Hafiz Hafizol | Bukan Sekadar Rupa

Blog mengenai tempat-tempat menarik ketika bercuti, pengalaman percutian yang best, tempat makan best, kedai makan yang popular, resepi masakan yang mudah, tips untuk lelaki dan sebagainya.

1 April 2020

14 Idea Gaya Rambut Lelaki Terbaru 2020,13 Dan 14 Dilarang

  Hafiz Hafizol       1 April 2020
Korang selalu tiada idea nak gayakan rambut macam mana? Samalah kita. Kalau nak pergi gunting rambut, bila barber tanya nak gunting macam mana? Macam biasa, nipiskan tepi sampai ke atas. Atas, depan & belakang potong pendek. Sometimes, barber yang dah biasa potong rambut aku dia dah tahu style rambut aku macam mana. Cliche sangat kan? –.-


Kalau dah kacak, buat rambut tang mana pun nampak elok je terletak kan. Nie aku bukan tujukan untuk diri sendiri. Aku kalau rambut panjang sikit cecah telinga dah tak nampak elok dah. Serabai dah jadinya. Sekarang musim COVID-19 mengganas tak tahu lah apa jadi dekat rambut aku. Dah lama tak disikat & dibelai. Nasib baik lah work from home boss tak ajak buat virtual meeting. Mungkin bila dah tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) baru aku pergi ke barber shop kot.
 

Saje la Google idea rambut lelaki terbaru 2020. Nak tengok apa trend gaya rambut terbaru. Kebanyakan gaya rambut lelaki yang terkini sama je macam tahun-tahun sebelumnya seperti yang aku pernah post pada beberapa tahun yang lalu.

Dekat post sebelum ini, ramai yang komen macam mana nak bagitau barber kalau nak gunting rambut style sekian-sekian. Apa susah, korang just screenshoot je gaya rambut yang korang nak, then kasi tunjuk sama itu tukang gunting rambut la. Mudah kan. Tak payah nak explain dekat dia pun takpe kot. Jadi or tak jadi je cerita dia. Kalau tak jadi, nextime korang pergi la kedai lain pulak. –.-

Stail Rambut Lelaki Terkini

Jom kita tengok antara fesyen rambut lelaki terkini yang mungkin korang boleh cuba. Depends on korang punya jenis rambut jugak lah. Kalau rambut ikal mayang, lurus, beralun boleh la buat pelbagai style. Kesian dekat orang yang berambut kerinting T_T. Korang kategori rambut apa? Nasib baik Apijol rambutnya lurus. Alhamdulillah.
Credit to haircutinspiration.com.

1.  Undercut and Textured Top

idea gaya rambut lelaki terbaru 2020

Ini style rambut yang simple but kemas. Style ini juga sering digayakan oleh para jejaka diluar sana. maybe senang untuk digayakan. Guna jari pun boleh. Tak perlu pakai sikat. But, depends on jenis rambut korang juga.

2. High Fade and Side Brushed Top

idea gaya rambut lelaki 2020

Gaya ini aku suka. Nampak kemas & senang untuk digayakan. Kalau nak pergi kerja, pakai handsome-handsome berbaju kemeja tuck in, buat pulak style rambut ini. Memang cun! Orang berambut lurus senang nak gayakan rambut ini menggunakan sikat ye. Rambut disikat rapi bahagian atas.

3. Angled Pointy Brush-Up

idea gaya rambut lelaki 2020

Kalau korang jenis tak suka simpan rambut panjang, boleh gayakan rambut seperti ini. Macam aku tak sesuai sangat dengan muka. Nampak muka aku gemuk. Pernah la dulu buat style gini sebab nak bagi rambut lambat panjang. Sekali masuk office ada orang tegur muka nampak gemuk haha.

4. Low Fade and Textured Medium Crop

gaya rambut lelaki 2020

Lately aku noticed that ramai yang suka simpan jambang. Kalau dijaga dengan betul & rapi, serious nampak kacak & matured lelaki berjambang. Nasib baik la aku jenis tak berjambang. Kalau tak dah boleh buat dah style macam Wolverine tu kofkof.


Nak buat rambut style ini aku rasa memerlukan masa juga since korang kena petik-petik, pintal-pintal sikit rambut dibahagian atas supaya nampak beralun seperti ombak. Kena jugakan teknik jari yang halus & berseni LOL. Aku memang tak rajin weh lagi-lagi kalau nak pergi office. Kalau nak keluar outing, maybe gaya ini boleh dipertimbangkan.
 

5. Mid Fade and High Brush Up

gaya rambut lelaki style

Gaya rambut ini aku apply yang bahagian tepi je sebab aku nak bagi lambat panjang. Aku suruh je tukang gunting nipiskan sampai atas. Yang cukur bahagian depan bagi nampak line tu aku tak pernah try.


Untuk bahagian atas, aku lagi prefer dipendekkan sikit sebab nampak macam panjang sangat pulak. Aku dahlah pergi kerja naik motor, dengan berhelmet lagi. Kau ingat aku rajin sangat nak masuk toilet buat balik rambut. Aku malas weh seriously. Sikat rambut pun aku tak bawak pergi office.
 

6. Mid Fade and Tapered Brush Up

gaya rambut lelaki terbaru

Style ini simple. Tak terlalu panjang and terlalu pendek. Yang tak suka pendekkan bahagian tepi sampai ke atas, maybe boleh cuba style ini. Macam aku, aku suka style no. 5 tu. But bahagian atas dipendekkan macam style rambut ini. gitu.

