Hari ini nak cerita mengenai percutian 2 hari 1 malam kitorang ke Pulau Kapas, Terengganu dan sedikit tips ke Pulau Kapas. Kitorang bertolak ke Jeti Marang seawal 8.00 pagi sebab nak naik bot paling awal iaitu pukul 9.00 pagi.
Dah siap book resort & tiket bot return beberapa hari sebelum ke Pulau Kapas. Kitorang menginap di Kapas Coral Beach Resort, Pulau Kapas. Nantilah kalau aku rajin, aku review mengenai Kapas Coral okey.
Percutian 2 Hari 1 Malam di Pulau Kapas
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Jeti Marang sekitar 20 minit sahaja dan dari Jeti Marang ke Pulau Kapas sekitar 15 minit. Tambang pergi balik pula kitorang dapat RM35 instead of RM40. Sesampainya di Pulau Kapas, terus menuju ke Kapas Coral Beach Resort tapi check in hanya boleh dilakukan pada pukul 1.00 petang. So, marilah kita jalan-jalan bercanda di pasiran pantai dulu. \0/
Ada juga yang berkhemah tepi pantai
Tak susah nak cari Homestay/resort di Pulau Kapas. Banyak resort yang masih kosong di sana. Korang nak walk-in pun memang boleh sangatlah. Tapi kalau nak murah, better book sebelum bertolak ke Pulau Kapas untung-untung dapat harga lebih murah. Macam kitorang, harga asal bilik aircond + katil queen + single is RM180, kitorang dapat harga RM130 sahaja untuk 2 hari 1 malam. Memang berbaloi la kan. Aku pun tak tahu apa yang Amir duk chat dengan owner Kapas Coral Beach Resort sehingga dapat harga diskaun berbaloi-baloi itu.
Ombak Kapas kot? –.- (Yang pasti sangat cantik)
Sepanjang pantai, korang akan jumpa banyak homestay/resort yang cantik macam Ombak Kapas, Kapas Resort Island, Pak Ya Sea View dan Kimi Kitchen & Resort. Terdapat juga Café & Minishops, Stesen Sistem Solar Hibrid dan Jeti Pulau Kapas. Sambil berjalan, sambil bergambar. =D
Antara pakej snorkeling yang disediakan di Pulau Kapas (Snorkel + Life Jacket = RM15)
Buai macam ini pun banyak di Pulau Kapas. So semua boleh merasa okey. Jangan berebut haha
Sepanjang pantai di Pulau Kapas, ada disediakan laluan pejalan kaki macam dalam gambar diatas. Naik tangga turun tangga kemudian jumpalah port seperti di atas ini. Laluan pejalan kaki tamat dekat area sini. Air disini memang sangat jernih. Ada beberapa kumpulan pengunjung mandi manda & berkayak. Area sini tiada homestay & agak sunyi. So berpatah balik ke resort kitorang.
Letih berjalan sambil bergambar (hampir setiap tempat sepanjang pantai aku bergambar LOL), singgah basahkan tekak dan makan ringan-ringan di Kimi Kitchen & Resort. Memang nice gila resort ni. Ala-ala bertemakan tumbuh-tumbuhan. Tapi agak kurang berkenan dengan layanan pekerja disini. Susah sangat nak senyum dah kenapa. Tahu la kita tersalah pakai selipar masuk kedai dia. Dah buang balik selipar pun still bersikap acuh tak acuh.
Roti Telur di Kimi Kitchen & Resort
Mengenai harga makanan & minuman pula, of course la mark up harga 2 – 3 kali ganda berbanding di daratan. Demi untuk mengisi perut yang kosong, relakan saja bayar di kaunter. Masa nak bayar tu, sesak nafas lah sikit bila dia sebut amount. Fries sampai RM12.00 dah kenapa? Dahla fries kecik-kecik hancur lebur pulak tu.
Hancur hatiku nak menghabiskan fries dia. Aku rasa dia salah kiralah. Tapi malas nak tanya lebih-lebih nanti kang kena sound, kau kalau takde duit jangan berangan nak makan disini. Wuwu lagi sentap bila kena macam tu. So, bayo jela T__T
Setelah mengisi perut di Kimi Kitchen & Resort, salin pakaian mandi sebab teruja pulak tengok orang mandi-manda dan snorkeling. Thanks to Kapas Coral Beach Resort sebab bagi 1 bilik dulu untuk kitorang salin baju sebelum dapat check in. Kitorang tak snorkeling pun sebab dah plan nak snorkeling petang ini.
Agak lama juga berendam dalam air sehingga badan jadi gatal-gatal (mungkin obor-obor). Masing-masing dah duk tanya eh kau ada rasa gatal-gatal tak? Rupanya semua yang mandi tu mengalami kegatalan. Pedulikan gatal itu, mandi jugak sampai puas HAHAHA. Then around 1.30 petang macam tu masuk bilik check in.
