loading...

Aktiviti Cuti CNY di Kuala Terengganu

Ini cerita masa cuti Chinese New Year bulan lepas tapi baru sekarang nak post \0/. 5 hari di kampung rasa sekejap je. Sempatlah join beberapa aktiviti & program dengan family & kawan-kawan tersayang kat kampung nung. Meh kita sama-sama throwback apa aktiviti yang kami lakukan sepanjang 5 hari di kampung aku dekat Kuala Terengganu sana. =D

 

aktiviti di Kuala Terengganu

 

 

Majlis Kahwin Di Dungun

 

Check in je dekat rumah di kampung, solat & alas perut sikit, terus drive ke Dungun. Nak pergi kenduri kahwin adik kepada abang ipar. Penat drive dari Putrajaya-Kuala Terengganu tak hilang lagi tu. Fuh.

 

majlis kawen salwaniza

 

Dah settle makan semua, apa lagi jomlah kita masuk dalam rumah pengantin and bergambar di pelamin sambil berangan tidak lama lagi kita pula yang akan bersanding dipelaminan ekeke. By the way, selamat pengantin baru Salwa & Tajol. Semoga sentiasa bahagia hingga ke jannatul firdausi. Ameen. Maaflah takde pulak gambar pengantin ye.=P

 

pokjoe dan daniel asyraf

 

Sempat la melepas rindu dekat si kacak Pok Joe sorang nie, Daniel Asyraf. Dah setahun lebih & dah boleh berjalan pun slow-slow. Bila ada kereta lori lalu depan rumah, sokmo duk sebut “bahhh..bahhh..bahh” . Dia nak sebut bas mungkin tue. Tak lama lagi boleh bercakap la nie. Moga membesar dengan sihat dan kuat ye Daniel sayang muah banyak ciked.

 

Cendol Professor di Gong Badak

 

Penggemar cendol jangan lupa singgah makan cendol di Cendol Professor nie. Istimewanya di sini ialah korang boleh refill makanan yang korang order especially cendol. Ada certain menu yang tak boleh refill macam rojak buah. But mostly menu dekat sana boleh refill. Korang makan la sampai kenyang boyeh perut pong buleh belaka.

 

cendol professor terengganuAntara menu di Cendol Professor

 

Sotong Celup Tepung di Pantai Batu Rakit

 

Hajat di hati nak pekena sotong celup tepun dekat Pok Nong sekali ramai gila orang. Dah beratur sampai sampai atas jalan. Itu yang ke Pantai Batu Rakit cari sotong celup tepung. Firstime makan sini. Okay jugak but tak boleh menandingi lagi kelazatan sotong Pok Nong wuwu. View dekat pantai sini cantik.

 

makan sotong celup tepung di pantai batu rakit

 

Kitorang makan ABC, ABJ, keledek goreng, sotong celup tepung & ikan celup tepung. Sedap! Terliur bila tengok balik gambar nie. =D

 

sotong celup tepung pantai batu rakit

 

 

Breakfast di Warung Taman Fanadia

 

Warung Taman Fanadia nie memang popular jugak since Jalan-Jalan Cari Makan TV3 tu pun dah pernah terjah sini. Banyak gila menu breakfast yang korang boleh cuba dekat sini antaranya macam gambar dibawah.

 

menu breakfast di fanadia

 

Makanannya pun boleh tahan sedapnya. Nanti kalau balik kampung lagi for sure nak repeat lagi makan dekat sini kalau ada orang ajak.=p

 

breakfast di fanadia

 

Lunch di Warisan Zulkeflee Ayam Penyet

 

Actually aku dah lama tak food hunting bila balik kampung. So tak tahu sangat kedai mana yang sedap and popular dekat sana. Mujur ada member food lovers. Warisan Zulkeflee Ayam Penyet ini pun terbaik jugak. Aku rasa ini firstime-lah aku makan ayam penyet kat Kuala Tganu.

 

ayam penyet warisan zulkeflee ayam penyet

 

Korang yang mengidam nak makan ayam penyet di Kuala Tganu, boleh try di Zulkeflee Ayam Penyet nie.

 

Bergambar di Tasik Pepsi Blue Rusila Marang

 

Aku tak tahu langsung kewujudan tasik buatan yang dipanggil Tasik Pepsi Blue nie. Sehinggalah member aku yang bawa aku kesini. Susah jugak nak cari lokasi tasik nie. Siap tersalah jalan masuk semak mana ntah haha. Bila tanya orang kampung sana, baru jumpa Tasik Pepsi Blue nie.

 

tasik air hijau rusila marang terengganu

 

Kitorang datang sini pun dah petang. So tak boleh lama-lama sangat. Buat sesi bergambar kejap sampai puas then balik. Cantik jugak view dekat sini. Airnya hijau je sedap mata memandang.

 

tasik cantik air hijau rusila marang

 

Itu sajalah aktiviti dengan kawan-kawan and family masa cuti CNY itu hari. Haritu ada buat solat hajat sikit, jemput orang kampung datang rumah. Semoga hajat-hajat kita yang baik-baik itu dimakbulkan oleh Allah Taala. Ameen. Thanks to teman-teman yang sudi bawa kita jalan-jalan. Almaklumlah dekat kampung susah nak bergerak takde transport. Harap belas ehsan orang sajelah hoho.

3 Komen untuk "Aktiviti Cuti CNY di Kuala Terengganu"

taman fanadia tu kat mane eh? x pernah g pulok

i miss kuala terengganu...especially ikan patin :)

Breakfast dekat Warung Taman Fanadia tu memang best. Memang semua nya sedap. Kalau dtg sana, mesti xkan lupa singgah

Back To Top