Harini nak kongsikan tips menggayakan fesyen rambut dengan Elite Edgy EFX untuk semua pembaca blog Apijol terutamanya lelaki la ye. Yang perempuan nak baca pun boleh nanti boleh bagitahu tips ini dekat boyfriend. Mesti boyfriend bertambah sayang. Takpun boleh hadiahkan Elite Edgy EFX dekat boyfriend. Lagi boyfriend bertambah-tambah sayang.


Sebelum berkongsi tips menggayakan rambut dengan Elite Edgy EFX, aku nak cerita sikit mengenai pengalaman aku menggunakan produk rambut di pasaran. Bagi aku, penjagaan rambut lebih mudah berbanding penjagaan wajah. Masa aku bersekolah menengah, aku bersongkok kau. Pergi sekolah pun pakai hair cream je. Kemudian bila naik tingkatan enam, songkok entah kemana. Mulalah pergi kedai cari gel sebab nak buat rambut pacak. Masuk universiti pun still buat lagi rambut pacak sampai pernah kena sound dekat pensyarah haha. Terus merajuk dengan fesyen rambut pacak. Gel memang tak beli dah. Pakai hair cream je. Kalau beli gel pun, beli yang soft gel punya.


Tips Menggayakan Rambut Dengan Elite Edgy EFX


Bila lama tak pakai gel, tiba-tiba nak pakai balik tu memang agak janggal jugak. Nak cuba produk mana ntah nie. Last-last beli produk yang paling murah yang ada dekat kedai haha. Asalnya nak beli gel yang medium. Takdelah hard gel gila sampai keras kejung rambut kau, tapi terbeli soft gel yang bila letak atas rambut punyalah lembut kemain rambut aku. Ingat nak suruh keraskan sikit rambut barulah rambut nampak macho dan stylish dari masuk office sehinggalah balik office. Mujur ada Elite Edgy EFX ini tau! Elite Edgy EFX nie lah penyelamat kepada rambutku yang inginkan perubahan.


Elite Edgy EFX didatangkan dengan tiga packaging baru iaitu Elite Edgy EFX Spiky Web Fibre, Elite Edge EFX Wavy Loose Clay & Elite Edgy EFX Rugged Matte Wax yang pastinya menjanjikan penggayaan rambut yang berlainan di setiap packaging.


Gambar dibawah, Apijol sedang menggayakan rambutnya menggunakan Elite Edgy EFX Spiky Web Fibre. Korang yang inginkan gaya rambut spiky, boleh cuba menggunakan produk ini. Macam aku, aku colek sikit sahaja Spiky Web Fibre kemudian gayakan rambut menggunakan jari. Ha guna jari pun boleh. Memang dah berkurun lamanya rambut aku tak bersikat! Gaya rambut macamnie sesuai digayakan kalau korang nak keluar rumah pergi kedai, makan dekat café, pergi kelas atau nak pergi berekreasi boleh la. Simple but nice. =p


fesyen rambut lelaki_2


Gambar dibawah, Apijol sedang menggayakan rambut dengan Elite Edgy EFX Waxy Loose Clay. Kalau korang nak tahu, aku akan menggayakan rambut macam gambar bawah nie la kalau nak pergi office. Memang rambut nie je hari-hari yang aku buat sebab sangat mudah. Colek je sedikit, kemudian gayakan rambut dengan jari jugak. Siap. Cepat & Mudah kan? Kalau korang nak buat style kpop pun boleh cumanya aku tak berapa confident sangat dengan style kpop aku nanti orang office usha pelik –.-


fesyen rambut lelaki_1


Kemudian aku cuba buat kelainan pada rambut aku dengan Elite Edgy EFX Rugged Matte Max. Kelainan yang aku cuba buat ialah aku buat gaya rambut spiky. Setelah sekian lama tak buat gaya spiky, tiba-tiba gatal tangan nak buat eksperimentasi lol. Walaupun rambut aku panjangnya dalam 3 inci -+, tapi langsung tidak menjadi masalah apabila digayakan menggunakan Elite Edgy EFX Rugged Matte Max. Oklah lepasnie nak potong rambut kasi pendek sikit lah nak buat gaya rambut spiky pulak hiks. Nanti gaya rambut spiky camnie kita boleh lepak-lepak dekat shopping mall sana.


fesyen rambut lelaki

Itu sahaja tiga produk dari Elite Edgy EFX yang dapat aku gayakan oleh rambutku yang lurus berwarna perang sikit tu. Kalau korang tanya aku dalam ketiga-tiga produk Elite Edgy EFX diatas, produk mana yang paling bagus? Mestilah ketiga-tiga produk bagus & bergantung dengan gaya fesyen rambut kau jugak. Kalau nak fesyen kpop, boleh pilih Waxy Loose Clay. Gaya spiky, boleh pilih Spiky Web Fibre & gaya ikut suka hati kau, kau boleh pilih Rugged Matte Wax. Aku pakat sapu je semua! =p


Korang boleh dapatkan Elite Edgy EFX di farmasi, pasaraya atau di kedai-kedai yang terpilih dengan harga RM15.90 sahaja setiap satu. Walaupun botol dia kecik tapi percayalah aku colek sikit je letak di rambut. Dia punya bau pun sangat harum sekali. Lagi-lagi yang warna pink tu. \0/


Info lanjut mengenai Elite Edgy EFX, boleh ke https://www.facebook.com/EliteEdgyEFX.