Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 #4

Senarai Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 kembali lagi walaupun aku busy dengan kerja. Bila busy, badan jadi letih, blog pun malas nak update. Entri Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 #4 ini pun aku tak tahu la berapa lama ada dalam draft. Sekarang baru nak post. Lihatlah dunia. Betapa busynya seorang Apijol. T__T

lagu baru 2014

Boleh dengar dan kalau best boleh terus download senarai lagu melayu top 2014 dibawah di youtube. Sebelum nak download senarai lagu best di bawah, apa kata terjah dulu entri ini :- 

Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 #2
Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 #1
Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 #3

1. Kayangan – HyperAct


lagu melayu best 2014_kayangan hyper act
Kasih
Hadirmu bersama kenangan dulu…
Memanggil resahku…

Jiwamu..
Bersama rindu…
Kau sulam di mimpi…
Apakah sempurna idamanku…

[chorus]
Dan kau kekasih…
Ku mengerti…

Dikau sempurna…
Bagai merindui sang puteri
Bersama sayap saktimu…
Ke kayangan terbang bersamaku

Jiwa..
Di sentuh di puja
Di belai manja..
Apakah kan kekal selamanya

Dikala waktu..
Tangan ku dihulur…
Bintang kejora…
Dapatkah ku menjaga sejujurnya
[chorus]

2. Yuna – Sayang


gambar Yuna_Sayang

Kau tak mungkin tahu apa apa tentang ku
Biarkan ku perhatikan mu dari jauh sayang
Mungkin nanti kau sedar
Kau tak mungkin mahu mengenali diriku
Biarkan aku pelajarimu dari jauh sayang
Mungkin nanti kau terima

Hanya tuhan saja yang tahu
Percayalah aku
Ku cuba untuk tidak jatuh cinta denganmu sayang

Aku tak mungkin akan mendekati dirim
Degupan jantung ku kau dengar dari jauh sayang
Mungkin nanti kau kan sedar
Mungkin bila nanti kau duduk sendirian
Ketahuilah dirimu sentiasa aku dambakan sayang
Jangan kau bersedih

Hanya tuhan saja yang tahu
Percayalah aku
Ku cuba untuk tidak jatuh cinta denganmu sayang

3. Kalau Nak Berjaya – Najwa Latif & Altimet


lagu baru 2014_kalau nak berjaya najwa latif
Aku nak kaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Menabung dari hari yang pertama
Pelaburan pula bertambah angka
Jumlah dalam akaun bertambah lagi
Setiap kali kami kembali kami kembali
[chorus]
Dan kalau aku mampu
Pasti jimat selalu
Kalau nak berjaya
Jangan belanja semuanya
Sikit kita ketepikan
Tabungan hari kemudian
Kalau nak berjaya
Belanja berpada-pada
Sikit kita ketepikan
Tabungan hari kemudian
Kalau nak berjaya
Kalau nak berjaya
Uuwooooo
Ada beberapa benda yang aku suka
Kalau ikut hati semua dah jadi aku punya
Tapi pelan-pelan kayuh kalau nak jadi jaguh
Rancanganku diatur langkahku dicatur
Tak ada duit pencen kalau jadi penyanyi
Jadi gaji hari ini termasuk esok sekali
Mohon rakan seni semua fikir sendiri
Kewangan guna otak berkarya ikut hati

Dan kalau kamu punya matlamat sama juga
Skim terbuka untuk kita semua
Kolar biru kolar putih kecil hingga tua
Tak terlalu lambat untuk kita semua bermula
[repeat chorus]
Aku tabung satu kupang
Aku jimat dua
Eleh aku apa kurang
Kalau boleh jimat semua
Bagitahu kawan semua
Ajak mereka turut serta
Melentur buluh semestinya
Dari rebung-rebungnya


4. Rintihan Qalbu – Qalam Band Ft. Rafidah


kumpulan qalam band

Ku rasakan sepi hati
Bila kau tiada di sini
Ku rasakan hampa hati
Bila kau tiada di sini
Menemani hidup ku
Menemaniku….

(chorus)
Tak ada yang bisa
Mencintai diriku
Seperti kau mencintaiku

Tak ada yang bisa
Mengerti diriku
seperti kau mengerti aku

Seperti hati tak di sini
Bila kau jauh dariku
Seakan mimpi tak bererti
Bila kau jauh dariku

Aku seperti khayal
Yang tiada penghujungnya

5. Malunya – Ainan Tasneem ft. Mark Adam


lagu melayu baru_malunya ainan tasneem
Loceng dah berbunyi
Tak sabar rasanya ku ingin berlari
Degap degup hati
Diri ini masih tak bersedia lagi
Tapi tiada siapa tahu
Apa yang ku sembunyi darimu

Malunya mengapa begini jadinya
Terkedu memandang wajahnya
Oh Ohhh
Malunya mengapa begini jadinya
Aduh mama tolong anakanda
OOh oh oh oh

Kini kau di hadapanku
Berlalu sambil tersenyum kepadaku
Aku terduduk diam macam batu
Suhu badanku naik tiga tujuh
Tapi tiada siapa tahu
Apa yang ku sembunyi darimu

