Baju Raya Lelaki 2014 Dari Emmer Zecna

Bila nampak fesyen baju raya lelaki 2014 di Emmer Zecna, tangan rasa gatal pulak nak mencuba. Nak beli memang tak mampu. So kita try test jela ye sambil bergambar di dalam fitting room lol hihi. Banyak fesyen baju raya lelaki 2014 yang sangat smart dan terkini macam nak cuba semua tapi kita pun ada rasa malu jugak pun. =D

 

baju raya lelaki 2014

 

Aku pasti korang mesti tidak pernah dengar pun mengenai brand Emmer Zecna ini bukan? Aku pun baru sekarang tahu kewujudan Emmer Zecna padahal dah beroperasi semenjak tahun 1997 lagi tu. Jadi sudah 17 tahun Emmer Zecna bertapak di Malaysia.

 

 

Selain baju melayu yang aku gayakan di atas, ada juga baju jubah separuh, jubah penuh dan persalinan baju melayu. Ingin kelihatan segak bergaya di hari raya, boleh cuba membeli-belah baju raya di Emmer Zecna. Baju yang berjenama, harga pun haruslah lebih tinggi daripada baju raya lelaki yang dijual di Pasar Seni kan haha. Takde RM200 – RM300 jangan harap la nak beli baju raya di Emmer Zecna. Tunggu dekat-dekat nak raya nanti mungkin ada sale kot. =D

 

Emmer Zecna pulak bukan setiap negeri ada. Area Kuala Lumpur nie banyak ah. Rasanya area Pantai Timur takde lagi kot samada butik ataupun department store. Area Kuala Terengganu lagilah haha.

 

butik emmer zecna

 

Rasanya tahun ini nak ada kelainan sikit dengan baju raya. Asyik persalinan baju melayu + sampin je setiap tahun. Kalau pakai macam gambar model dekat atas tu ok jugak kan. Nampak cool pulak di pagi hari raya. Nak usha lagi koleksi fesyen baju raya lelaki 2014 di Emmer Zecna? Boleh masuk website http://emzn.com.my/. Nak tengok area mana ada department store Emmer Zecna, juga kena tengok dekat http://emzn.com.my/. Mungkin ada di tempat anda. =D

 

 

Selamat membeli baju raya! ( awalnya lol)

12 Komen untuk "Baju Raya Lelaki 2014 Dari Emmer Zecna"

Ambooi... ni ke baju raya tahun ni??? Glamour

awalnya wish raya. nak wish jugak selamat hari jumaat

beli awal2 lagi bagus,

semangat sangat tau raya..haha

Puasa pun belum lagi la, haha xpe. Persediaan la katakan.

mama baru intai-intai baju raya, beli belum lagi kot..

mcm smart je mcm comel je...baju tu... huhu

Perghh...tak dapat beli bergambar pun okay juga.. =D

wahh wahh kemah boh hheheheh.
betul lah. kena cari sekarang.
nanti nak puasa dah hihihi

tahun ni tak beli baju raya lagi. budget terhad rasanya carried forward baju raya lama ke tahun ni.

Brand ni mmg dh lama wujud la dik... peace yo! Selamat hari raya, MZB...

Back To Top