TEMPAT MAKAN BEST WAJIB SINGGAH DI KELANTAN

Harini nak berkongsi dengan semua pembaca mengenai tempat makan best wajib korang terjah di Kelantan. Bru-baru ini berpeluang food hunting ke Kelantan. Dah target nak makan roti titab (breakfast), Restoran Nasi Ulam Kampung (lunch) & tea tarik madu (minum petang). Here we go.

Tempat Makan Sedap di Kelantan


Memang banyak tempat makan yang sedap sekitar Kelantan. Tapi ini sahaja yang sempat kami terjah. Jom! 

1. Breakfast di Warung Kita (Roti Titab)



Kitorang breakfast di Warung Kita yang sangat famous dengan roti titab. Dengarnya roti titab hanya boleh jumpa di Kelantan. Memang excited sangat la nak merasa roti titab. Kitorang bergantung dengan google maps untuk sampai ke Warung Kita. Agak mencabar juga nak sampai ke Warung Kita. Plus kitorang bukanlah familiar sangat dengan negeri Darul Naim ini. Mujur Google Maps banyak membantu. =D


roti titab kelantan


Sampai di Warung Kita around 12.00 tengahari, tak ramai customer sangat. Maybe sebab dah tengahari kot. Order 5 biji roti titab sekejap je dah sampai. Selain roti titab, ada banyak lagi menu yang terdapat di Warung Kita macam roti stim, roti bakar, roti goreng telur & banyak lagi. Sesuai untuk santapan breakfast korang.


roti totab kelantan


Inilah rupa roti titab. Manamana? Terliur tak nak mencuba roti titab di Warung Kita, Kelantan ini? Kepingan roti yang tebal dibakar rangup, disapu kaya pada setiap bucu roti dan diletakkan sebiji telur rebus separuh masak diatasnya. Memang sedap. Harga sebiji roti titab ialah RM5.00. Maybe boleh kasi kurang lagi kot taukeh? –.-



Jpeg



Untuk pengetahuan korang, Warung Kita ini sangatlah famous. Ramai artis popular sudah datang ke Warung Kita ini. Buktinya, memang banyak gambar artis terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza, Heliza Helmi dan ramai lagi ditambal di dinding kedai. =D



Jpeg


Selesai menikmati roti titab di Warung Kita, kitorang pun bergerak ke Restoran Nasi Ulam untuk lunch di sana.


2. Lunch di Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan



Berpusing jugak nak cari parking ke Restoran Nasi Ulam. Parking jauh sikit dari restoran and jalan kaki ke Restoran. Sesampainya di Restoran Nasi Ulam, semua meja dah full. Terpaksa tunggu sampai orang habis makan boleh boleh meja. Dahsyat jugak eh penangan Restoran Nasi Ulam Cikgu ini. =D


restoran nasi ulam cikgu




Jpegrestoran nasi ulam cikgu



Processed with VSCOcam with a5 presetSemua meja penuh



restoran nasi ulam cikguAntara lauk yang kitorang ambil


Memang banyak lauk-pauk yang disediakan di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Dari ulam-ulaman, ayam goreng, ikan goreng, ayam kampung goreng, ikan bakar, ikan tongkol singgang, ikan keli gulai and banyak lagi. Budu tempoyak pun ada. Mostly lauk-pauk ala kampung. Berpinar mata nak pilih lauk wuwu. Budu memang wajib ambillah & order juga 2 jug air sirap bandung. =D


Processed with VSCOcam with a5 preset


Total kitorang makan RM50++ sahaja. Memang berbaloi betul. Alhamdulillah semua lauk habis licin (tebeng jugok makan walaupun perut dah kenyang) haha. Lepas buat pembayaran, cepat-cepat blah dari meja kitorang sebab dah ada customer duk tunggu meja kosong. Kitorang pun reti bahasa jugak kan.


restoran nasi ulam cikgu


Then pergi cuci mata tengok souvenir and bergambar kejap sekitar Kampung Kraftangan. Nak beli souvenir bolehlah beli di Kampung Kraftangan, bersebelah je dengan Restoran Nasi Ulam Cikgu nie. Macam-macam souvenir korang boleh jumpa di sana tau.


