TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA

Pertama kali menjejakkan kaki di Putrajaya pada tahun 2010. Lepas habis STPM, aku datang ke Putrajaya dengan 1 tujuan, nak kerja kat sini sebelum result STPM & panggilan Universiti keluar. At least takdelah masalah kewangan bila masuk Universiti nanti kan. Memang tak lah nak duduk goyang kaki kat rumah je. Kebetulan akak aku stay Putrajaya so boleh tumpang rumah dia.


Memang seronok duduk sini tapi takdelah seronok dia macam seronok duduk kat kampung. Banyak tempat cantik, pengangkutan awam pun senang, banyak event best, makanan pun boleh dikatakan murah melainkan korang beli di Rasa Alamanda tu. Kalau makan di food court Presint 9 nasi ayam baru RM4.50.


6 Tempat Menarik di Putrajaya 



Alhamdulillah rezeki aku dapat melanjutkan pelajaran di UKM, Bangi. Seronoklah aku sebab dekat dengan Putrajaya kan. Nanti kalau bosan-bosan duduk UKM, boleh balik Putrajaya. Boleh dikatakan aku sudah menyelongkar hampir keseluruhan Putrajaya pun dari tahun 2010 sehinggalah sekarang. Ini semua gara-gara salah naik bas Nadi Putra tu kakakaka. Banyak tempat menarik sekitar Putrajaya yang telah aku lawati.

1. Jambatan Seri Wawasan, Presint 2


Tak lengkap rasanya tak singgah di Jambatan Seri Wawasan Putrajaya kalau datang ke Putrajaya. Jambatan Seri Wawasan Putrajaya memang penuh dengan kenderaan bila waktu malam lagi-lagi weekend. Ada yang datang bergambar, lepak, dan menikmati keindahan waktu malam di Putrajaya. Pengalaman yang paling best di Jambatan Seri Wawasan Putrajaya mestilah surprise birthday di Jambatan Putrajaya. =D


gambar atas jambatan putrajaya

 

2. Dataran Perbadanan Putrajaya, Presint 2


Bangunan-bangunan kerajaan yang sangat unik & cantik ukirannya boleh didapati di presint 2, Putrajaya. Firstime datang sini memang sangat kagum dengan kecantikan dan keunikan seni ukiran bangunan di Presint 2 seperti Mahkamah Kehakiman. Pengantin baru sering menjadikan lokasi ini untuk sesi outdoor photoshoot. =D


gambar di presint 2 putrajaya

Gambar nie tahun 2012 kalau tak salah. Gigih kitorang datang ke Presint 2 Putrajaya malam hari semata-mata nak photoshoot hari raya dekat sana tau. Tapi memang berbaloi sebab gambar-gambar yang kitorang ambil semua cantik. Sepatutnya kitorang datang siang hari kat sana baru boleh bergambar banyak-banyak lol.


3. Taman Botani, Presint 1 



Korang semua kalau singgah di Taman Botani jangan lupa merasai pengalaman berbasikal di Taman Botani. Serious memang sangat best dan tak jemu mata memandang pemandangan yang sangat cantik sekitar Taman Botani.


gambar lelaki kacak berbasikal


4. Taman Wetland, Presint 13


Firstime datang ke Taman Wetland dengan geng-geng Rakan Muda UKM pada tahun 2012 kot. Dah ingat-ingat lupa lah kita sejak dah tua nie lol. Kitorang buat bbq di Taman Wetland. Boleh juga berbasikal di Taman Wetland tapi tak sempat merasai pengalaman berbasikal di sana pun.


taman wetland putrajaya


Bergambar DI TEPi TaSik Taman Wetland Putrajaya

Kali kedua ke Taman Wetland dengan Syerah & Mekna. Hajat di hati nak berbasikal sekitar Taman Wetland tapi semua basikal dah ditempah untuk Hari Belia. So, kitorang pusing-pusing jela dalam Taman Wetland sambil menikmati keindahan flora & fauna kat sana. Burung-burung kat dalam Taman Wetland cantik-cantik tau.


Sempat naik ke puncak menara tinjau di Taman Wetland. Tinggi tahu menara tinjau ini. Tapi jaga-jaga sebab tangga dah reput. Mohon pihak yang berkenaan ambil tindakan. Masa kitorang pergi tu Putrajaya diselubungi jerebu yang agak teruk. So, tak nampak sangat pemandangan Putrajaya dari Taman Wetland.


taman wetland putrajaya


menara tinjau taman wetland


5. Alamanda Mall, Presint 1


Satu-satunya pusat membeli belah di Putrajaya. Nak tengok wayang, main boling, karaoke, shopping, etc bolehlah ke Alamanda Putrajaya ye. Walaupun Alamanda tidaklah sebesar Midvalley/Berjaya Times Square tapi aku yang noob nie boleh pulak tersesat masa kali pertama datang sini lol.


alamanda putrajaya

Maklumat lanjut mengenai Alamanda, Putrajaya macam nak tahu perkhidmatan apa yang disediakan di Alamanda, butik/restoran/fast food apa yang ada dekat sana korang boleh rujuk website nie http://www.alamanda.com.my/index.html. =D



