Trip Ke Langkawi : Island Hopping

Hari ketiga di Langkawi, kitorang join aktiviti Island Hopping yang aku kira aktiviti paling best sepanjang trip ke Langkawi. Korang akan dibawa melawat tiga Pulau yang sangat cantik di Langkawi iaitu Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa Besar dan Pulau Beras Basah menaiki speedboat.

 

jetty island hopping langkawi


Ke Island Hoping Langkawi 


Pagi-pagi lagi dah sampai jetty. Mujur Charlie Motel dengan jetty dekat sangat. Jimat masa. Ramai gila orang tunggu nak naik speedboat di jetty untuk aktiviti Island Hopping. Boleh nampak muka excited kami dalam gambar tu kan?

 

speedboat island hopping langkawi

 

Muka teruja gila kali pertama naik speedboat. Laju bukan main sampaikan kitorang siap menjerit-jerit bila boat melompat-lompat meredah ombak. Suka betul buat drama kan. Driver speedboat yang muka agak serious itu pun boleh tersenyum sorang-sorang tengok gelagat kitorang naik speedboat. Zack siap makan nasi lemak lagi dalam speedboat. Bila berselisih dengan speedboat lain, masing-masing menjerit “hye” sambil lambai-lambai tangan kakaka. Havoc kan kitorang lol.

 

Pulau Dayang Bunting, Langkawi

 

Jangan tanya aku kenapa Pulau ini dinamakan Dayang Bunting, sebab aku tak tahu. Mungkin ada kisah dongeng mengenai ada seorang dayang istana yang bunting di sini ke kan. Yang menarik mengenai Pulau Dayang Bunting, korang boleh nampak bentuk bukit berupa wanita bunting di sini. Mungkin sebab tu dinamakan Dayang Bunting kot.

 

pulau dayang bunting langkawi

 

Di Tasik Dayang Bunting, korang boleh mandi manda. Aku tak berani nak mandi sebab air amat dalam. Korang diberi lebih kurang sejam menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting dan keindahan flora dan fauna di sana. Memang cukup indah! Kera banyak betul dekat sana. Jinak-jinak pulak tu. So, kalau nak bawa makanan, pastikan letak dalam beg siap-siap. Nanti berebut dengan kera lah kau.

 

pulau dayang bunting langkawi_1Belakang kitorang tu bukit yang menyerupai wanita mengandung kalau tengok dari jauh

 

Di Tasik Dayang Bunting juga ada menyediakan aktiviti basikal air. Disebabkan kitorang diberi masa hanya sejam, tak sempat nak main pun basikal air tu. Ececeh, alasan tak sempat nak main padahal tak bawak duit lol. So kitorang just bergambar, rendam kaki dalam air, selfie jela kat sini tapi masa sejam yang diberi tu macam tak cukup pulak haha.

 

tasik dayang bunting langkawi_1

 

Tak lengkap rasanya kalau tak bergambar dihadapan mercu tanda DAYANG BUNTING MARBLE. Bukan main ramai yang nak bergambar di sini. Boleh suruh diorang ambil gambar kitorang kejap bila diorang dah siap bergambar ahah!

 

Siap bergambar, queue untuk naik kembali ke speedboat. Agak sesak keadaan di jetty Pulau Dayang Bunting siap ada yang bertolak-tolak untuk menaiki speedboat sehinggakan hampir terjatuh dalam air. Mohon pihak berkenaan besarkan lagi jetty atau buat satu laluan yang memudahkan para pengunjung menuruni/menaiki jetty.

 

Pulau Singa Besar, Langkawi

 

Lega rasa bila dah berjaya naik kembali ke speedboat. Kitorang dibawa pula ke Pulau Singa Besar untuk melihat burung helang yang merupakan simbolik bagi Pulau Langkawi. Aktiviti ini dinamakan eagles feeding. Konon nak beri burung helang makan padahal tak bawa pun makanan helang. Sepatutnya pemandu speedboat kitorang yang sediakan makanan burung helang tapi dia tak bawak pulak. So, hanya mampu melihat burung helang berlegar-legar atas bot. Agak-agak kalau baling nasi lemak dia sambar tak?

