Percutian Ke Pulau Perhentian, Pulau Cantik Gila!

Baru-baru ini aku berkesempatan bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu. Kita nie anak jati Terengganu Darul Iman tapi umur 20-an baru sampai di Pulau Perhentian yang sangat cantik ini. Kesian betul. 


Percutian kali ini agak sedih sikit sebab masa bertolak dari Kuala Terengganu ke Jeti Kuala Besut (perjalanan around 1 jam++), aku tak sedap badan. Rasa macam nak demam. 




Dah sampai separuh jalan, takkan nak patah balik kan. So, teruskan perjalanan ke Pulau Perhentian jugak tak kira la demam ke tidak dengan harapan apabila sampai ke Pulau perhentian nanti, baik terus demam.
 

Sampai di Jeti Kuala Besut, angkat barang semua ke Jeti. Parking kereta (dalam pagar rumah orang around RM50++ jugak –.-) kemudian terus tunggu bot kitorang ke Pulau Perhentian.


jeti ke pulau perhentian
Jeti Kuala Besut


Bila bot sampai, cepat-cepat angkut barang bawa masuk. Kemudian duduk baik-baik tak fikir dah orang lain sebab condition aku waktu tu memang sangat lemah. Kepala pusing, badan sejuk tapi sebenarnya panas. 


Mujur bot bawa kitorang nie laju so angin tampar-tampar muka aku rasa nyaman sikit badan. Apapun, sempat lagi snap gambar Jeti kuala besut sebelum bergerak ke Pulau Perhentian yang mengambil masa kira-kira setengah jam lebih jugak. =D


gambar pulau perhentian besar
Pulau Perhentian Besar


Pulau Perhentian Kecil dan Besar



For your information, Pulau Perhentian ada dua, Perhentian Kecil dan Besar. Kitorang memilih Pulau Perhentian Besar. Setiap pulau ada kelebihan yang tersendiri. Kalau korang nak rasa suasana pantai yang sebenar, pagi petang nak mandi manda di pantai yang cantik gila, korang boleh pilih Pulau Perhentian Besar sebab pantainya yang luas untuk mandi-manda & snorkeling. 


Kalau korang nak rasa suasana kampung nelayan, penduduk kampung lepak tepi pantai, anak-anak kecil mandi manda tepi pantai, kedai-kedai makan tepi pantai, korang boleh pilih ke Pulau Perhentian Kecil.



Kalau untuk mandi manda, memang pantai di Pulau Perhentian Kecil agak sempit & sesak dengan penduduk kampung lagi. Masing-masing ada pro & kontra. Khabarnya, penginapan di Pulau Perhentian Kecil lebih murah berbanding Perhentian Besar. 


Perbezaan di kedua-dua buah Pulau ini berdasarkan temubual aku dengan salah seorang pekerja di tempat kitorang menginap la. Bukan aku suka-suka je taip okey hihi.



Day 1 di Perhentian



Sesampainya di Pulau Perhentian Besar, terus check in resort (nama resort dirahsiakan lol) dan merebahkan diri atas katil. Seriously badan aku dan lemah sangat nie. Demam macam makin teruk. Mood nak tidur & rehat je sekarang ini. 


Tengok orang mandi manda & bergambar sakan tepi pantai pun be like, lantak kau la nak mandi ke, nak bergambar sekalipun tengah-tengah panas nie. Aku tak jealous langsung. –.- Terbaring lah aku sorang-sorang sampai petang. Ingat nak terbaring je sampai esok tapi kena paksa keluar bilik, pergi cari makanan & makan ubat.



gambar lelaki kacak di pulau

Lepas makan ubat terus cari port lepak tepi pantai. Boleh rasa angin pantai sambil cuci mata tengok orang mandi manda =p Mana tahu lepas tengok ciptaan Allah yang sangat indah ini nescaya demam aku boleh kebah sedikit gitew. 


So, lepak tepi pantai jela sorang-sorang. Orang lain syok betul mandi manda. Diorang ajak mandi sekali pun aku buat bodoh je. 


Kita tengah demam nie kang ada juga kerusi terbang kang hihi. Malamnya memang takde pun aktiviti lepak tepi pantai. Duduk terbaring je dalam bilik sampai pagi. Alhamdulillah hari kedua badan dah okey sikit setelah kaw-kaw punya kena paksa makan ubat, makan roti, paksa mandi lagi.


Day 2 di Perhentian 



Aktiviti hari kedua di Pulau Perhentian Besar paling seronok dan best gila. Kitorang dibawa ke 4 port yang paling best untuk snorkeling iaitu fish/coral point, shark point, turtle point dan di Lata Air Berani menaiki speedboat. Badan pun dah sihat sikit, makin bersemangat untuk mengikuti aktiviti snorkeling pada hari ini. 


