Salam.
Harini nak promote sotong celup tepong Pok Nong yang sedap gila yang terletak di Pantai Batu Rakit, Kuala Terengganu tu. Beberapa hari lepas pergi warung Pok Nong pukul 4.00 pm camtu. Sesampainya sana bukan main lagi pelanggan Pok Nong beratur nak beli sotong celup tepung. Macam semut hurung gula.
Beratur dalam 10 minit jugak tadi semata-mata nak beli sotong celup tepung. Bila Pok Nong letak sotong dalam dulang, masing-masing berebut. Serious dowh! Tapi memang berbaboi beratur lama sebab sotong dia memang terbaik punya. Lembut. Fresh. Besar. Sedap.
Tak percaya boleh try sana. Senang cerita camnie ah, dalam banyak-banyak sotong celup tepung yang aku dah makan di area Kuala Terengganu, Warung Pok Nong paling terbaik. Jalan-Jalan Cari Makan TV3 pun dah terjah Warung Pok Nong taw. Anda bila lagi nak terjah!???
Wah,ramainya pelanggan Warung Pok Nong! Mujur ada meja kosong lagi masa kitorang sampai tadi. kalau lambat sikit, confirm kena bungkus sotong celup tepung makan tepi pantai. Mujur Pok Nong dah renovate kasi besar dia punya warung. Sebelum ini lagi sempit tahu. So, korang yang datang, sila datang awal sikit. Datang pukul 3.00 petang ye terutamanya weekend. Penuh orang!
Ikan celup tepung, udang celup tepung dan keropok goreng pun ada. Kitorang ambil sotong 2 ekor, ikan 5 ekor, udang 3 ekor dan keropok goreng RM2. Gunting besar dalam gambar atas ini buat kerat sotong. Memang kena kerat sendiri ok. Tak payah mengada sangat nak suruh Pok Nong kerat sotong kau. =p
Bila tengok balik gambar sotong celup tepung, terus tertelan air liur. Terus teringat masa aku kerat sotong, sumbat dengan gelojoh dalam mulut. Sedapnya ! Pasni kalau teringin nak makan sotong celup tepung boleh baca entri ini sambil menelan air liur. hahaha =p
Sotong = RM6.50/ekor (harga mungkin berbeza mengikut saiz)
Udang = RM1.00/ekor
Ikan = RM3.00/ekor
Keropok = RM0.20/batang
So, apa pendapat kau? Murah ke Mahal atau sedang-sedang? Bila aku mintak pendapat Syerah, dia kabo Warung Pok Nong murah. Kalau kedai lain, seekor sotong dah RM8.00. Syerah kabo ye. Bukan aku. haha. Aku bajet korang makan dalam RM40++ tau sebab macam banyak jugak kitorang ambil. Rupanya tak sampai pun RM40. No wonder la ramai sokmo orang kat sini. Harga pun berpatutan. =p
15 Comments
pergh..memang sodap nih..besar kot..berbaloi2..
ReplyDeletesedap. tertelan air liur tak? hahah
Deletewow.. sedapnya.. terliur... mesti singgah ni..
ReplyDeletearitu makan kat area pantai burok.. seekor kena RM12.. mahal je... rasa pun kurang..
sy x pernah makan kat situ. =p
Deletewow..memang tgh menelan air liur ni jojo.. nanti lik kampong, nak ajak u terjah.. :))... bile la aku nak lik kg nihh..
ReplyDeleteboleh. kita g sana ramai-ramai hihi
DeleteSalam dik...
ReplyDeleteJauh tu dik...tenganu kite...
flight kan ada. tak sampai sejam pun hihih!
Deleteperghhh....ad tak kat johor ek?hahahha.nk jugakkkk
ReplyDeletedatang Tganu la nak makan kak! hehe
Deletelame doh dok makan sedapnyer.....leh try nanti blk kg nieh
ReplyDeleteGunting disediakan? hehe
ReplyDeletememang sdap stong celup tepung ni..dah lame x rase. Warong Pok Nong mu tunggu aq datang. hehe
ReplyDeleteSedap ke?biasa je aku rasa...maybe utk customer dari luar rasa sedap gila tapi aku as org terengganu rasa boasa2 je..sebab masih byk lagi kedai yg offer sotong celup tepung lebih sedap...
ReplyDeletekena cuba ni esp.sotong
ReplyDelete