11 Hotel Best Putrajaya dan Cyberjaya

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang mengenai hotel best Putrajaya & Cyberjaya. Since Cyberjaya sebelah Putrajaya je (kira-kira 15-20 minit drive), korang pun boleh check in di Putrajaya sekiranya mempunyai urusan di Cyberjaya and sebaliknya. 


Hotel Best di Putrajaya & Cyberjaya 


hotel menarik best di putrajaya cyberjaya


Di Putrajaya dan Cyberjaya, banyak hotel yang best dan menarik buat korang yang ingin bercuti atau mempunyai urusan rasmi di sana. Jom kita tengok apa & dimana hotel best Putrajaya & Cyberjaya. Untuk tempahan, korang boleh tekan link booking.com dan agoda.com yang aku letak di setiap hotel okay. Aku dah link ke setiap hotel bagi memudahkankan korang membuat tempahan.😄 


1. DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, Presint 5 (★★★★★)


Pada tahun lepas, aku berpeluang menginap selama satu malam di DoubleTree Putrajaya. Masa tu bulan puasa. Aku berpeluang menikmati hidangan berbuka puasa yang sedap & dapat bersahur di sana juga. Dapat bilik yang mempunyai balkoni yang ditepinya tasik Putrajaya. 


Kalau malam, dapat tengok kecantikan jambatan yang disinari lampu berwarna-warni di Putrajaya. Memang puas hati pengalaman menginap di DoubleTree Putrajaya


hotel best putrajaya


Antara tarikan terbaru di DoubleTree Putrajaya (sebelum ini dikenali sebagai Pullman Putrajaya) ialah kolam renang kanak-kanak yang sangat meriah & selesa. Anak-anak korang confirm seronok mandi manda di kolam renang kanak-kanak yang disediakan di sana. Infiniti pool yang menghadap tasik Putrajaya juga ada disediakan di sana bagi orang dewasa. 


Terdapat juga pantai buatan bersebelahan DoubleTree Putrajaya yang semakin popular di Putrajaya dan sering menjadi port lepak warga Putrajaya & pelancong diwaktu petang. 


Harga yang ditawarkan bermula RM 390/night bergantung kepada tarikh. 



2. Le Meridien Putrajaya, Lebuh IRC near IOI City Mall (★★★★★)


Hotel ini betul-betul bersebelahan IOI City Mall Putrajaya. Korang yang plan untuk menghabiskan masa di mall, nak shopping, tengok wayang, food hunting pelbagai makanan di mall, main boling etc, boleh cuba menginap di Le Meridien Putrajaya


hotel best putrajaya



Harga yang ditawarkan bermula RM390/night bergantung kepada tarikh. 


3. Dorsett Putrajaya, Presint 3 (★★★★)


Kalau korang mempunyai urusan rasmi di kementerian kerajaan sekitar Presint 3, Dorsett Putrajaya merupakan hotel yang sesuai untuk korang bermalam. Hotel ini berhampiran Masjid Besi, Dataran Putrajaya dan dikelilingi pelbagai pejabat kerajaan. 



hotel best putrajaya



Tempat makan pun banyak berhampiran Dorsett Putrajaya seperti foodtruck, Restoran Umai, McD, dan sebagainya. 


Harga yang ditawarkan bermula RM197/night bergantung kepada tarikh. 

Tempah di agoda.com sekarang



4. Zenith Putrajaya, Presint 2 (★★★★★)


Terletak di tepi tasik Putrajaya, Presint 2. Pemandangan yang cantik iaitu mengadap tasik Putrajaya, Masjid Putra, dan bangunan kerajaan sekitarnya. Berhampiran pejabat kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Wilayah dan juga bersebelahan Menara PjH. 


hotel best putrajaya



Terdapat kolam renang di rooftop Zenith Putrajaya. Best kan mandi bertemankan pemandangan yang cantik sekitar Zenith. \0/


Harga yang ditawarkan bermula RM313/night bergantung kepada tarikh. 

Tempah di agoda.com sekarang



5. The Everly, Presint 1 (★★★★)


The Everly Hotel Putrajaya bersebelahan Alamanda Shopping Mall iaitu mall yang pertama di Putrajaya. Boleh jalan kaki sahaja ke Alamanda dari The Everly. Biasanya aku ke hotel ini sebab ada event company memang selalu buat di dewan dalam The Everly. 


hotel best putrajaya



Bila dah puas tengok wayang (GSC), main boling, & karaoke di Alamanda, boleh la korang terus check in di The Everly >.< 


Harga yang ditawarkan bermula RM201/night bergantung kepada tarikh. 


