Seronok tak terkata bila trip yang dirancang sejak dari bangku sekolah lagi akhirnya menjadi kenyataan! Nyaris-nyaris nak tarik diri dari trip ini sebab kekangan wang, mujur ada yang sudi nak sponsor. Thanks semua. Korang sangat baik pada aku walaupun aku bukan seorang kawan yang baik sangat selalu menimbulkan masalah dan jahil sekali. Sob. =p
Plan diatur dari bulan November 2013 lagi. Siap buat kertas kerja dan lantik Pengarah Program, Setiausaha, Bendahari dan AJK Pelaksana. Alhamdulillah, pada 23 Januari 2014 plan yang dirancang menjadi kenyataan! Pagi Khamis berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tunggu kedatangan Firefly ke Subang. Dari Subang terus ke Langkawi.
Kesian Amir tak dapat naik firefly sekali sebab ada interview. Tapi tetap semangat pergi Langkawi naik bas. Mana boleh tak pergi. Pengarah program kan! insyaAllah next trip kita naik flight sama-sama ye Amir. Thanks sebab tolong hantar kitorang ke LTSM.
Sempat bergambar dengan Misha Omar di Airport Sultan Abdul Aziz Shah, Subang. Cantik dan peramah sangat Misha Omar nie tau. Sebenarnya ternampak Misha Omar dari LTSM lagi. Naik flight pun sekali dengan Misha. Masa di Airport Subang baru berani nak tegur Misha ajak bergambar. Mujur dia nak! Jangan lupa ye dengar single terbaru Misha Omar-Untuk Bermimpi. Sedap gila!
Flight dari LTSM ke Subang dalam 40 minit je. Terpaksa lepak di Subang almost 4 jam sebab nak tunggu flight ke Langkawi pada pukul 5.00 petang. Subang ke Langkawi almost 50 minit kot. Tapi memang tak rasa macam 50 minit sebab ralik sangat menikmati keindahan alam ciptaan Allah. Ya Rabbi cantik gila awan. Korang yang dah biasa naik flight mesti tak hairan sangat macam aku yang firstime nie hehehe.
Bila keadaan dalam flight clear, cepat-cepat ambil gambar awan hahaha. Kecik besar kecik besar je pramugari firefly tengok kitorang. Sesampainya di Langkawi, kitorang disambut oleh kawan-kawan Kodin & Alwani yang merupakan penduduk Langkawi. Boleh la jadi tour guide kitorang nanti.
Kitorang sewa sebuah van supaya mudah bergerak sepanjang 4 hari 3 malam di Langkawi permata Kedah yang cantik gila nie! Next entri aku akan cerita aktiviti-aktiviti kitorang di Langkawi pulak.
Oh, by the way aku dah ada akaun instagram tau. Jakun sekejap orang lain dah ada lama kan. Banyak juga gambar trip ke Langkawi di instagram aku. Jemput follow instagram aku hafiz_hafizol.
Official Photographer : Hs Photog
13 Komen untuk "Trip Ke Langkawi Dari Terengganu (Part 1)"
kemah boh hehehehehh
bestnya T_T
nak ikut heheheh
salam. wahh..bestnya pegi Langkawi :)
oouhye adik..pasal campaign seeding churpchurp tu..cuba baca entry akak ni ye;
http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/01/campaign-seeding.html
diharapkan dapat membantu :)
fuyooh dah ada instagaram
bestnya. aku dari dulu merancang. jadi nya dok. haha
Selamat bercuti. Nak key chain
Untunglah pergi bercuti.. pastu dapat jumpa Misha lagi.. untung2.. =)
Syoknya berjalann.. ole2 takde ke?hahah xD
Nk ikut apa. org dh balik nie hehe
Thanks .. Sangat membantu :)
masyukklah flght tukar2..hahaha..
Langkawi mmg best!lg pegi dgn kwan2x.perghhhh..terbaiklah bercuti..
untunglah aku pom x pernah jumpa face o face ngn misha....weh rindu pulak nak ke langkawi...
Bajet seorang berapa ?