TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU LANGKAWI

Beruntunglah korang yang duduk di Pulau Langkawi sebab banyak tempat menarik di Pulau Langkawi. Menarik gila sampai rasa macam ‘ok lepas ini kena datang lagi ke Pulau Langkawi, kena datang lagi! ’sambil mata pandang langit. Alhamdulillah, rezeki aku dapat datang ke Pulau Langkawi dua kali tahun ini. Boleh baca entri part 1 Langkawi, percutian aku bersama bff aku. Trip ke-2 bersama Amal & the geng.


7 Tempat Menarik Sekitar Langkawi 



Dua kali datang ke Langkawi dah acah-acah nak buat entri mengenai tempat-tempat menarik di Langkawi kan? Tapi seriously tak menyesal pun pergi Langkawi. Mari nak cerita sikit antara tempat menarik yang sempat aku lawati di Pulau Langkawi sana. =D

1. Cable Car Langkawi 


Korang yang datang ke Langkawi memang rugi kalau tak singgah di Cable Car dekat sana. Sambil naik cable car, sambil menikmati keindahan pulau-pulau yang terdapat di sana. Memang sejuk mata memandang.

cable car langkawi

Walaupun cuaca atas ni memang agak panas (yang tak tahan panas boleh pakai shades), tapi angin kuat dekat sini membuatkan badan anda terasa sangat nyaman. Aku yang kurus keding nie macam nak terbang ditiup angin. Begitulah hiperbola mengenai kuatnya angin kat atas ni. \0/\0/

cable car langkawi_3

 

2. Pantai Beras Basah


Kitorang singgah di Pantai Beras Basah masa aktiviti island hopping. Sangat ramai orang dekat pantai ini. Ada yang berjemur, mandi-manda, bersantai dsb. Trip pertama, kitorang just main tangkap anak ikan je dekat sini. Nak mandi kang takut gelap kulit nanti sebab masa tu panas terik. Matahari atas kepala. Gila apa nak mandi pantai ekeke.

pulau beras basah langkawi

Trip ke-2 ke Pantai Beras Basah barulah berkesempatan mandi pantai. Trip ke-2 nie dengan Amal, Mona dengan Rini. Disebabkan excited tengok air masa itu, tak kira panas terik matahari dah,terus hungga ke air laut. Mujur cuaca tak panas terik macam trip pertama. kehkeh.

pantai beras basah

 

3. Tasik Dayang Bunting


Aktiviti island hopping juga membawa kitorang mengenali Tasik Dayang Bunting iaitu antara tempat menarik di Pulau Langkawi yang sangat indah dengan flora dan faunanya. hehe. Banyak gila monyet dekat sana awas jangan bawa makanan sambil lenggang sebab monyet dekat sana sangat rakus macam setahun tak jumpa makanan lol. Korang yang ingin melancong ke Pulau Langkawi, jangan tak join pula aktiviti island hopping yang sangat best itu okey. =D


tasik dayang bunting langkawi


Trip ke-2 ke Langkawi aku berkesempatan naik basikal air di Tasik Dayang Bunting. Tak seronok mana pun naik basikal ni lagi-lagi kalau dapat basikal bodoh yang bila kau nak tuju sebelah lain, lain dia bawa kau. Lastly kau stuck ditengah-tengah tasik tu sorang-sorang ngerinya haha. \0/


tasik dayang bunting_1

 

4. Makam Mahsuri 


Korang yang gemar kisah bersejarah jangan lupa melawat Makam Mahsuri. Disana korang akan dapat mempelajari sejarah Mahsuri dengan lebih mendalam dan dapat melihat barang peninggalan Mahsuri seperti perigi mahsuri, makam mahsuri, rumah lama dan alat-alat tradisional pada zaman Mahsuri.

makam mahsuri langkawi_1


makam mahsuri rumah penghulu


5. Pantai Cenang


Trip pertama ke Langkawi, kami sempat mandi-manda di Pantai Cenang. Pantai yang sangat cantik serious korang pun kena singgah mandi-manda di Pantai cenang tau. Di sini juga ada disediakan permainan air seperti banana boat, jet ski dsb. Korang main air pantai je itupun dah cukup seronok sampai taknak naik atas darat amboi \0/


pantai cenang langkawi


pantai cenang langkawi

 

