Pengalaman Ke Aquaria KLCC

Baru-baru ini berpeluang merasai pengalaman ke Aquaria KLCC. Sebenarnya memang tiada dalam perancangan langsung pun nak menghayati hidupan laut di Aquaria KLCC sana. Maklumlah kita ini usia dah lanjut macam tak sesuai pulak nak masuk ke Aquaria KLCC. Berjalan punya berjalan, tiba-tiba dah ada depan pintu masuk Aquaria KLCC. Boleh macamtu? hehe. =P

 

 

Jpeg

 

Gila punya excited dapat masuk Aquaria KLCC nie sebab hampir kesemua hidupan laut yang terdapat dalam ini, aku belum tengok dengan mata kepala sendiri. Ikan yang dalam gambar atas nie siap diorang kasi pegang lagi. Ini di zone Rocky Shore Touch Pool. Lama juga main tangkap ikan kat sini wakaka. Apa nama ntah ikan ini. Pelik semacam bentuk dia. Panjang & kiri kanan ada banyak sayap. LOL . Boleh juga sentuh sea cucumber. Keras rupanya. Ingatkan lembik. –.-

 

 

Jpeg

 

 

Gambar atas nie ikan piranha yang makan daging orang tu. Dia punya gigi tajam, panjang & berkilat semuanya. Sebijik macam dalam filem Piranha lah senang cakap. Seram pulak duduk lama-lama luar cermin pameran. –.-

 

 

Jpeg

 

 

Aku tak sure apa nama ikan atas nie. Yang pasti, memang sangat besar. Lagi besar daripada aku lah aku rasa. Insecure sangat kita bila bergambar depan dia.

 

 

obor obor aquaria klccObor – obor

 

 

gambar kuda laut Kuda laut

 

 

Paling best di Aquaria KLCC mestilah  di zone Oceanarium. Berdiri di laluan yang bergerak slow motion dan dikiri kanan anda ialah ikan-ikan yang ligat berenang. Ikan-ikan itu pulak memang belum pernah korang tengok sebelum ini. Gila tak best kan? Ikan yang paling aku teruja nak tengok mestilah baby shark. Ikan yang paling besar di dalam Oceanarium

 

 

gambar baby shark Baby shark

 

 

JpegIkan Pelik suka melekat atas cermin Oceanarium

 

 

JpegOceanarium

 

Gambar bawah ini di zone Deep Forest. Lawa sangat boleh tengok ikan berenang dalam tube tank yang besar. Kalau tak salah la, dalam tube tank tu ada ikan Arapaima.

 

 

JpegDeep Forest

Sedikit info mengenai Aquaria KLCC,

- Dibuka setiap hari dari 10.30 am – 8.00 pm (including weekends and Public Holidays)

- Last admission 7.00 pm.

 

 

Tiket masuk ke Aquaria KLCC

 

Adult – Admission Rate = RM53, MyKad Admission Rate = RM40

Child ( 3- 12 tahun) – Admission Rate = RM42. Mykad Admission Rate = RM30

Senior Citizen ( 60 tahun dan keatas) – Admission Rate = RM52, Mykad Admission Rate = RM30


Musim cuti sekolah nanti, elok benar la bawa anak-anak ke Aquaria KLCC okey? Gerenti diorang suka. =D

 

Aquaria KLCC

15 Komen untuk "Pengalaman Ke Aquaria KLCC"

Kalau x silap nama ikan tu ikan naga...

Eii menyeramkan plak ikan yg melekat kt cermin akuarium tu

Emm.. memang ada dalam perancangan nak melawat Aquaria ni,

wah.. banyak nya ikan... kih3

okei. comment will be visible after approval... krik3

Ikan yg lekat kat dinding tu seram gila. Haha. Boleh mmpi ngeri ana dibuatnye!

Dulu waktu saya kerja,office sebelah klcc ni je tapi tak teringin pulak nak masuk. Tapi tengok gambar dalam ni rasa nak ajak anak pergi tengok especially ikan Piranha dengan ikan yang ada iras-iras hantu menyeramkan tu he he.

tq 4 info....buleh p tyme school holiday

ikan pirana tu macam seram je nak duduk dekat cermin.. kan pecah cermian tak menyempat lari

Haah seram sangat. Hodoh muka dia.. HAHAHA.

Pergi dengan anak-anak. Confirm diorang excited habis :D

Haha. Dah ketuk-ketuk cermin pun dia still macam tu jugak.

Geram.

Pergi dengan anak-anak mesti best. Mujur kita takde anak waha.

Banyak. Macam-macam ikan ada ! haha

There are also duties involved like feeding your pets on time, regular cleaning of tanks, and like any other pets that could get sick, ill fishes could require greater care. To help kids make success in keeping aquariums, careful selection of fishes should be done. Fishes ideal as pets for kids, and the very ones advised for beginning aquarists, are the ones known to be hardy. When getting a fish, kids would most likely think about a goldfish in a bowl. https://aquariaguide.com/best-plants-for-betta-fish/

Back To Top