6. Pulse Grande, Presint 1 (★★★★★)


Jika korang ingin menginap di hotel yang dikelilingi pokok-pokok hijau, bukit berlanskap, taman-taman yang cantik, bolehlah menginap di Pulse Grande Putrajaya. Since Pulse Grande terletak di atas bukit, korang akan dapat melihat pemandangan taman sekitar Putrajaya & bangunan kerajaan di sekitar Presint 1. 


hotel best putrajaya cyberjaya



Harga yang ditawarkan bermula RM248/night sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. 

Tempah di agoda.com sekarang


7. Palm Garden Hotel, IOI Resort City (★★★★)


Palm Garden Hotel terletak bersebelahan Le Meridien Hotel juga berhampiran IOI City Mall Putrajaya. Harganya yang lebih murah memberi kelebihan buat mereka yang kekurangan bajet untuk menginap di Le Meridien. 



hotel best putrajaya dan cyberjaya



As for me, aku lagi suka kalau diberi peluang menginap di Palm Garden Hotel kot sebab suasana kehijauan pokok-pokok besar dan rendang dan taman yang mengelilingi hotel. Terasa minda lebih relaks & tenang.  


Harga yang ditawarkan bermula RM260/night sahaja bergantung kepada tarikh korang booking. 


8. Putrajaya Marriot Hotel, IOI Resort City (★★★★★)


Putrajaya Marriot Hotel juga terletak berhampiran IOI City Mall. Kalau korang ingin merasai pengalaman menginap di hotel 5 bintang selain di Le Meridien, boleh cuba menginap di Marriot Hotel yang mempunyai pemandangan bukit bukau yang menghijau & nyaman. Seni bina hotel pun sangat gah sekali ye. T_T



hotel best putrajaya dan cyberjaya



Antara yang popular di Marriot hotel semestinya kolam renang-nya yang besar. dan cukup selesa Seronok bawa anak-anak mandi-manda di sini kan? \0/


Harga yang ditawarkan bermula RM320/night sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang.


9. Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya (★★★★★)


Terletak di tengah-tengah Cyberjaya. Resort berlandskap taman yang menghijau dengan tumbuh tumbuhan di sekitarnya. Kolam renangnya juga cantik dikelilingi pokok menghijau. Aku pernah beberapa kali juga ke sini untuk lunch dengan officemate & ada preview bufet Ramadan. Seriously memang cantik betul Cyberview Resort & Spa nie. 


hotel best putrajaya dan cyberjaya



Harga yang ditawarkan bermula RM219/night bergantung kepada tarikh tempahan korang. 


10. Citadines DPulze Cyberjaya (★★★)


Hotel berkonsep studio dan suite. Turut disediakan mini kitchen dengan microwave, peti sejuk & cerek elektrik. Bangunan hotel betul-betul bersebelahan shopping mall Dpulze, Cyberjaya. Mall yang terbesar di Cyberjaya. 


Confirm tak bosan bila menginap di Citadines sebab Dpulze mempunyai pawagam TGV, pusat bowling, butik pakaian & pelbagai makanan yang enak. 


hotel best putrajaya dan cyberjaya



Harga yang ditawarkan di Citadines bermula RM180/night sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. 

11. Dash Box Hotel, Cyber 8, Cyberjaya (★★★)


Dash Box Hotel pernah viral di sosial media kerana kecantikkannya. Hotel yang berkonsep hipster & insta friendly (Instagrameable) ini mempunyai pemandangan mengadap kolam renang yang luas & besar. Kiranya kolam renang ditengah-tengah, dikelilingi bilik-bilik hotel yang serba putih. 


hotel best putrajaya dan cyberjaya



Harga yang ditawarkan bermula RM238/night bergantung kepada tarikh korang membuat tempahan.



Ini sajalah antara 11 hotel best di Putrajaya & Cyberjaya yang dapat aku senaraikan pada kali ini. Hotel yang menjanjikan pengalaman yang best & bermakna buat korang sekiranya datang ke Putrajaya atau Cyberjaya. 


Kalau tanya aku, aku terngin bermalam di Putrajaya Marriot & Pulse Grande tu. Pastu amek bilik balkoni yang mempunyai pemandangan taman & bukit yang menghijau. Wah nyaman sekali kan hehe. 
0 Komen untuk "11 Hotel Best Putrajaya dan Cyberjaya "

Back To Top