7. Subtle Low Fade with Brush Up Top

stail rambut lelaki terbaru 2020

Stail rambut ini pula hampir sama dengan no. 4. Cuma bahagian tepi no. 4 aku rasa lagi kemas. Actually aku suka stail ini tapi macam aku cakap lah, tak berapa nak rajin sangat. Macam takes time je nak buat yang bahagian atas tu. Mesti nak kena pakai banyak gel or wax rambut nie. :/

8. Dense and Thick Pompadour with Temple Fade

 
rambut lelaki terbaik 2020

Wow! Lawanya rambut dia ikal mayang & sedikit beralun. Boleh rapikan dengan jari je stail macam nie. Cepat pun cepat ye. Tapi rambut aku macam tak boleh buat style ini sebab tak berapa tebal, rambut lurus dan tak beralun. Lagipun aku tak gemar sangat simpan rambut panjang-panjang. Okay next!

9. Simple Top and Mustache Duet

 
stail rambut lelaki terbaru 2020
 
Comel pulak stail rambut yang bahagian depan tu. Ini stail rambut untuk mereka yang suka berambut pendek. Dia gunting macam tempurung. Korang yang tak suka stail rambut panjang, boleh try stail rambut ini. 

10. Messy High Volume Top with Faded Sides

style rambut lelaki 2020

Korang yang tak suka ambil masa yang lama untuk mendandan rambut, maybe boleh cuba try ini ye. Bahagian atas sedikit messy, but make sure rambut bahagian atas jangan panjang sangat. So, tak nampak serabai sangat pun. Just nice and guna jari pun boleh.

11. Classic Taper and Brush-Back

style rambut lelaki 2020
 
Kelebihan untuk yang berambut halus & lurus. Boleh buat stail macam nie menggunakan sikat. Baru nampak rambut kemas disikat rapi.

12. Thin Hair Brush Up with Temple Fade

gaya rambut baru lelaki 2020


Stail macam ini sesuai digayakan untuk budak sekolah. Baru nak kemas. Confirm tak kena warning dengan cikgu disiplin. Adik-adik semua, sila screenshot gambar stail rambut ini kemudian tunjuk dekat tukang gunting rambut okay. Jangan nak buat style pelik-pelik sangat.

13. Disconnected Modern Regulation

gaya rambut lelaki style



14. Minimalist Comet Tail Design and Brush Back

gaya rambut lelaki style
 

Para lelaki di luar sana, sila ambil perhatian ini mengenai gaya rambut lelaki no. 13 & no. 14. Kalau korang perasan, diorang cukur rambut diorang dengan membuat line dibahagian tengah which is DILARANG sebenarnya mengikut hukum islam.



Dalam islam disebut sebagai al-qaza’ . So, kalau ada dalam kalangan family/kawan-kawan korang yang ada buat stail rambut ini, please please maklumkan dekat diorang guys. Diorang maybe tak tahu. Aku sendiri pun baru tahu pasal ini. Nasib baik aku belum pernah buat stail rambut ada line macam ini.


Daripada Ibn Umar R.anhuma:


أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ القَزَعِ Maksudnya: Bahawa Rasulullah SAW melarang melakukan al-qaza’.


Hadis riwayat Imam Bukhari (5921) dalam Sahih-nya dan Imam Imam Muslim (2120) dalam Sahih-nya,

Imam al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim (14/100) menyatakan bahawa qaza’ itu bererti mencukur sebahagian rambut dan membiarkan sebahagian secara mutlak. Sebahagian ulama mengatakan qaza’ itu mencukur bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah.

Yang sahih, ialah pendapat pertama berdasarkan penafsiran rawi. Telah ijmak ulama atas hukum makruh tanzih melakukan qaza’ pada bahagian-bahagian kepala secara terpecah-pecah kecuali bagi tujuan perubatan (berbekam dll). Larangan ini termasuk ke atas lelaki dan wanita dan hikmahnya dikatakan ialah kerana memburukkan ciptaan, melambangkan kebodohan, dan menyerupai fesyen agama Yahudi.

Daripada Ibn Umar R.anhuma, bahawa Rasulullah SAW pernah melihat seorang bayi dicukur sebahagian rambutnya dan dibiarkan bahagian lain. Baginda SAW menegah perbuatan itu dan bersabda:

احْلِقُوهُ كُلَّهُ، أَوِ اتْرُكُوهُ كُلَّهُ Maksudnya: Cukurlah semuanya, atau tinggalkan semuanya.


Hadis riwayat Imam Abu Daud (4195) dalam Sunan-nya.
Wallahua’lam. (sumber:muftiwp)

Itu sajalah idea gaya rambut lelaki terbaru yang dapat aku kongsikan dengan korang. Semoga dari perkongsian ini, dapatlah membantu korang memilih stail rambut yang betul disamping mengelakkan dari memilih stail rambut no. 13 dan 14. which is dilarang sama sekali oleh agama kita agama Islam.
logoblog

Thanks for reading 14 Idea Gaya Rambut Lelaki Terbaru 2020,13 Dan 14 Dilarang

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Macam-macam gaya rambut lelaki ada.. Yup.. No 13 & 14 tu kita dalam Islam memang dilarang..

    ReplyDelete
  2. yeee, qaza' tu diharamkan...kena selalu ingatkan kawan2 dan ahli keluarga sendiri kalau ternampak ada yang buat gaya tu...

    so pijol nak buat gaya mana satu nanti?

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya nak je potong rambut anak anak style macam ni. Tapi bebudak tu suruh gunting rambut dekat kedai, melalak. Sudahnya mak dia lah kene guntingkan. Redha je lah style macam mana pun hahahaha

    ReplyDelete