Koleksi Baju Melayu Murah di Pazze Official Store

Assalamualaikum. 


Perkongsian kali ini sekali lagi mengenai koleksi baju raya murah tapi di Pazze Official Store pulak. Baju melayu dari jenama ini mula popular pada tahun lepas terutamanya di Tiktok. Ramai Tiktokers promosikan baju ini di live tiktok & beg kuning. Aku kenal jenama ini pun dari Tiktok. 


Apa yang best mengenai baju melayu ini, 


1. Ofcourse la harga murah. Ada yang berharga RM60.84 sahaja tau. 😍

2. Terdapat pelbagai design baju melayu seperti slimfit & regular fit.

3. Ada pelbagai warna yang cun melecun😎

4. Pelbagai jenis material kain yang best jugak. 


Sehingga aku pun boleh terpengaruh sama beli baju jenama ini tau. Ceritanya tahun lepas aku pergi Tesco. Tak plan langsung pun nak beli baju melayu. Tiba-tiba terpandang baju melayu jenama Pazze. Disebabkan harganya yang murah & warnanya yang cun, terus aku cuba & beli lol.


So, hari ini aku nak meracun korang pulak supaya membeli baju jenama Pazze okay! HAHA 


Make sure korang beli cepat cepat tau. Risau stock baju dah tak banyak, saiz dah banyak yang sold out, warna yang lawa-lawa cun melecuns pun semakin laku keras. Berkenan terus beli tau. 


Koleksi Baju Melayu Murah Pazze Official Store 



Jom cuci mata dulu jom. 





Baju Melayu RM60.84 - Cuma tinggal 6 warna, saiz dari XS-2XL, 2 zip sisi badan, 2 zip sisi lengan, 2 sponge di bahagian bahu, harga termasuk butang, 1 poket baju, material satin matte, cutting modern slim fit. 




Baju Melayu RM86.89 - Ada 8 pilihan warna yang masih available, saiz dari XS-2XL, 2 zip sisi badan, 2 zip sisi lengan, harga termasuk butang, material satin matte, cutting modern slim fit. 


Baju Melayu RM88.78 - Ada 7 pilihan warna menarik, saiz dari XS-2XL, 2 zip sisi badan, 2 zip sisi lengan, 2 sponge bahu, harga termasuk butang, 1 poket baju, material koshibo (jenis tak berkilat), cutting modern slim fit, strectchable. 


Baju Melayu Sedondon - Ada 3 pilihan warna, saiz dewasa XS-2XL, saiz kanak kanak 0-12, material satin matte, 2 zip sisi badan, 2 zip sisi lengan, harga termasuk butang, 1 poket baju. 


Baju Melayu RM101.77 - Ada 10 pilihan warna yang masih available, saiz dari XS-2XL, 2 zip di sisi badan, 2 zip di sisi lengan, 1 poket baju, material italian paloma (easy iron)


Kalau tengok dari details baju, harga berbeza mungkin sebab jenis material kain yang digunakan. 
Design baju kebanyakkan sama je. 
Siap dapat free butang lagi. Bagus betul seller ni kan. 


Nak tengok koleksi baju melayu murah yang lain, korang pergi la cuci mata di Pazze Official Store okay! 


Beli sekarang tau. Sebab aku tengok tadi macam dah banyak warna, saiz yang sold out. Jangan la beli dekat nak raya sangat lagi-lagi bila beli secara online. Risau lepas raya baru baju korang sampai HAHA. 


Selamat berbuka semua. 😎
1 Komen untuk "Koleksi Baju Melayu Murah di Pazze Official Store "

Kami sefamili pun sudah terjebak, asal berapa bulan dulu beli utk hubby seluar cotton slim fit PAZZE. Kain best. Tup² ada pula range baju melayu, so mudah buat color sedodon utk raya ;)

Back To Top