Malunya mengapa begini jadinya
Terkedu memandang wajahnya
Malunya mengapa begini jadinya
Aduh mama tolong anakanda
Ohhhh
Jangan takut, bertenang
Takkan biarkan kau sendirian
Bukan salam sambut
Lautan luas ku redah tapi kau ku hanyut
Sangkut, malu malu atau kau mahu
Bila aku tengok kau, kau aku kaku
Bagai cinta rangga ceritara dan lagu
Kalau sayang kan tiada ragu-ragu
Tak melawan memang kau dah menawan
Mengenal hati mula dari berkawan
Kalau tadi aku simpan sekarang diluahkan
Jangan takut dan jalan terus, Ainan

6. Bulan Dan Matahari – Diandra Arjunaidi ft. Tengku Adil


lagu melayu baru 2014_

Sang Bulan, kau menerangi malam
Buat aku berdansa
Aku ingin berjatuh cinta
Senyumanmu oh Sang Matahari
Menggembirakan hati
Selalu disinari cah’ya
Namun haruskah kita melawan alam
Untuk bersama
Bagaikan bulan dan matahari
Bila kan kita bertemu lagi
Haruskah ku menunggukan gerhana
Bagaikan bulan dan matahari
Satu pada petang dan pagi
Dan satu pada waktu tidur lena
Sang Bulan tanpamu tiada ombak
Dan malam tetap gelap
Tuk yang sedang mencari arah
Kehadiranmu Sang Matahari
Memberi hidup erti
Kepada semua di sini
Namun haruskah kita melawan alam
Untuk bersama

7. Cinta Makrifat – Awie ft. Erra Fazira


awie dan erra
Kau dan aku semati
Bulan dan matahari
Kala malam bulan mentari
Menyatu mengukir gerhana

Kau mentari kalbuku
Akulah bulan hiasanmu
Cinta terpatri rindu
Yang tersimpul erat
Oleh hukum hakam

Walau di dunia cinta tak nyata
Syurga firdausi kan menanti
Engkau dan aku (cinta abadi)
Tetap bersama (berjanjilah)
Demi cinta

Hanya tinggal takdir
Yang menyatukannnya
Sedangkan ku tahu terlerai akhirnya

Ku setia di sini
Di saat terakhir (dinafas terakhir)
Menanti gelora syurga cintamu
Syurga cintamu

8. Si Putih Si Merah – Black ft RJ


lagu best 2014_black RJ
Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Ku bukannya pertama ku bukannya pelakon
Yang boleh membawa watak setiap orang lain
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Ku persembahkan semua yang tersirat di hati
Bila dikumpulkan semua menjadi bentuk hati
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah isteri kepada diriku
Jadilah kekasihku selama-lama
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Bila sudah bersama saat aku mulakan
Ku curah kasih seluruh jiwaku untukmu
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Payungmu dari hujan ku jaga tiap detik
Ku korbankan jiwa ragaku kepadanya
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah cintamu dan cintaku satu
Jadilah isteri kepada diriku
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

 

9. Tangis Sebatang Tamar – Dakmie


 lagu baru 2014_dakmie_tangis sebatang tamar


Sedu sedan
Itu bak ratapan si kecil
Yang rindu belaian dan perhatian
Yang mendambakan kasih dan sayang
Dari seorang insan yang penyayang

Tangisan itu dari sebatang tamar
Yang sebelumnya menjadi mimbar
Sandaran Rasul tika menyampai khutbah
Diganti mimbar baru kerna keuzurannya

Kisah tangisan sebatang tamar
Menyentuh hati, mengocak perasaan
Benarkah aku cinta, benarkah aku rindu
Sedangkan tak pernah gugur air mata ku mengenangkan mu

Betapa kerasnya hatiku ini
Untuk menghayati perjuangan mu
Betapa angkuhnya diri ku ini
Untuk menghargai perjuangan mu

Ya Rasulallah
Ingin aku menjadi sebatang tamar
Yang menangis rindu kepada mu

Ya Rasulallah
Biarlah aku hanya sebatang tamar
Namun dapat bersama mu di dalam syurga

 

10. Tahu – Fynn Jamal ( Ost Kerana Terpaksa Aku Relakan)


lagu baru 2014_fynn jamal
Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi
Di riuh engkau berdiri
Satu persatu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu namun tak kau akukan
Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma diletak tepi
Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu namun tak kau akukan

Apa kau cari
Yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya

Apa kau nanti
Yang sesungguh-sunguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Sayu tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu
Sama Tuhan

Credit : ohlirik.com





P/s : Senarai Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 yang disenaraikan di atas merupakan pilihan tuan punya blog ini sendiri. Tiada kaitan dengan mana-mana carta radio tempatan.
4 Komen untuk "Lagu Melayu Top Masa Kini 2014 #4"

Suke lagu black ngan fynn jamal je. Hehe..yg lain tak berape suka sangat. XD

HyperAct ada lagu baru ke?tak pernah dengar plak yang tu..Lagu dekat slot kerana terpaksa kurelakan tu apa ye?xD

tak pernah dengar satu pun lagu kat atas tu haha

Back To Top