Tempat Makan Halal Kena Cuba di Ho Chi Minh, Vietnam

Bulan Februari lepas aku berpeluang bercuti di ho Chi Minh. Nice jugak percutian di sana. Banyak tempat menarik & bersejarah korang boleh lawati. Buat kaki shopping especially yang suka shopping tudung, telekung, etc dekat sini memang heaven sangat. Semuanya murah. Harini taknak cerita pasal shopping tapi pasal tempat makan halal boleh cuba di Ho Chi Minh, Vietnam. Kesemua tempat makan di bawah terdapat di Nguyen An Nihn street aka Malaysian street.


6 Tempat Makan Halal di Ho Chi Minh

 

tempat makan halal di vietnam


1. Restoran Hjh. Basiroh


Restoran Hjh. Basiroh merupakan Restoran Halal yang terkenal di sana and merupakan antara restoran halal terawal yang bertapak di Ho Chi Minh. Aku google pun ramai yang suggest supaya makan di Restoran Basiroh nie. Aku yang firstime datang ke sana of course teringin sangat mencuba restoran ini. Restoran famous kot takkan taknak cuba kan.



restoran hajah basiroh vietnam



Antara menu yang kami makan di Hjh. Basiroh ialah nasi lemak ayam and bihun tomyam. As for me yang kaki makan nie, menu di sana sangat tidak menepati selera aku. But tak boleh nak demand la bab makan. Paksa diri juga untuk makan. Harga makanan pulak bukannya murah tau. 1 menu je dah RM10 and above.



nasi lemak hajah basiorh vietnam
Nasi Lemak Ayam



Bila tengok balik gambar makanan, memang agak menyelerakan juga tapi sometimes kita sering tertipu dengan gambar yang menggiurkan hm. :(



tomyam hajah basiroh vietnam


Korang kalau datang Ho Chi Minh, kenalah cuba sendiri makan di Restoran Hjh Basiroh ini. Lain orang lain seleranya kan. Kena cuba dulu baru tahu.

Makanan : 2.5/5
Harga : 3/5

2. Restoran Musa Kariem (1Malaysia)


Kami juga berkesempatan singgah makan di Restoran Musa Kariem. Teringin cuba menjamu selera di sini pun sebab ada member di instagram yang recommend.



restoran musa kariem vietnam


Antara makanan yang kami order ialah nasi goreng seafood, pho daging and goi cuon (popia vietnam). Goi cuon wajib order sebab member cakap sedap. Aku tak gemar sangat makan goi cuon sebab dalam tu dia letak daun selasih. Kalau nak cuba kuih tradisional Vietnam, goi cuon inilah.



nasi goreng seafood musa kariem vietnam
Nasi goreng seafood



pho daging di musa kariem vietnam
Pho Daging



popia di musa kariem vietnam


Popia Vietnam
Makanan : 3/5
Harga : 3/5

3. Restoran Halal Amin – Pho Muslim


Restoran seterusnya yang kami terjah ialah di Halal Amin – Pho Muslim. Pelanggan dia memang ramai and kalau tengok pada harga makanan pun lebih murah dari restoran lain. Kitorang makan dekat sini 2 kali.



halal amin vietnam


Kali pertama makan di Halal Amin nie, aku try pho daging dia. Memang terbaek lah. Sedap secukup rasa. Korang yang teringin nak mencuba pho di Vietnam, aku recommend makan sini. Dia punya nasi ayam pun sedap jugak. Macam makan nasi ayam di Malaysia. (hehe)

pho muslim di halal amin vietnam

Malam terakhir kitorang di sana, sekali lagi kitorang makan di Halal Amin. Kali ini makan besar sikit. Banyak jugak menu yang kitorang order. Aku pun dah lupa apa nama lauknya. Aku belanja korang gambar makanan jela ye? =P
Ini antara menu yang kitorang order.

