi. Kecantikan asli Fatin merupakan daya tarikan utama kepada blog Fatin. Dah nama pun cantik, suka betul la orang nak jadi pengikut blog. Sekali post entri beratur orang masuk tau. Aku pun tak terkecuali. Walaupun panjang gila entri dia tulis, gigih aku duk baca setiap patah. Kekadang baca sampai dua tiga kali. over kau Apijol.


3. Hanis Zalikha – 41 288 Pengikut





Mula-mula blogger, kemudian model, kemudian pengacara, kemudian pelakon lepasnie mungkin penyanyi pulak kot. Blogger serba boleh Hanis Zalikha juga mempunyai pengikut blog yang sangat ramai tak terkejar olehku. Blogger tinggi lampai dan cantik ini mula melebarkan sayapnya ke bidang seni pula. Aku tak tengok lagi lakonan Hanis. Tapi haritu sempat juga tengok rancangan dibawah pengacaraan dia. Berbakat. Itu je aku boleh cakap. Dengar khabar Hanis pun ada berlakon filem. Mesti pengikut Hamis Jalika dah tak sabar nak melihat lakonan hebat beliau kan. Comel je dia gelar nama dia Hamis Jalika kat blog.


4. Maria Elena – 34 616 Pengikut





Baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Asfirdaus, abang kandung Fatin Liyana. Korang yang nak baca kisah perkahwinan mereka cepat-cepat la masuk blog Maria. Maria juga seorang Vlogger yang popular. Video beliau kalau tak cecah ratus ribu pageview memang tak sah. Aku dah lama mengikuti blog Maria. Dia punya entri sempoi dan lawak macam video dia jugak. Aku suka tengok gambar-gambar dekat blog dia terutama gambar bila dia buat muka pelik. Serious rasa macam nak lempang pun ada. kahkah. Maria baca naya aku.


5. Cik Epal - 28 146 Pengikut






Walaupun entri-entri Cik Epal mak datuk panjang bukan main, tapi aku baca jugak sampai habis. Sampai habis kau aku baca. Kekadang gelak sorang-sorang bila baca entri dia. Kebanyakan entri dia pulak pasal kisah hidup dia. Tapi diolah menjadi menarik sehingga menarik ramai orang masuk blog dia nie. Muka Cik Epal ada iras-iras artis Faradhiya sikit. Sikit la. Kbai.


6. Irine Nadia Marcello – 27 890 Pengikut






Irine pulak tak kurang hebatnya. Kecantikan yang dimiliki Irine merupakan antara tarikan orang sukakan blog dia. Rasanya semua sudah maklum Irine merupakan seorang isteri muda. Dah kahwin tahu Irine nie. Rasanya lagi muda daripada aku. Mungkin 20 tahun. Aku pun tak berapa pasti. Irine juga bakal jadi ibu. Nak tahu kisah hidup Irine, majlis perkahwinan, kisah dia jadi isteri muda, kisah dia bakal jadi ibu muda, boleh lah terjah blog Irine.


7. Zack Zukhairi – 27 041 Pengikut





Blog jejaka handsome ini mempunyai auranya yang tersendiri. Satu post pun komen dah cecah beratus-ratus. Tapi, Zack dah jarang post entri baru. Kalau masuk blog dia memang tak berupdate. Entri sama je. Bila nak update aku pun tak tahu la. Dia punya lukisan memang cun habis. Ayat dia guna pun sangat bersahaja. Walaupun satu entri panjang ibarat karangan 700 patah perkataan, tapi aku pasti pengikut dia tetap baca sampai habis. Contohnya aku.


8. Ben Ashaari – 25 828 Pengikut






Siapa tak kenal abang tough Ben Ashaari. Segmen-segmen yang Ben buat telah mempopularkan blog Ben. Aku pun pernah join segmen Ben. Sejak mempunyai anak comel, Qhalif, Ben dah jarang buat segmen baru. Dah lama ni aku tunggu segmen terbaru dari Ben. Mungkin dia busy duk layan Qhalif mana ada masa dah nak buat segmen. Ben selalu juga post pasal Qhalif dekat blog. Korang nak tahu kisah Ben dengan Qhalif boleh la masuk blog Ben. Tapi rasanya korang pun dah kenal dia nie kan.


9. Jejari Runcing – 25 033 Pengikut






Pemilik blog ini merupakan bekas tunang penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat. Mungkin status dia juga yang mempopularkan blog ini. Blog ini sangat popular buktinya pageviews blog ini sahaja sudah mencecah jutaan pembaca. Pemilik blog juga seorang yang manis dan bertudung litup.


10. yuyu Zulaikha – 20 880 Pengikut





Siapa tidak suka mengikuti blog gadis kecil molek yang ramah dan comel macam Yuyu Zulaikha kan. Baru-baru ini yuyu ada post entri pasal dia jadi cover untuk majalah dara. Terpampang muka dia depan majalah dara. Hebat bukan ? Yuyu juga pernah masuk tv, masuk surak khabar. Dah jadi artis blogger dah yuyu nie.


11. The Other Khairul – 18 361 Pengikut





Menggelarkan dirinya sebagai Mr. K. Blog ini digilai ramai awek kat luar sana. Dia punya entri memang menarik siap dengan ayat-ayat gramatis dan power. Aku pun kekadang kalau baca blog Mr. K terus otak rasa terfikir-fikir akan isi kandungan entri. Mr. K nie macam doktor cinta pun ada. Selalu pembaca bertanyakan macam-macam soalan pasal cinta kat dia.


12. Nisa Kay – 13 701 Pengikut





Fasionista yang suka benar bergambar. Nampak kamera terus galak duk posing. Menarik mengikuti perjalanan hidup seorang Nisa Kay ini. Blog dia juga banyak entri mengenai review filem, shopping online, entri yana samsudin pun banyak sebab dia die hard fans yana samsudin.


13. Tubelawak – 12 729 Pengikut





Rasanya blog ini pun dah jarang update. Aku suka jugak baca blog ini sebab entri dia lawak tak ingat. kekadang tu mengarut juga tapi ada input berguna yang ingin disampaikan oleh penulis blog.


14. Nurul Badiah Lai – 10 467 Pengikut





Seorang peguam yang pandai berfesyen dan pandai berkata-kata. Dah nama pun peguam kan, mesti la pandai berkata-kata. Blog Nurul banyak menceritakan kisah hidupnya dari seorang pelajar menjadi seorang yang berkerja. Dari single menjadi isteri orang. Dah nak dapat baby pun Kak Nurul nie. Blog ini juga mengandungi banyak gambar comel Kak Nurul. Entri dia kahwin paling best rasanya. Setiap entri memang ada maksud tersirat yang ingin disampaikan. Ayat yang Kak Nurul pakai pun best-best aku suka jugak copy paste ayat dia. Kantoi. hehe


15. Fatin Suhana – 10 186 Pengikut






Blog ini dimiliki oleh seorang fasionista model muslimah. Cantik sangat pemilik blog ini tau. Blog Fatin pun blog personal juga. Banyak cerita pasal life dia. Pasal dia pergi travel, pasal online shopping, keluarga ect. Setiap entri diselitkan gambar-gambar yang menarik. Aku jarang masuk blog Fatin nie. Sebab blog dia macam more to girlish. Kalau lelaki nak stalk gambar-gambar comel dia jemput la masuk.



P/s : Ini antara 15 blogger paling ramai pengikut di Malaysia. Kalau korang tahu blog lain yang aku tak senaraikan, share-share la kat ruangan komen dibawah okey. Blog aku bilalah nak ada ramai pengikut macam blog diorang kan. =p