6. Dataran Lang 


Tempat menarik di Pulau Langkawi yang seterusnya haruslah di Dataran Lang yang menempatkan replika burung helang besar yang merupakan mercu tanda Pulan Langkawi. Menariknya tempat ini sebab ada replika burung helang besar tu la. Kemudian ramai gila orang yang nak bergambar di hadapan replika burung helang. Siap beratur lagi semata-mata nak bergambar kat situ –.-


dataran Lang_LANGKAWI


7. Haji Ismail Group (HIG)


Tak lengkap percutian ke Pulau Langkawi kalau tak bawa pulang coklat kan? So, boleh borong coklat banyak-banyak di Haji Ismail Group (HIG). Macam-macam coklat korang boleh jumpa di sini. Harga pula lebih berpatutan berbanding kedai lain. Itu yang best. =D

haji ismail group_langkawi

Sebenarnya banyak lagi tempat menarik di Langkawi yang tak sempat kitorang pergi macam di Underwater World, Beras Terbakar,Telaga Air Hangat dsb. Mungkinkah ada trip ke-3 ke Pulau Langkawi? Inshaallah kalau ada rezeki apa salahnya \0/. Korang yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tempat menarik di Langkawi yang telah aku lawati, boleh rujuk entri di bawah



Selamat menjelajah tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi !
34 Komen untuk "TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU LANGKAWI"

Assalamualaikum dan salam syawal ke-10,wahh..bnyk jgk tmpt menarik kat Langkawi..bila dpt brcuti kat sana yer..

Untung laaa..gi jalan2. Pergh..pergh..betapa jelesnye daku. Ehem. Kalau tanak kulit gelap pakailah krim sunblock gitew..barulah kulit takde efek pape walau matahari terik bak ang. XD

yup memang banyak ini pun tak habis lagi selongkar hehe...

kita xde krim sunblock. pakai vaseline je haha

nie dah lama mek oi. coklat pun dah jadi lemak haha

nice.nanti nak pergi lagilah.

best ke langkawi ramai-ramai... makan pun sedap!

Pergi laaa.. Kalau dekat setiap minggu boleh pegi haha

yup. mmg sedap-sedap makanan kat sana \0/

kalau ke langkawi tapi tak pi ke HIG, mmg x sah.. heheh

SALAM. wahhh..seronoknya mereka

ade gok perkataan hungga.. hahaha.

betul tu bro. kat mana lagi nak shopping coklat murah-murah dan macam-macam ada kan.

yup memang tengah berseronok tu semua. hehe

aum aum best..aku dah 6 kali ke langkawi ni...hehe

Kak Asma detailsnya baca haha. terharu kita. =D

Rindu pulak kat Langkawi, lama tak pergi sana.

last pegi langkawi form 1998.huishh lama sangat.rasa teringin nk pegi semula...

Sukanya dia pegi Langkawi sampai 6 kali . haha

rindu Langkawi ke, rindu orang kat sana haha =p

Aku baru 2 kali pergi langkawi. memang tempat yang menarik ada akuarium ikan yg terbesar dan macam-macam lagi.

Salam, wahh seronoknyerrr g jenjalan ye~ langkawi mmg best, cuma aku xpernah pergi lagi..haha..btw, kahwin malam, kalau malam minggu xpe..stay up lah kome sampai kol 1..haha

Wah, seronoknya..banyak tempat2 menarik boleh kunjungi..so far belum berkesempatan lagi ke sana..InsyaAllah, One day :)

Lama dah tak gi Langkawi. Last pegi thn 2011. Paling best naik cable car. Kt atas sana sejuk je.

seronoknyeee..langkawi mmg destinasi family travel for the next year..
lagi x sabo tang HIG tu..
insyaallah one day kami smpai..
im newbies..so otai2 leh tunjuk ajar saya..
jom singgah ibutwins.blogspot.com

Sekiranya dtg langkawi utk dapatkan kereta sewa/bas sewa atau penginapan blh huhungi 0124173235 en hasnizul...keselesaan anda keutamaan kami..

wahh bestnya.. rindu nak pergi langkawi lagi.
pergi 3 hari 2 malam x ckup utk pusing2 semua tempat..
jom singgah akukakijalan94.blogspot.com.. budak baru belajar :)

Heaven sggh shoppg cokelat kt lgkwi ni

Admin, nak tanya benda lah, kat mana boleh contact???

nk tnya naik cable car sorang brpe ?

Back To Top