Makan-Makan di K-Fry Urban Korean IOI City Mall, Putrajaya

Baru-baru ini keluar makan dengan ex-officemates di K-Fry Urban Korean, IOI City Mall. Kalau bab makan nie, memang susah sokmo nak decide katne nak makan. So aku follow jela diorang sampailah ke K-Fry Urban Korean nie haa.

K-FRY URBAN KOREAN IOI CITY MALL

Kami sampai sana around 11.15am macam tu. kedai still tak bukak but orang dah beratur panjang. Ayo! So, kami joinlah sama beratur. Pukul 11.30am baru kedai bukak.

Kfry urban korean ioi city Mall PUTRAJAYA

Tertanya-tanya juga kenapa ramai semacam orang nak makan dekat sini. Sedap sangat ke makanan yang diorang jual? Rupanya kedai ini pernah viral dengan menu masakan Korea diorang yang sedap & cara penyediaan yang lain daripada yang lain. So, apa yang lainnya tu? Lets check it out!

kfry urban korean IOI CITY MALL

Memang agak besar juga outlet K-Fry Urban Korean di IOI City Mall nie. Ada bahagian dalam & luar. Nanti diorang akan assist meja mana yang korang boleh duduk mengikut bilangan partner yang korang bawak.

menu popular di Kfry IOI City Mall

Ini antara menu yang terdapat di K-Fry Urban Korean. Paling famous mestilah menu K’fry Chicken Bumbuk nie. Dengar cerita, petang je dah habis dah menu nie. So, kalau korang nak try, boleh datang awal sikit la gamaknya.

menu popular di Kfry IOI City Mall

Antara menu yang kami order
  • Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom
  • K’Fry Honey Butter Chicks
  • Strawberry Cheesecake Bingsoo
  • Plain Water (Free)
Kami tunggu makanan sampai almost setengah jam jugak maklumlah customer depa ramai teruk. Mujurlah tadi dah breakfast dulu dekat rumah. Kalau tak, mau ter-emosi maklumlah aku kalau tengah lapar, lagi-lagi sambil tunggu makanan sampai, boleh moody weh! kahkah.

Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom

Akhirnya, sampai pun makanan kami. Masing-masing dah ready dengan handphone nak ambik gambar makanan. Bila staff depa tengok kami snap gambar makanan terus dia tanya, nak ambik gambar dulu ke sebelum dia serve makanan kami. Of course lah nak ambik gambar dulukan. Entah bila la plak boleh makan dekat sini haha. –.-

Dah settle ambil ambil gambar makanan, terus dia sambung buat keje. Menu Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom nie diorang buat live depan korang. Ada dalam 12 ketul ayam, nanti depa tanya la nak buat semua or separuh dulu. Buat separuh jela dulu dik oi kita makan slow-slow. =D

KFRY Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom

Inilah rupa Menu Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom yang sangat popular di K-fry Urban Korean tu. Dah apa tunggu lagi jemput la rasa sikit sorang. Ayam pedas bersalut cheese yang terbaik pernah aku rasa sepanjang hayat aku kahkah. Over betul weh. Tapi serious memang sedap nyum nyum sangat pun. \0/

K’Fry Honey Butter Chicks

Ini pula K’Fry Honey Butter Chicks. Makan ayam je kali nie hehe. Best jugak ada rasa manis-manis madu. Since dah makan Cheesy Bumbuk tu berketul-ketul jugak, terpaksa tapau K’Fry Honey nie. Dah tak boleh nak habiskan dah.

KFRY MENU Strawberry Cheesecake Bingsoo

Semua dessert nampak sangat menyelerakan susah betul nak pilih. Untuk kali ini, kami order Strawberry Cheesecake Bingsoo nie haa. Next time boleh la cuba yang lain pulak. Tapi tak tahu lah bila next time aku tu. –.-

Semua menu diatas, kami makan bertiga tau. Portion pun besar memang sesuai untuk dimakan antara 3-4 orang macam tu especially Cheesy Bumbuk Spicy Yangnyeom tu. So, jangan tamak ye bila korang nak order makanan dekat sini.

sdr


Makan sambil berborak, rupanya almost 2 jam jugak kali lepak di K-Fry nie. Ok jom blah. Kita bagi peluang dekat customer depa yang duk beratur kat luar tu pulak. Panjang betul beratur tu. Sabar jela ampa semua nie kan bab makan memang semangat! =D

By the way, thank you so much awak yang belanja kitorang makan di K-Fry Urban Korean tu. Semoga dimurahkan rezeki sokmo. Ameen.

5 comments:

  1. patutlaaa ramai giler Q td..ingatkan knp laaa..rupanya sbb viral..hihihi

    ReplyDelete
  2. Mak aih, tengok dessert dia. Nyummy!

    ReplyDelete
  3. adoi sedapnya .. tapi bila dengar ramai orang .. hmmm.. malas plak.. haha

    ReplyDelete
  4. perghhh
    nampak sedap pulekkk

    ReplyDelete
  5. dh try mkn sana dh..memang sedap makanan dia walaupun harga agak mahal tpi memang puas hati

    ReplyDelete