Sebelum ke fish/coral point, kami dibawa ke pantai belakang resort (kot). Aku pun tak sure tapi pantai  tu memang sangat ramai orang snorkeling. 


Sangat meriah dan pantai sangat cantik. Air biru jernih seperti kaca wah. \0/ Lama juga snorkeling di situ, barulah kami menaiki bot untuk ke fish/coral point.



aktiviti snorkeling pulau perhentian
Fish/Coral Point



Di Fish/Coral Point, kitorang baling roti kedalam laut. Kemudian datang ikan-ikan laut yang sangat cantik untuk memakan roti tersebut (skema sangat ayat aku nie dah kenapa). Kami pun tak fikir panjang dah. terus terjun dari bot. 


Jangan risau life jacket + mask + snorkel disediakan. kalau tak, berfikir 1000x jugak nak terjun dalam laut. 


Aku mana pandai berenang woi hehe. paling seronok di fish/coral point, dapat main tangkap ikan. Geram kot tengok sekumpulan ikan cantik yang pelbagai jenis berenang-renang. Coral apatah lagi. Memang sangat unik & cantik.


Setelah puas snorkeling di Fish/Coral Point, kitorang dibawa pula ke  Shark Point. Memang agak teruja gila bila boleh berenang sekali dengan shark didalam laut. Ini bukan shark besar gedabah yang ganas tu okey. ini baby shark punya. Inshaallah tak merbahaya. 


Tak banyak pun shark waktu tu. Ada dalam 2 ekor tapi aku nampak seekor je. Kecik. Mana ntah shark yang lain tak tahu la. –.-


Di Turtle Point, kitorang dibawa agak jauh dari pantai. Bila nampak je turtle timbul, masing-masing terjun kedalam laut. Aku yang baru pulih dari demam ni pun terjun sekali lantak kau lah nak demam lagi ke lepas nie janji aku boleh main kejar-kejar dengan turtle \0/. Nampak la turtle di dasar laut. Ada dalam 2 3 ekor jugak. Kecik je.


Sebelum bergerak pulang ke resort, kami dibawa ke Lata Air Berani. Disini ada tempat untuk kita mandi manda. Ada dibina kolah luas yang menadah air dari bukit kot. Yang pasti, air dari bukit itu sangat jernih dan sejuk gila. Segar terus badan. 


Abang bot pun buka cerita katanya sebelum air yang kitorang duk mandi tu air yang sangat mujarab untuk sembuhkan penyakit etc. 


Sebelum ini ada pasangan yang nak dapat anak mandi air di situ, kemudian alhamdulillah dengan izin Allah, bini dia pregnant. Kita sebagai orang Islam memang tak boleh percaya cerita macam nie. Tapi tak salah mencuba dengan niat kerana Allah Taala.


gambar lata air berani
Lata Air Berani Pulau Perhentian


Disebelah petang, kitorang ke Pulau Perhentian Kecil pula. Perhentian Kecil ini mengadap Perhentian Besar. Bukan jauh sangat pun sebenarnya. Boleh mintak abang bot hantar tapi dikenakan charge jugak la. Takde free dekat Pulau Perhentian ini okey. 



Perhentian Kecil punya suasana memang jauh berbeza dengan Perhentian Kecil. Banyak rumah penduduk kampung, kedai menjual kueh mueh, restoran etc di Pulau Perhentian Kecil. 


Rumah penginapan pun banyak. Ada  balai polis, masjid, sekolah jugak dekat Perhentian Kecil. Macamsatu perkampungan nelayan. Sangat damai & tenang.


gambar di perhentian kecil
Pulau Perhentian Kecil



pemandangan dari pulau perhentian kecil
Pemandangan dari Pulau Perhentian Kecil



masjid di pulau perhentian kecil
Masjid di Pulau Perhentian Kecil


Sempat beli kuih muih di Perhentian Kecil & bersiar-siar di sana sambil melihat kehidupan diorang yang sangat best jauh dengan kesibukan kota. Tenang & damai sekali. Golongan makcik lepak depan rumah sambil sembang kencang. Golongan bapak lepak dekat wakaf main dam haji. Anak-anak berkejar-kejaran. Seronok tengok. 


Izinkan saya throwback sebentar suasana kampung yang sangat tenang di Perhentian Kecil ye lol. Balik dari Perhentian Kecil, sambung mandi pantai & snorkeling depan resort. Malamnya tidur sampai ke pagi sebab badan letih snorkeling punya pasal.