Sebelum berangkat pulang, sempat singgah di Pantai Cahaya Bulan. Hajatnya nak pekena tea tarik madu tapi kedai tutup pulak. So, pulanglah kitorang ke Kuala Terengganu dengan kempunan tea tarik madu. Sesampainya di Jabi, singgah makan sate di Restoran Sate Lanang. Memang terbaik sate dia. Murah + sedap. Siap tapau lagi buat balik. Besok boleh buat breakfast hihi.




sate lanang jabiSate Lanang, Jabi


Korang yang singgah di Kelantan, jangan lupa singgah breakfast roti titab di Warung Kita dan lunch lauk ala kampung di Restoran Nasi Ulam Cikgu okey!
Highly recommended.

Post a Comment

28 Comments

  1. mak aihh full house benor

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup siap tunggu meja kosong lagi tu.. haha

      Delete
  2. Roti Titab di Kelantan terbaekk.. hihihi =D

    ReplyDelete
  3. Aku orang Kelantan pun tak pernah singah lagi makan roti titab tu.
    RM5? Mahalnya :(

    ReplyDelete
  4. sedapnyya awokkk..tganu takdok ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ade rasa sbb pernah tengok tepi jalan iklan jual roti titab. x sure kat mana. lupa dah haha

      Delete
  5. Macam sedap jea sate tu. Nak tryla nanti.

    ReplyDelete
  6. Boleh tahan harga roti tuu. Lapar wehh baca entri ni. Haha

    ReplyDelete
  7. Pernah sekali makan roti titab ni. Mkn dgn safuwan saidi n zaq zakaria :)
    Nanti update lg psl tmpt lain ye.

    ReplyDelete
  8. Serius memang best ! Semua dah pernah pegi sebab dah tahun ke 4 belajar dekat kelantan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestnya mesti boleh rasa banyak tempat makan yang best di Kelantan kan

      Delete
  9. Tudia semua best ni... Nanti mummy pi kelantan bole g try... :D

    Kunjung balas dr blog http://notachentamummy.blogspot.con

    ReplyDelete
  10. Pagi layan kopitiam kita..makan roti titab..
    Lunch makan nasi ulam cikgu..
    Dinner di kopitiam jiran atau Tom Yam Gu Kita di jalan Pengkalan Chepa...
    Lewat malam layan Lamb chop di Jati Corner pulak..

    Lengkap 1 hari kerja makan.. Sebab itu AM makin temban..kikiki

    Artikel Paling HOT..
    HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Women
    HOT ITEM LeoRa Fragrance 4 Men
    Follow blog AM DISINI
    Hadiah daripada AM untuk sahabat AM DISINI

    Terima Kasih
    AlongMisuari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok tak singgah pulak di Tom Yam Gu dengan Jati Corner tu huhu. Maybe nextime

      Delete
  11. Roti RM5 macam agak mahal jugak untuk lunch ye :D Boleh dapat mee goreng

    ReplyDelete
  12. Ala mcm boleh nangis je sbb tak gi lagi huhuhu nak gi nanti!!!!!!!!! Yay breakfast n luncheon wuuuuu

    ReplyDelete
  13. And yes. Budu <333 hahahaha

    ReplyDelete
  14. Salam singgah. Saya ni peminat roti. Sedapnya tengok roti tu.

    ReplyDelete
  15. ok, menarik menu yg korang makan.. bila boleh melawat kelate? next year maybe

    ReplyDelete
  16. warung kita tu dekat benar dengan ipg, tapi tak pernah lak pergi. macam nak kena try je sate tu. jelez nih!

    ReplyDelete
  17. nasi ulam tu ade branch kat Taman Orkid, Pengkalan Chepa, tak bape jauh sgt dr KB. mebi sbg alternatif kpd cwgn di Kg Kraftangan sbb di Taman Orkid kurang crowded. Kalo google map/waze taip je Taman Orkid, in shaa Allah mudah smpi

    ReplyDelete