Alang-alang takde apa nak buat di rumah, eloklah kita memanfaatkan weekend yang indah ini di Floria Putrajaya 2014. Kalau korang yang mengikuti blog aku (macamlah aku famous sangat), mesti korang perasan setiap tahun mesti aku pergi Floria Putrajaya.

Tahun ini alhamdulillah berkesempatan lagi melihat ciptaan Allah yang maha hebat. Comel dan lawa sangat replika dan pameran taman bunga-bungaan di sana. Rasa macam setiap tempat nak bergambar tapi malangnya tak bawak photographer kali ini. Apapun terima kasih la yang sudi shoot kita pakai handphone canggih kamera sharp dia tu. Ada la juga 40 keping gambar aku dalam phone memory dia haha.

poster floria putrajaya

Tahun-tahun lepas Floria Putrajaya ini diadakan di Presint 2 tapi tahun ini beralih tempat ke Pesisiran Tasik, Presint 4. Floria tahun ini bertemakan Pesona Warna dan bunga yang menjadi tema pada tahun ini ialah Bunga Begonia. Tahun-tahun lepas masuk adalah percuma tapi tahun ini masuk dicaj RM3.00 bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak.

Bukan main ramai lagi orang beratur nak beli tiket. yo, dah masuk sana nanti haruslah duduk lama-lama dalam tu dan ambil gambar banyak-banyak sampai penuh memory cam kau tu. Baru puas hati. =D

Antara kelainan yang akan dibawakan di Floria Putrajaya 2014 ini adalah “Taman Bertema” di mana peserta pameran taman akan diberi tema rekabentuk seperti  Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Taman Pereka, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Melawat Malaysia dan Taman Piala Dunia.

Lebih daripada 200 aktiviti harian akan diadakan sepanjang sembilan hari Floria Putrajaya berlangsung.  Aktiviti-aktiviti ini termasuk demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, acara hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air, pertunjukkan fesyen  serta seni dan kraf.

floria putrajaya 2014


1402807399072


1402805889009

Sebenarnya, malamnya aku pergi lagi di Floria nie tapi dengan orang lain pulak. Pemandangan malam di Floria Putrajaya lagi cantik. Orang ramai siap beratur nak bergambar tau. Dengan aku-aku sekali semangat beratur. Entri waktu malam di floria akan menyusul kemudian lah. Kalau pergi siang di Floria ni memang panas. Yang tak tahan panas pakailah shade macam aku haha. Bawak payung ke. Bawak lah air mineral sekali sebab air kat sana mahal. Kena pula mesin rosak. letak duit tapi airnya tak keluar lol.

floria putrajaya Akhirnya boleh juga bergambar bertiga-tiga.



Facebook : https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya
Website : http://floriaputrajaya.com.my/
Twitter: @Official_Floria
Instagram: @floria_putrajaya

12 Comments

  1. Musim panas btul sekarang ni kan. Sampai kan kalau berjalan kt mall, rata2 tgk orang bawak air sebotol kat tgn tu macam satu kewajipan je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pun duk opis 2 3 kali jugak refill air. haha

      Delete
  2. Aritu family pergi, kita tak dapat ikut pun..xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. knp x ikut mesti dah penuh kete kan hehe

      Delete
  3. mesti warna warni kan kat sana ,, :D by the way ,, saya baru 15 lah bang ,, tahun ni pt3 ,, hehe ,, spm lagi 2 tahun ,, :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advance adik-adik skrg baru form 3 dah ade blog sendiri haha

      Delete
  4. Anonymous17 June, 2014

    joe? gambar aku yg kite pi malam tu mane? damn!!! hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade buat entri lain . special kan? haha

      Delete
  5. syira tak dpt pergi kali ni...jauh

    ReplyDelete