loading...

Panduan Mencari Penyewa Yang Ideal Untuk Hartanah Sewa Anda

Aku tengok trend sekarang ramai anak muda yang beli hartanah. Tumpang gembira dengan diorang muda lagi dah ada rumah sendiri. Rezeki aku belum ada. Menumpang rumah orang jela yang mampu hehe. Korang ada tak mengalami masalah susah untuk mencari penyewa untuk hartanah korang? Harini aku nak berkongsi beberapa panduan mencari penyewa ideal untuk hartanah sewa korang. =D

 

panduan pencari penyewa rumah

 

Dengan kadar populasi dan permintaan terhadap ruang tempat tinggal yang semakin meningkat, hartanah semakin lama semakin berharga. Disebabkan itulah, aset seperti ini sangat bernilai pada masa ini, dan boleh memberikan pendapatan tambahan yang lumayan jika korang sewakan hartanah tersebut.

 

Namun begitu, menyewakan hartanah korang bukan tugas mudah, dan ada masanya penyewa yang banyak karenah akan mengambil kesempatan terhadap pemilik hartanah yang naif. Artikel ini bertujuan membantu anda mencari penyewa yang terbaik, tanpa perlu untuk anda harungi pengalaman buruk seperti yang disebut tadi.

 

Oleh itu, artikel ini telah menggariskan beberapa panduan yang boleh membantu korang menarik penyewa yang menghormati korang dan hartanah milik korang, bukan penyewa yang cuma tahu mengambil kesempatan daripada korang. Ikuti panduan berikut sebelum korang membuat hebahan house for rent in PJ menggunakan PropertyGuru Malaysia dan korang akan berjaya. InshaAllah.  

 

Ambil Gambar Menarik Untuk Tanggapan Pertama Terbaik

 

Ada sesetengah pemilik hartanah yang sanggup mengambil khidmat jurugambar profesional, namun korang tidak perlu buat semua itu. Namun, adalah penting untuk korang ambil gambar yang menarik supaya dapat memberi tanggapan pertama yang baik untuk menarik minat mereka yang melihat.

 

Jadi, fikir masak-masak tentang penataan setiap ruang. Korang mungkin mahu menonjolkan pencahayaan yang menembusi tingkap besar di ruang tamu, atau suasana halaman korang pada waktu malam. Ia bukan saja dapat membantu mereka menilai hartanah anda dan melihat nilai hartanah korang dari sudut pandang selaku pemilik hartanah, bahkan mampu membantu imaginasi bakal penyewa dalam membayangkan mereka menikmati aspek unik hartanah korang.

 

Sebagai tambahan, alang-alang menyeluk pekasam, korang boleh mengupah penghias dan jurugambar profesional untuk menghasilkan ruang yang dapat memikat hati setiap pelawat dan mata yang melihat. Tambahan pula, korang tidak perlu mengupah khidmat mereka setiap kali senaraikan rumah korang di pasaran, korang cuma perlu ambil khidmat mereka sekali sahaja. Selepas kali pertama, korang boleh guna semula gambar-gambar itu, dan menarik bakal penyewa dengan tanggapan pertama yang sama saban tahun.

 

Jangan lupa, korang tidak perlu pergi sejauh itu untuk mempersembahkan rumah korang, dan dengan sedikit masa , usaha dan budi bicara, korang boleh mengambil gambar yang sempurna dan menarik minat bakal penyewa untuk melawat rumah korang. Berikut adalah beberapa tip untuk mengambil gambar terbaik demi menampilkan ciri-ciri utama rumah korang.

 

  • Pegang Kamera Anda Dengan Betul

Ini adalah bahagian paling sukar dalam fotografi, dan disebabkan itu jurugambar profesional menggunakan tripod untuk mengekalkan kedudukan kamera. Di rumah, jika tiada tripod, korang boleh gunakan tempat penyandar pada kerusi atau susun buku secara bertingkat di atas meja untuk mendapatkan ketinggian yang sesuai untuk sesebuah shot. Dengan berbuat begitu, kamera akan kekal di posisi dan korang akan dapat ambil gambar yang jelas dan cantik dan bukan gambar yang kabur.

