Steamboat Murah di Cyberjaya-Steamboat Empire

Dah lama tak update pasal makan-makan kan? Actually banyak je tempat makan best yang aku terjah but since sekarang masing-masing ber-ig je, aku pun turut sama post kat ig jela. Jangan lupa follow @hafiz_hafizol okay. Sempat lagi promote hehe.

STEAMBOAT SEDAP MURAH DI CYBERJAYA STEAMBOAT EMPIRE

Haritu teringin nak makan steamboat yang murah & sedap area Cyberjaya. Then try la search dekat Google, terjumpa Steamboat Empire nie. Kebanyakan review cakap dekat sana steamboat murah & sedap. Harga sekitar Rm26.00/head. Gila tak murah lagi ke macam tu harganya. Lokasi Steamboat Empire di Gem In Mall, Cyberjaya. Dekat sajelah dari Putrajaya around 5km sahaja. So jomlah kita terjah!

steamboat murah cyberjaya

Nampaknya dah naik harga ye menjadi RM 32.90. Cepat betul harga naik nie. Rasanya review yang aku baca di Google tu baru tahun lepas je pun. Alang-alang dah sampai depan kedai jomlah kita masuk kedalam terus.=D

steamboat murah cyberjaya_1

Masa kitorang sampai customer tak ramai pun. Takdelah berebut nak ambil makanan kan. Nak snap gambar pun tak malu-malu. =.=

steamboat empire cyberjaya

Di Steamboat Empire ada satay celup but kalau dia gantikan dengan yong tau fu confirm aku-lah customer yang paling happy. Favourite aku tu yong tau fu! Lagi-lagi yang kuah manis pekat tu. Dap nye weh. And i’m sure kegemaran ramai orang jugak kan =P

steamboat empire murah cyberjaya

Nak makan satay celup boleh layan diri okay. Ambil la nak makan banyak mana pun.

steamboat empire murah cyberjaya_1

Ini antara pilihan seafood yang korang boleh makan di Steamboat Empire.

steamboat empire cyberjaya_1

Nak makan grill pun ada. Nanti diorang tolong grill-kan. Korang tak payah grill sendiri pun. Tunggu siap nanti diorang hantar kat meja. Tapi tak banyak pilihan grill. Ada ayam, sotong, udang, and some seafood yang ada shell tu aku pun tak pasti apa nama masing-masing. Yang pasti kerang takde ah.

steamboat empire cyberjaya best

Ada pelbagai pilihan sayur juga. Gambar bawah ini just some of them je. Tapi mungkin boleh dipelbagaikan lagi kot as some of sayur kegemaran aku bila buat tomyam macam brokoli, kubis bunga, kubis cina takde pulak aku nampak. Aku agak sedikit kecewa la hm.

steamboat empire cyberjaya_2

Ini pulak pilihan sauce yang terdapat di sana.

steamboat empire cyberjaya murah_3

Nanti korang akan diberi pilihan nak chicken soup or tomyam. Sorang boleh pilih 1 soup and akan dapat dapur sorang 1. So jangan berebut yer. =D

steamboat empire cyberjaya_4

Ini makanan grill. Firstime makan steamboat tapi staff yang tolong grill-kan. Biasa kan grill sendiri je. But seriously memang sedap juga grill dia. Rempah dia best ada rasa pedas + manis. Cicah pulak dengan sauce memang ummpphh. Adoi dah terbayang balik pulak grill dekat sana acane nie hihi. =D

makan sedap di cyberjaya steamboat empire

Rojak buah pun ada. Kuah rojak just nice la.
steamboat empire cyberjaya best_1

Last sekali kitorang makan buah sebagai pencuci mulut. Aiskrim yang machine tu pun ada dekat sana but tak boleh nak makan sebab masa tu aku batuk teruk.

gambar buah buahan sedap

Oh, playground pun ada jugak disediakan di sana. Korang yang berkeluarga and mempunyai anak kecil tu jangan risau letak jela diorang dalam playground nie. Barulah korang boleh menikmati steamboat di Steamboat Empire dengan tenang. \0/

playground di steamboat empire

Selamat menjamu selera guys!
6 Komen untuk "Steamboat Murah di Cyberjaya-Steamboat Empire"

Menarik jugak tu, ada staf yang tolong grillkan. Biasa kalau grill sendiri... siap ada yang ter hangus lagi haha

Steamboat ni heaven sgt kalau makan ramai-ramai ngn member & menu pun variety

adui meleleh air lior tengok waktu lapar gini T__T siap ada org tlg grillkan lagi ha. berbaloi byr kalo mkn puas hati hehe

owh.. nanti dorang grill kan ya... mesti best kalau dapat grill sendiri baru lagi syok. hehe.. ini mungkin nak buat satu pembaharuan.

alaaa lama tak makannnn sedap tau steamboat sini. hehehe last dtg time review.. bila nak pergi sini ntah wakakkaka

wah menarik tempat ni. boleh cuba ni. lagi pon dah lama x makan steamboat

Back To Top