Disebelah petang, kitorang ke Pak Ya Sea View Chalet & Restaurant nak makan tomyam. Eca (kawan baru yang kitorang berkenalan masa mandi-manda tadi), suggest tempat ini tomyam dia sangatlah sedap & harga pun takde mahal sangat. So, kami ramai-ramai pun pergilah tapi kecewanya sebab tomyam tak ada. Yang ada hanya makanan bergoreng macam nasi goreng, mee goreng.
Order nasi goreng kampung, nasi macam hangit sikit. Yang special, didalam nasi goreng sudah diletakkan sebiji telur mata. Biasa kalau kita order nasi goreng kampung, telur mata order suku kan? Dekat nasi goreng kampung sekali pakej dengan telur mata dah! Harga sudah tentulah agak mahal berbanding harga biasa. Spare duit lebih sikit ye kalau rasa nak food hunting di Pulau Kapas (haha).
Kemudian kitorang sewa snorkel + jacket renang = RM15. Semangat ni nak snorkeling. Sekali dah siap sewa alatan snorkeling semua, air surut daa haha. Nak pergi snorkeling di tengah pantai pun memang tak boleh sebab banyak coral tajam & ada landak laut yang tajam-tajam tu. Scary sangat siap terbayang kaki kena cucuk di landak laut. Terus postponed snorkeling ke pagi esoknya. So, petang tu main bola tampar pantai, mandi pantai lagi, bergambar latar belakang sunset & main pasir. \0/
Disebelah malam, berpeluang makan ringan-ringan di Ombak Café . Sangat nice Ombak Café nie. Diorang pasang lagu English romantic & disetiap meja dipasang candle. Ala-ala candle light dinner. Macam-macam minuman dan makanan dijual di Ombak Café. Bihun goreng diorang sangat sedap. Portion besar boleh makan 2 orang, siap letak telur mata + keropok keping. Services cepat, staff pun murah dengan senyuman & guess what? Ombak Café di Pulau Kapas ini pernah masuk Jalan Jalan Cari Makan TV3. Nampak terpampang depan kedai banner JJCM. Terbaik!
Candle Light dinner di Ombak Café , =D
Kemudian ke tepi pantai untuk aktiviti bbq pula. Thanks Amir tolong bawa perkakas bbq siap tolong perap ayam lagi. Suasana malam di Pulau Kapas tidaklah sunyi sangat sebab ada juga beberapa pengunjung yang berkhemah di tepi pantai, ada yang lepak-lepak tengok bintang, ada yang main gitar etc. Around pukul 12.00 am macamtu baru kitorang balik bilik. Seronok duk sembang kencang sambil bbq sampai tak sedar dah pukul 12.00 am harhar. =D
Keesokannya, awal pagi lagi dah angkut snorkeling & life jacket untuk aktiviti snorkeling terakhir sebelum berangkat pulang. Ramai juga pengunjung yang snorkeling dan mandi manda. As for me, aktiviti snorkeling di Pulau Kapas tidaklah se-best di Pulau Perhentian & Pulau Redang. But, still enjoy dengan coral, obor-obor (yes, obor-obor banyak juga & kitorang siap berenang-renang bergembira bersama obor-obor lagi LOL), ikan nemo pun ada okey.
Geram tengok sekumpulan ikan nemo cantik gila, terus aku sepak dia. Dasar betul Apijol haha. Kalau nak lagi best, bawa roti masa nak snorkeling. Sure ramai ikan yang cantik-cantik datang pada korang. Mujur ada sandwich malam tadi yang lebih, boleh kitorang bagi ikan makan.
Muka tak puas hati sebab tak puas lagi snorkeling =D
Around pukul 11.30 pagi macam tu, kitorang pun check out dari Kapas Coral Beach Resort. Alhamdulillah plan kitorang sepanjang di Pulau Kapas berjalan dengan sangat baik sekali. Cuaca pula sangat bagus. orang-orang di sana pun sangat baik. Siap boleh bergurau senda, main bola tampar pantai sama-sama. Nice place, nice people, nice food (especially di Ombak Café).
In sya Allah one day kalau ada kesempatan bolehlah datang lagi ke Pulau Kapas. Datang balik hari pun boleh macam si Eca, Ada & Ain (kawan baru kitorang) buat tu. Diorang datang pagi, kemudian around 4.00 petang dah balik.