 
sotong masak merah halal amin vietnam



menu best di halal amin vietnam tomyam seafood




menu sedap di halal amin vietnam



Malam tu memang ramai customer mujur dapat jugak meja bahagian belakang. Maklumlah restorannya sempit je tapi pelanggan ramai. But, service cepat je takdelah lama sangat tunggu makanan sampai. Memang puas hati sangat makan di Halal Amin nie. Lepas nie kalau bercuti lagi di Vietnam, dah tahu dah restoran mana yang akan aku terjah. \0/

 
Makanan : 4/5
Harga : 3.5/5

4. Kebab Vietnam Sedap


Selain makan di restoran, kami juga mencuba makanan yang dijual oleh penjaja yang menaiki motosikal. Malam je confirm ada peniaga kebab area Malaysian Street. Try kebab ayam sebijik besar jugak. Dapatlah rasa sikit sorang. Rasanya pun okay. Boleh diterima dek tekak. Takdelah sedap sangat. But okaylah buat alas perut kalau tak cukup duit sebab shopping sakan (haha).
kebab vietnam sedap




gambar kebab vietnam


5. Bingka Ubi Pakcik Motosikal


Bingka ubi nie pun member yang recommend suruh beli. Sedap katanya. Kebetulan terserempak dengan pakcik berkopiah yang bawa motor. Terus beli satu bingka ubi. Betul ke sedap seperti yang member cakap? Okaylah nice jugak but tak boleh tandingi lagi bingka ubi yang mak ambe masak hehe. Pakcik bingka ubi nie biasanya akan berniaga area situ waktu petang.



bingka ubi vietnam yang sedap


6. Kopi Vietnam Kakak Tshirt Kuning


Kalau ke Vietnam, memang tak sah tak pekena kopi Vietnam kan? Kopi Vietnam yang paling terbaik sepanjang aku bercuti di sana ialah kopi yang dijual oleh kakak tshirt kuning yang bawa motosikal. Almost setiap hari kot beli kopi dia and almost setiap hari jugak lah kakak nie pakai tshirt kuning hm. Pantang nampak je akak nie terus nak beli kopi (hihi).



kopi vietnam best awek cun


Try juga beli kopi dekat penjaja lain but rasanya memang tak sama dengan kopi akak nie. Kopi dekat Restoran Hjh. Basiroh pun kitorang try but kopi akak nie jugak yang terbaik. \0/


Korang yang bercadang untuk bercuti ke Vietnam, bolehlah try tempat makan halal di Vietnam yang aku mention dekat atas. Tak perlu dah fikir nak makan dekat mana? Susah weh nak jawab soalan makan dekat mana tu. T_T
7 Komen untuk "Tempat Makan Halal Kena Cuba di Ho Chi Minh, Vietnam"

Bookmark siap siap..mana tau ada rezeki boleh csri restoren nih

Tak pernah lagi CCL sampai ke negara vietnam ni .bagus entri ni . Serba sedikit boleh bagi info kpd sesiapa yg first time jejak kaki ke vietnam,

Apeni semua nampak sedap sedap. Hahah.

Senang la nak travel ke Ho Chi Minh sebab nak cari makanan halal tu bukan la susah sangat dah. Yup, I heard it right. Nampak sedap-sedap semuanya.

Saya dah banyak kali ke HCMC atas urusan kerja di Intel Vietnam. Selalunya saya akan stay di Malaysian Street. So far kalau cerita bab makanan.... ikut tekak saya, saya mmg pilih Mousa Kariem.. especially nasi putih + paprik seafood + limau ais. Kalau seminggu outstation di HCMC, hari2 akan makan di restoran ni.

Restoran Hajah Basiroh mahal dan tak kena rasa di tekak. Ada lagi satu restoran, sebelah Hajah Basiroh pun kurang menyelerakan (owner org Malaysia pangkat Dato').

Kopi ais kakak baju kuning ni mmg best. Tiap hari mesti nak kena segelas atau dua gelas. Kalau roti ayam tu saya beli dengan kakak comey yang ada bertentangan dengan restoran Basiroh. Sedap dan mmg boleh mengenyangkan. Kakak tu pun comey (boleh berbahasa Melayu)

HCM aku datang....
Tunggu........

Back To Top