Susah tahu nak cari tempat makan best di Putrajaya. Lagi-lagi tempat makan yang best dan murah. Aku jarang sebenarnya makan di tempat makan area Putrajaya. Lebih suka makan di rumah melainkan ada orang yang ajak makan atau memang tiada makanan untuk dimakan dirumah. Itupun kalau ada duit la ye hiks. Sepanjang duduk di Putrajaya, selalu juga jalan-jalan cari makan dekat sana. Siap dah letak dalam kepala tempat makan mana yang murah, sedap dan best kalau nak bawak kawan pergi makan di Putrajaya. 


Food Court Presint 9


Terletak bersebelahan Klinik Putrajaya Presint 9 dan Pusat Kejiranan Putrajaya Presint 9 dan merupakan tempat makan pertama yang aku dating di Putrajaya. –.- Paling dekat dengan rumah. Boleh pergi Food Court Presint 9 jalan kaki je. Banyak pilihan makanan yang terdapat di Food Court nie. Kebanyakan makanan pula sedap-sedap dan murah. =D


food court presint 9 putrajaya

Kalau lunch hour & dinner, memang penuh orang. Sampai tak cukup meja. Last-last kita makan dekat mamak kembar bawah tu je kakaka. Antara menu menarik yang terdapat di Food Court Presint 9 ialah :-

- Nasi Lemak
- Nasi Ayam
- Aneka Sup
- Soto
- Yong Tau Fu
- Satay Tok Ayah
- Western
- Nasi berlauk
- Thai Seafood
- Burger
- Roti John
- Roti Canai
- Char Kuey Teow
- Rojak Buah
- Aneka Lempeng
- Otak-Otak
- Tauhu Bakar
- Sate ikan


Bukan kata aku dah makan semua makanan-makanan yang disenaraikan di atas. Baru pernah makan 3 4 jenis makanan je pun. Kalau nak makan sini, kena datang awal tau especially waktu puncak. Takut nanti penuh semua meja. Kesian kau!

Boleh baca entri makan di food court presint 9 untuk mengetahui lebih lanjut mengenai makanan-makanan yang dijual di sana.


Umai D’ Lake Café


Umai Cafe Putrajaya_1

Umai D’ Lake Cafe beroperasi di Bangunan Anjung Alaf Baru, Presint 2, Putrajaya. Bangunan ini terletak diantara Masjid Sultan Mizan (Masjid Besi) dan Monumen Alaf Baru.

Umai Cafe menyediakan pelbagai jenis masakan panas seperti masakan thai, masakan melayu, mee rebus Umai, laksa utara, bihun sup utara, nasi lemak, western, pelbagai jenis bubur dan yang paling menjadi kegemaran pelanggan umai cafe adalah jemput pisang, cucur udang, lempeng kelapa dan pisang. Sambil makan, boleh menikmati pemandangan indah di sana yang betul-betul menghadap Tasik Putrajaya. Makanan juga murah-murah. =D

Boleh baca entri blogger review mengenai makanan di Umai Café di sini. Untuk keterangan lanjut mengenai menu istimewa di sana, boleh lawati http://www.umaicafe.blogspot.com/.

Medan Selera Taman Warisan Pertanian


Kali terakhir datang sini pada tahun 2012 kalau tak silap. Makan Sate Kajang Haji Samuri yang sangat popular di Taman Warisan. Antara lain yang popular ialah Roti John dan Nasi Ayam. Ramai member yang memuji Roti John di sana sedap.

Medan Selera Taman Warisan Pertanian baru lepas renovate. Tak berkesempatan lagi nak pergi sana. Baru-baru ini ada juga ajak member lunch di sana semata-mata nak tengok apa yang best sebab nak buat entri tempat makan best di Putrajaya nie la. Malangnya hujan lebat sangat so ambil keputusan makan di RASA Alamanda je. Nanti bila kita pergi sana, kita buat entri lain. Mungkin dah banyak yang berubah berbanding pada tahun 2012.

taman warisan Putrajaya

Haritu ternampak kain rentang Medan Selera Taman Warisan Pertanian yang sudah mula beroperasi. So, warga Putrajaya jom serbu Medan Selera Taman Warisan Pertanian ramai-ramai. Mesti menjanjikan aneka makanan yang lebih sedap dari sebelum ini.

Mamak Kembar Presint 9


Mamak Kembar Presint 9 terletak di sebelah Pasaraya Darussalam juga bersebelahan Food Court Presint 9. So, kalau Food Court dah penuh dengan orang, boleh lah lepak di Mamak Kembar Presint 9 kan.


Rasanya Mamak Kembar ini merupakan tempat makan mamak paling popular di Putrajaya. Sebut je Mamak Kembar Presint 9, confirm warga Putrajaya tahu lah. Kenapa dinamakan Mamak Kembar? Sebab terdapat 2 buah restoran mamak yang sebelah menyebelah di situ, Restoran Naz Maju dan Darussalam.

Aku biasa kalau datang makan sini, pakat duduk je kerusi merah @ biru. Takde pulak nak fikir dulu mana nak duduk. Tengok kosong, terus duduk. Kedai mamak ini selalu ramai orang. Kalau nak makan segala macam roti, boleh try makan dekat sini. Takdelah sedap gila pun. Tapi boleh lah sambil lepak sap kok lu sambil makan roti canai ye. =D

Medan Selera RASA Alamanda


Kalau nak save budget, sila jangan makan di Medan Selera RASA Alamanda sebab kebanyakan makanan yang disediakan memang agak mahal berbanding kedai makan biasa. Korang jangan terkejut tau kalau korang makan nasi putih ambil sedikit lauk pun boleh mencecah hampir RM10.00.

medan selera Rasa Alamanda

Mahal-mahal pun ramai je pengunjung memilih Medan Selera ini untuk menjamu selera. Bila weekend memang penuh orang sehinggakan aku pernah menunggu meja kosong disebabkan semua meja penuh. Serious beb tak tipu haha. Mungkin sebab makanan yang disajikan enak walaupun agak mahal kan. Antara makanan yang terdapat di sana ialah :-

- Ayam Penyet
- Penang
- Thai Cuisine
- Chicken Rice
- Portuguese Grill
- Kelantan
- Nasi Kandar
- Little Wok
- Asam Pedas
- Teppayanki
- Sizzling
- Noodles
- Western
- Nasi Campur
- Crispy Popiah
- Waffle Stop

Pendek kata, makanan ringan-ringan, makanan berat, makanan Barat, makanan kampung, semua ada di Medan Selera RASA Alamanda nie. Tapi aku biasa makan di Nasi Kandar tu je. Nasi putih + Ayam goreng + sayur = RM5.00 sahaja. Kalau rasa nak makan murah, ambil lauk tu je ok wakaka.

medan selera rasa alamanda

Bila google, banyak lagi sebenarnya tempat makan best di Putrajaya. Nanti mungkin  boleh cuba menjamu selera di Selera Putra, Putrajaya Seafood Taman Botani dan Selera Laman Perdana pula. =D