Resepi Spageti Sedap & Special Meriah Dengan Bahan

RESEPI SPAGETI YANG MUDAH SEDAP


Harini nak berkongsi dengan korang semua mengenai resepi spageti yang aku belajar sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Resepi kali ini special sikit sebab bahan yang digunakan bukan biasa-biasa okay. Kalau jual spageti ini, maybe ramai yang suka sebab memang tak kedekut bahan. Kalau nak buat time berkumpul dengan keluarga jarang-jarang sekali tu boleh lah. Inikan resepi spageti sedap & special haruslah untuk orang-orang yang special juga . tibe. –.-


Nak throwback sikit lah kenangan dulu-dulu. Aku kenal dengan spageti dari kakak aku. Spageti pertama yang aku makan ialah dari masakan kakak aku. Sebut pasal spageti ini ada kisah lucu yang kalau aku ingat balik mesti senyum sorang-sorang. Mak aku lah. Dia duk panggil spageti ini ‘spategi’. Comel betul haha. Maklumlah mak mana kenal pasta bagai ini.


Resepi Spageti Sedap 



Dah ready nak belajar resepi spageti sedap? Sila take note ye setiap bahan yang aku senaraikan di bawah. Maybe kalau korang jarang di dapur/tak pernah masuk dapur langsung, ada kemungkinan korang tak pernah tahu pun kewujudan bahan tersebut. Haah sebenarnya aku nak tujukan untuk diri sendiri tu haha.

Bahan-bahan Kuah Spageti

Bahan yang disediakan agak banyak tau. Biasanya orang kalau masak suka yang simple-simple je. Entah-entah takde siapa pun yang nak ikut resepi ni sebab macam banyak sangat pulak bahannya. Dahlah sekarang musim PKP, semua orang nak berjimat cermat T_T. Takpelah kang kalau aku lupa, boleh la aku rujuk balik entry ini in future (nak sedapkan hati sendiri haha) –.- 

  
RESEPI SPAGETI YANG MUDAH SEDAP

1) Minyak untuk menumis
2) 5 biji bawang merah (kecil) – dikisar    
3) 5 biji bawang putih – dikisar
4) 3 sudu cili kering kisar (nak pedas, letak lebih)
5) 3 helai bay leaves
6) 1 Peket daging kisar (memandangkan daging habis dekat supermarket, aku guna beef burger je. Kalau ada daging kisar Ramly lagi kick!) 
7) 1 gelas fresh milk    
8) 1 gelas 1 kosong 
9) 2 sudu mixed herbs    
10) 2 tin tomato puri
11) 2 Biji lada benggala (potong dadu)
12) 3 biji tomato (potong dadu)
13) 2 tin cendawan butang (potong kecil)
14) 1 biji lobak merah (potong dadu)
15) Sebiji bawang holland (potong dadu)   
16) 3 batang daun saderi (potong dadu)
17) Perasa (gula, garam)  
18) Sepeket Spageti (San Remo highly recommend) 

  

Cara Memasak Kuah Spageti

1) Masukkan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah & bawang putih yang telah dikisar. Bila dah naik bau, masukkan pula cili kering kisar & bay leave. Make sure api jangan besar sangat. Jangan lupa kacau perlahan-lahan tau after masukkan setiap bahan.
2) Masukkan pula daging kisar, fresh milk, air kosong & mixed herbs.
3) Masukkan bahan (9) – (15). Seeloknya dimasukkan bahan yang lambat empuk terlebih dahulu. Kalau pekat, boleh masukkan lagi sedikit air kosong.
4) Last sekali, masukkan perasa. Untuk resepi aku, aku masukkan gula perang & garam secukup rasa. Gula perang nak bagi warna spageti kelihatan lebih menarik.
5) Anggaran masa memasak spageti ini kira-kira 40 minit – 60 minit.
6) Untuk spageti pula, rebus macam biasa selama lebih kurang 8 minit (or follow instruction cara merebus di peket). Jangan lupa masukkan sedikit garam. Masukkan sedikit minyak didalam air rebusan supaya spageti tak melekat. Jangan rebus terlalu lama nanti spageti jadi kembang.


Sepeket spageti boleh dimakan untuk 6 orang but resepi kuah spageti ini lebih dari 6 orang makan. Sebungkus spageti dah habis tapi kuahnya banyak lagi. Maybe portion untuk 10 orang. Biar kuah lebih, jangan tak cukup. Kuah yang lebih boleh diletak didalam fridge kang rasa nak makan lagi, panaskan je. Korang yang buat portion kecil, pandai-pandai lah bajet berapa banyak bahan yang nak diletak ye.

Selamat mencuba resepi spageti dari Apijol guys. Kalau ada yang dah cuba, bolehlah komen dibawah. Nak tahu juga menjadi ke tidak spageti korang bila follow resepi dari Apijol nie kihkih. =P


P/s : Kuah spageti ini makin dibiar lama, makin sedap pulak. Maybe sebab bahan-bahannya semakin sebati antara satu sama lain.
4 Komen untuk "Resepi Spageti Sedap & Special Meriah Dengan Bahan"

kuah extra spagetti selalu letak atas roti, pastu letak sosej letak cheese dan bakar. jadi mini pizza, hehe..

perghhh serius meriah ekk spagheti pijol ni..cuba tengok pasta kakak hari ni pulak...hahahahah

Aduhai, terliur tengok kuah spageti tuh! Meriah rupanya!

Weh pandai hampa buat resepi baru guna kuah spageti yee haha..

Back To Top