 

  • Pencahayaan Yang Betul

Ada beberapa pengecualian untuk point ini seperti untuk kawasan luar rumah, seeloknya korang ambil gambar di waktu malam atau di waktu tertentu, untuk ruangan lain, korang mahukan cahaya semula jadi sebanyak mungkin dalam gambar yang  diambil. Cahaya semula jadi memberi warna kepada ruangan dan kurangkan penggunaan lampu pijar dan malap yang biasa dilihat dalam gambar dapur. Buka tingkap dan langsir dan tunggu hari yang cerah sebelum mengambil gambar, supaya rumah korang dapat dipamerkan dengan pencahayaan terbaik.

 

Kemaskan Ruangan Anda

 

Bila dah menetap lama di satu tempat, korang biasanya akan tidak pedulikan keadaan yang agak bersepah di sekitar rumah. Bagaimanapun untuk yang pertama kali melihat rumah korang, ruang yang sedikit bersepah bukan saja boleh disedari malah menonjol di mata mereka. Jadi ambil sedikit masa untuk melihat rumah dari sudut pandang bakal penyewa atau tanya pendapat rakan-rakan untuk mengenal pasti kawasan yang tidak kemas untuk menjadikan rumah korang menarik.

 

Menarik Penyewa - Gunakan Bahasa Yang Betul

 

Satu aspek yang sering dikongsi di dalam beberapa laman web, termasuk di Family First, adalah korang perlu berbicara dengan perkataan yang mampu menarik golongan yang korang mahukan. Jika mahukan penyewa yang bijak dan terpelajar, korang perlu mengeluarkan sedikit belanja untuk mengiklankan hartanah di laman web yang cenderung dilawati oleh golongan tersebut. Sebagai tambahan, ubah perkataan dan nada yang digunakan dalam iklan untuk menarik golongan sebegitu.

 

Semasa mengiklankan rumah untuk disewa di PJ di PropertyGuru Malaysia, korang boleh rujuk iklan lain dan contohi iklan mereka. Begitu juga jika anda ingin mencari penyewa di kalangan pelajar kolej, gunakan media sosial dan cuba sampaikan iklan korang dengan nada yang lebih mengujakan dan ramah. Dengan mengikut panduan di atas, korang boleh menumpukan hebahan korang kepada golongan-golongan tertentu, dan seterusnya mencari penyewa yang korang mahukan.

 

Laburkan Wang Anda Untuk Pengiklanan Berkualiti Jika Mahu Penyewa Berkualiti

 

Dengan pilihan pengiklanan percuma yang banyak di majalah-majalah, di ruangan iklan dan poster DIY, agak sukar untuk mencari kewajaran berbelanja untuk pengiklanan berkualiti. Bagaimanapun, seperti yang tertulis di Investopedia, perlu diingat bahawa penyewa yang baik, bijak dan stabil kewangannya pasti memilih dari iklan yang berkualiti semasa mencari rumah sewa.

 

Oleh itu, korang perlu kenal pasti target sasaran, siapa penyewa ideal korang dan berkomunikasi melalui iklan korang. Dengan cara itu, korang boleh mengelakkan penyewa yang salah dan tumpukan pada mereka yang yang mampu menjaga rumah serta membayar sewa tepat pada masanya dan tentu saja tidak merugikan korang di saat korang ingin menjana pendapatan tambahan.

 

Mencari penyewa yang ideal bukanlah mudah, tetapi panduan di atas mampu menyenangkan pencarian korang. Dan ingat, jangan ragu-ragu untuk dapatkan bantuan profesional bila korang inginkan pencerahan tentang hartanah milik korang, kerana mereka lebih dulu makan garam dan pengalaman mereka boleh membantu anda mencari penyewa yang hebat dan tentu saja, keuntungan yang hebat.

3 Komen untuk "Panduan Mencari Penyewa Yang Ideal Untuk Hartanah Sewa Anda"

Nak sewakan mahal kenalah ada kualiti kan

Dapat penyewa yang bagus memang susah sekarang. Pening kepala. Tq for the tips

pernah menyewa time study jer dulu.. skrg tak pernah merasa lagi.. walau rumah kecik alhamdulillah rumah sendiri.

Back To Top