Contact No. Kapas Coral Beach Resort, 016-986 5454 (For booking and boat ticket). Jemput baca juga blog kawan aku mengenai Pulau Kapas,
1) http://alwanie90.blogspot.my/2015/09/kapas-island-where-nature-lover-meets.html
2) http://shafarahhusna.blogspot.my/2015/09/cottonon.html
Credit photos: @safuwanmohdsaidi.
Visit my instagram for more photos : @hafiz_hafizol.
13 AKTIVITI BEST DI PULAU KAPAS
Thank you. =D
43 Komen untuk "Percutian ke Pulau Kapas & Sedikit Tips Penting"
wah best tu..tq for sharing tips..
Salam Blogwalking: www.yanieyusuf.com
bestnyya awk..one fine day bawak la saya etek.tak pernah g pulau pun #nangisdibucukatil
tempat dah best, tapi bila baca harga makanan tu mark up, nampaknye kena bawak makanan sendiri p sana..makanan ringan je la..huhu
bila nak bawa ke sana
memang terasa jugak nak g sana..hihihi...tapi belum lagi berkesempatan...InsyaAllah nnt satu hari...Sally baru blk snorkeling kat Langkawi :D
Salam singgah sini dik...wahh....bestnya dapat pergi kat tempat secantik pulau kapas ni...suka tengok gambar sunset tu...
cantik gak tempat dia. aku yang not into pantai pun minat nak pi
Welcome :D
Kita g Pulau Duyung dohla neh haha
Haha betul tu bro. better bawa makanan sendiri laa.. Jimat
Mai la sini baru boleh bawa
Lepasnie boleh datang snorkeling pulau di Terengganu pulak =D
Alhamdulillah. Kak pun boleh pergi sana one day in sya Allah
Yang suka dengan pantai macam aku nie memang seronok la pergi hihi
amboi gambar sunset paling win.. rindunya nak pergi berenang kat pulau kapas.. mahal nyer fries sampai rm12..
Lawanyaaa pulau kapas ni. :D
Memang cadangnya nak ke Pulau Kapas tapi bila fikir anak masih kecil lagi so kena pilih tempat yang di dataran pula bukan di pulau
Cantiknya view.. Ingatkan kat mana.. Kat Terengganu rupanya :)
wah..romantika de amor ..pic berdua ngan sunset..apijol kah itu???
Pergi la weii..
Boleh tanya..
Harga boat RM 35-40 tu untuk 1 boat kan? bukan per person ..
Kalau boleh pls reply to my twitter @_RedViolet
Risau tak perasan. Thank you so much.. =)
Thanks a alot for the info .. Tunggu saya punya review dalam blog saya pulak .. kekekeke ..
Best jugak kapas ni..terbaekk
Hi assalamualaikum, nk tanya sikit, yg tambang board tu RM35/person or total RM35?
RM35/person :)
boleh ker bawak peralatan bbq sendiri. then bakar sendiri.
kitorang mmg bawa peralatan bbq sendiri and bbq tepi pantai :)
if nk pegi daytrip, boleh bli tiket kt jeti je ke? n klu nk tukar bj ada public toilet/ bilik mndi since xbook chalet kn?
Boleh beli tiket dekat jeti .nak salin baju mintak pinjam toilet dekat chalet boleh sis. ckp elok2 dgn diorg :)
hai.. nak tanye,, yg set goggle+ba/life jacket tu mmg rm15 ke?book ke mcmane?sewa dgn sape,kt mane? thanks for sharing the info.
Nak tnye, klo nk amk boat shaje ad Contact x... kitorg ingt nk camping je
try contact no yg saya bg kat atas
harga around rm15 book dekat sana byk
JOM PI PADANG DAN BUKITTINGGI,
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT PADANG DAN BUKITTINGGI.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke PADANG dan BUKITTINGGI, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG DAN BUKITTINGGI, dan juga untuk PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.
Wassalam
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah
( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
E-Mail : [email protected] / [email protected] / [email protected].
Bestnya nampak byk aktiviti best rupanya boleh wat kat Pulau Kapas ni :)
Kepada sesiapa yg nak bercuti or berkunjung ke Melaka tu..
Jom Terjah: Homestay Muslim Murah di Bandar Hilir Melaka
Ada pakej apa sni boss...
Penginapan yg mana best di pulau kapas... kapas coral beach resort atau ombak kapas island resort...
Penginapan mana yg menarik di pulau kapas.. boleh tlg bagi cadangan.
penginapan best kat coral beach pasal bilik besar n agak baru..
of course coral beach..bilik besar n cantik
bercuti kat pulau kene tgk musim jgk la..off ke on hahaha..baru selesa haha
assalam, saya pelajar daripada Univesiti Malaysia Kelantan(UMK), boleh x kalau saya buat praktikal selama sebulan untuk tugasan cuti sem di tempat anda ?
salam. boleh mintak no. fon resort x?