 

pulau singa besar langkawi


Susah betul nak shoot gambar ada burung helang berterbangan di belakang. Gambar ni je nampak seekor burung helang di belakang. Baru boleh caption “at Pulau Singa Besar, Langkawi” kan hahah! Di Pulau Singa Besar, kitorang hanya dibenarkan duduk dalam boat sambil tengok burung helang berlegar-legar di udara. Tak boleh turun dari boat pun. Nanti burung helang sambar bawak masuk dalam sarang dia lol.

 

Pulau Beras Basah, Langkawi


Persinggahan terakhir Island Hopping ialah di Pulau Beras Basah. Aku rasa Pulau Beras Basah ini merupakan tempat yang paling panas lah di Pulau Langkawi tu. Serious panas gila sampai mata bersinau. Mujur tak migrain. Tapi pelik betul sebab ramai pulak pelancong asing berjemur tepi pantai. I can’t brain this blergh! (Apijol jeles sebenarnya)

 

pulau beras basah langkawi

 

Kitorang dibenarkan bersantai di Pulau Beras Basah hampir satu jam jugak. beratur orang nak bergambar di mercu tanda Pantai Beras Basah tau. Kalau korang perhati gambar di atas, boleh nampak muka diorang kepanasan. Lepas bergambar, terus berlari masuk air.

 

Sini boleh mandi, cuma kena tahan panas terik matahari lah. Lagi-lagi kitorang sampai sini bila matahari atas kepala. Panas dia dok soh cakap lah! Memang taklah aku nak mandi kan. Semalam kan dah mandi di entri Makam mahsuri Langkawi. Pantai sini banyak coral. Nak mandi pun asyik terpijak coral. So, main tangkap-tangkap anak ikan jela kita nie =.=

 

Ralik main tangkap ikan, sampai jugak akhirnya speedboat kitorang. Jom balik ke jetty. Kulit dah terbakar rasa. Perjalanan balik jetty tak havoc sangat mungkin sebab penat sangat. Masing-masing menunjukkan muka kepenatan sambil menghayati keindahan laut dan pulau. Tapi still menjerit bila boat terlompat-lompat meredah ombak lol. Entri seterusnya aku akan cerita mengenai hari terakhir trip ke Pulau Langkawi.

 

syerah main gitarStay tune & terimalah persembahan dari adik Wawa Latip kita =p

21 Komen untuk "Trip Ke Langkawi : Island Hopping"

wahhh seronoknya pergi jalan-jalan

Luangkan sedikit masa untuk vote blog acik yang tercalon bagi favorite lifestyle blog Cara vote di sini

dh 2 kali pegi tak berkesempatan nak gi island hopping sbb ade anak kecik. lain kali nk gi jugak lah....best je tgk..

Uiiiii bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

teman dah beli beg besooo.. ha? nak buat apa? nak standby lea ole2 yang tuan nak bagi tuu.. ha3.. ingat yea.. teman nak burung helang yang jadi tugu kat langkawi tu tauu!

argh ! bestnya ! hhuhu

mcm best jer. teringin nak gi jugakk. hehe

Beras basah tu sgt best....bersih gile pantai yed..teringt kembali memori.. :)

Kita best naik speedboat lg. hah!

tggu anak besar dulu, boleh ah p Island Hopping hehe.

Nak letak depan rumah ke tugu burung helang tu hahah!

wahh . Pulau Dayang Bunting aku tak brani pegi entah kenapa :/

bulan 6 aku ke sini tggu entry ak lak ok..hahaha...

best ni bro.. aq rasa antara smua aktiviti bleh wat di langkawi..island hoping paling best..terutama p dkat pantai beras basah..memng terbaik.. view dia..lpas tu mandi2 kat tasik dyang bunting... :P

terbaikk... follow me ok

mai aku teka,

sebab takut nanti bunting ? haha

hai tak berani la nak mandi di tasik dayang bunting tu . tak pandai berenang hahaha

pegilah. serious tak rugi. =D

Jom reramai bercuti ke Pulau Tioman

www.wanpulautioman.com

Dasat betul sampai bertolak-tolak kat jeti tuh. takut lak rasa. =="

Back To Top