6. Dataran Masjid Putra, Presint 2


dataran putra_putrajaya


Baru dua minggu lepas datang sini main belon gergasi. Memang meriah Dataran Masjid Putra terutama hujung minggu. Ibubapa bawa anak-anak diorang berkumpul di sini main belon gergasi, kereta mainan, basikal roda tiga, dan macam-macam permainan lagi lah yang sesuai untuk kanak-kanak ribena. Aku yang main belon gergasi bila post gambar di Facebook pun member komen ‘kanak-kanak ribena’.


main belon_2

Korang yang stress dengan kerja kalau nak menghiburkan hati bolehlah datang Dataran Masjid Putra sambil tengok gelagat kanak-kanak di sini. Bila dengar azan, boleh terus berjemaah dekat Masjid Putra. Cool kan? =D


Merancang nak jalan-jalan di Putrajaya? Jangan lupa singgah di tempat-tempat menarik Putrajaya yang aku senaraikan di atas tau. Ini baru sedikit. Ada lagi taman-taman dan tempat menarik lain yang aku tak pergi. Mengenai tempat-tempat menarik yang lebih terperinci di Putrajaya, korang boleh rujuk website http://www.putrajaya.gov.my/tourist/.


31 Komen untuk "TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PUTRAJAYA"

amboi best gilaaaaa dah selongkar semua tu hihihi.
mana aciiiiii ish.
heehhehehe. Thanks for sharing. Nanti senang tengok post ni jelah ekeke~

Ayut cma pnh smpi dtaran gan jmbatan..wetland tu smua xjejak lg...

aku rasanye boleh kira ngan jari datang putrajaya ne.
kali pertama sbb lawatan.
kali kedua english camp..haha

saya suka part bola gergasi . wahhhhh

Putrajaya memang banyak tempat cecantik, tapi sunyi macam takde penghuni..hahaha..Dah lama kot tak ke sana. Btw, amek STPM dulu, lepas tu sambung UKM? amek kos apa.. xD

Kalau ada event meriah laa. Boleh search kat blog nie kos apa ambek haha.

tak pernah lagi kita naik bola gergasi tu.. Mcm seram je hehe

banyak2 tempat kat putrajaya hanya taman wet land aku x pernah pergi..

1 perkara yang apijo tak tau ialah.. 1st time jejak kaki kat Klang n ajak Bro Mat jalan2 Putrajaya, dia tak nak bawak..sekarang see.. i dah kat sini.. Tuhan tu sangat mengerti isi hatiku kan? Syukur.. tahun ni tahun ke 6 kat sini..

salam. waa..teringin nak ke sana satu hari nanti..insyAllah ..
btw, libresse for u :)

Nanti ajak ah husband datang jalan-jalan sana =D

inshaallah akan sampai juga one day. hehe

Naik basikal tu kena bayar tak? Student ukm too..Hehe.. ^^v

Bayar rm2 je pun.. hehehe

Nk tny..kalau dr ukm ada tak pengangkutan awam utk ke putrajaya??

1) Naik teksi.

2) Turun dekat ktm serdang -> Ambek bas rapid KL ke Putrajaya (tiket bas dlm rm4 kalau x silap)

3) Turun dekat ktm TBS -> Ambek transit tren ke Putrajaya. (tiket tren dlm rm5 lebih)

Lepas ni datang Putrajaya boleh la try Cruise pulak..besttt

Haah. lepasnie mungkin boleh tulis pasal pengalaman naik Cruise Putrajaya pulak. hehe

Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang. - Hapus

Salam.. selamat bekerja.. Kerja di mana nie? hehe.

Inshaallah, kalau panjang umur kita jumpa .Saya masih di Putrajaya. =D

Hafiz Hafizol, kalau nk barbeque kene booking dulu or bawak alatan sendiri?

Kena booking dulu . Tempat bbq diorang dah sedia. :")

best juga ni...jarang pergi walaupun dekat :0 lepas ni nak pergilah..

Salam hafiz hafizol. Ada kena bayar pape tak untuk bbq dekat taman wetland?

Salam. Saya tak pasti. Rasanya kena bayar masa nak booking tu. :")

Sy pun dudk kt putrajaya menuntt di sini... hampir smua tempat mcm ownep blog ni tls sy pnh g. Memg cntik n bez. Bru ni kami ke taman wetland air main paddle boat and canoe.. cubalah! Lapang2 jempt bce blog sy y xbpe, lurvealoevera.blogspot.com

Taman Botani belum pernah sampai lagi...

selamat datang ke putrajaya

Yup, taman botani belum sampai

try ke equastrian park putrajaya tunggang kuda untuk kanak2..rm5 je


Jom melawat Muzium Warisan Melayu di UPM Serdang Selangor

-Muzium ini ditubuhkan secara rasmi pada Januari 2013 dengan tujuan khas bagi mengumpul, memulihara dan memelihara artifak melayu silam untuk didokumentasikan dan dipamerkan kepada umum dan dikaji secara mendalam oleh para penyelidik dan juga pengkaji warisan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_warisan_melayu-4392

Kunjungi pelbagai lokasi menarik berkaitan edu-pelancongan di UPM

Muzium Anatomi Haiwan
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_haiwan-4388

Ladang Putra Dairy Farm
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/ladang_putra_dairy_farm-4385

Galeri Serdang
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/galeri_serdang-4389

Muzium Anatomi Manusia
http://www.sciencepark.upm.edu.my/awam/lokasi_edupark/muzium_anatomi_manusia-4387

Back To Top