Day 3 di Pulau Perhentian 


Sebelum pulang, haruslah mandi pantai dulu kan. So, pagi-pagi lagi dah pakai jacket and snorkel dengan mask kemudian terus berlari ke pantai. Best jugak snorkeling dekat resort. Banyak ikan cantik-cantik & coral laut. Puas hati kita awak oi !


lelaki kacak di pulau perhentian
Nah. Jangan cakap abang tak payung


Tips ke Pulau Perhentian


1) Buat pemilihan pulau yang tepat samada menginap di Perhentian Besar atau Perhentian Kecil. Masing-masing ada pro & kontra macam yang aku ceritakan panjang lebar di atas.

2) Kalau nak jimat, better bawa makanan sendiri sebab makanan dekat sana agak mahal lagi-lagi di Perhentian Besar. Cth bawa roti, sardin,maggie etc. Kitorang siap bawa tepung gandum,susu,kuali semua sebab masak pancake dekat resort LOL. Lepastu jemput pekerja resort makan sekali. Best.

3) Hati-hati kalau nak makan di kedai makan sebab sesetengah kedai makan ada jual arak (especially for muslim)

4) Jangan lupa bawa sunblock. Dekat sana sangat panas.

5) Bawa ubat-ubatan secukupnya. Macam aku memang tak bawa langsung stok ubat. Mujur datang beramai-ramai. Ada yang bawa stok ubat. Kalau tak memang tak merasa la snorkeling ye dak? T_T

6) Tinggalkan laptop office dirumah baru aman hidup kau bila bercuti. Aku kena bawa laptop office pergi Pulau Perhentian agak spoil mood bercuti. Kita baling laptop dalam laut baru tahu.


Selamat berkunjung ke Pulau Perhentian guys!


Kalau korang masih belum pasti nak bermalam di mana di Pulau Perhentian, boleh refer post ini Booking Resort Best Pulau Perhentian okay👌
23 Komen untuk "Percutian Ke Pulau Perhentian, Pulau Cantik Gila!"

nape nama resort dirahsiakan oiii?haha... actually masa onie pegi perhentian masjid kat pulau perhentian kecil tu baru bukak dan minggu tu dorang baru first time solat jumaat ,lawaakan masjid tu :D

pakwe ku diparking dalam pagar umah orang ke? nasib baik selamat dan baik2 saja ..hihi

Alaa total spend berapa? Huhu

Saya pergi dulu belum ada masjid..dah lama tu tahun1999...

wahh siap rahsia lg nama chalet.. mesti best tu.. rindu lak nk gi perhentian

yup masjid sangat cantik :D

Parking dalam pagar rumah org yg memg dikhaskan utk tempat parking kot wakaka

Pm kalau nak tahu. haha =P

oittt..memang bercadang nak p hanimun kat pulau perhentian ni cuti sek nanti..hehe

orang teganu sendiri tak pernah jejak kaki, tak pe. simpan dalam wishlist dulu.

Seriously cantik gila. Aku anak jati Terengganu gop tapi umor 27 tahun pun dop sapa lagi Pulau Perhentian. Sedihnye.... Kene gi ni...

http://alhafizolsuite103.blogspot.com/2015/06/chapter-5-aku-jadi-qari.html

Rindunyaaa nak pegi Perhentian :)

Chalet xde bintang x payah la bgtau haha

bestnya selamat berhoneymoon weh !

best.. will be there next week.

agak berape budget nk g sana ye?

Tanpa Nama
delete

Baru nak pergi sana bln 9..wlaupn tmpt sndri2 da tua2 baru nyempat..hehe. Hope okey, sbb plan bawak ration sendri..so msk sndri

Abg, nk g pulau perhentian besar kan, agak2 bajet berapa eh? And sana sng tk nak dpt kedai makan?

Terima kasih atas info yang sangat berguna. Jika anda berminat untuk mendapatkan pakej cuti bajet ke Pulau Perhentian serendah RM310, layari laman web kami (www.ohtravel.my) untuk maklumat lanjut. Terima kasih!

Salam sejahtera..
Saya ada menyediakan khidmat nasihat/jururunding untuk...
1. Bercuti ke pulau redang/ kapas/perhentian (3hari 2malam/2hari 1malam/1hari)
2. Memancing/candat sotong
3. Memancing/bermalam di tasik kenyir (rumah bot)
4. Tiket bot laju ke pulau(sehala/2hala)
5. Melawat tempat2 menarik di terengganu(town/state tour)
6. Pengangkutan ke seluruh malaysia (teksi/van/mpv/bas persiaran)
Untuk pertanyaan/keterangan lanjut sila hubungi/whatsaap saya.0179799773

Kalau snorkel ok tak bwak brg snorkel sendiri? Jacket n snorkel sewa ? Brape harga sewa ...?

Back To Top