Chicken Chop Semurah RM3.80 di Restoran Nur Qaseh, Kuala Terengganu

Baru-baru ini sempat terjah chicken chop semurah RM3.80 di Restoran Nur Qaseh, Teluk Ketapang, Kuala Terengganu. Tahu akan kewujudan tempat makan yang best ini pun dari member kampung. Mana nak cari chicken chop semurah RM3.80 ini awak oii. Ya ampun murah yang amat nie. Biasa makan chicken chop harga around RM10.00. So, alang-alang ada di kampung, marilah kita terjah ramai-ramai Restoran Nur Qaseh untuk merasai sendiri chicken chop semurah RM3.80 itu. Kitorang pergi after Maghrib, mujur ada 1 meja kosong. Alhamdulillah ada rezeki nak cuba chicken chop RM3.80. =D



chicken chop rm3.80 kuala terengganu Chicken Chop


Kau jangan expect dengan harga chicken chop RM3.80, perut kau yang besar tu boleh kenyang terus okey. Maybe kena order double chicken chop baru kenyang perut suka hati. Personally, aku suka chicken chop dia. Memang sedap. Abang Apijol bagi 5 bintang bergemerlapan untuk chicken chop Rm3.80 ini. =D


chicken chop rm3.80 kuala terengganu Lamb Chop


Selain Chicken Chop RM3.80, Restoran Nur Qaseh Chicken Chop juga ada menyediakan pelbagai makanan western lain seperti Meatball, Lamb Chop, Spagetti Bolognese, Wedges, , Fish & Chip, Fries dan banyak lagi dengan harga yang sangat berpatutan tapi sedap. Memang jauh benar beza harga kalau nak dibandingkan dengan restoran-restoran Western Food diluar sana. Trust me awak! Kalau tidak masakan everyday memang full sokmo customers. Orang siap beratur semata-mata nak makan di Restoran Nur Qaseh ini tau. Sabar jela awok-awok kite nie.



chicken chop rm3.80 kuala terengganu Meatball




chicken chop rm3.80 kuala terengganu Terpaksa tapau Fries sebab dah kenyang sangat



Overall, memang puas hati makan di Restoran Nur Qaseh Chicken Chop ini. Jika anda seorang penggemar makanan western, cubalah menjamu selera di sini. Highly recommended. Tempat makan ini kalau hari cuti, seriously ramai gila orang. Haritu kitorang pergi petang weekday, memang full dah. Tak sanggup nak tunggu lama, lastly pergi makan roti canai je dekat Seberang Takir haha. Nak rasa chicken chop, kena bertabahlah sikit tunggu meja kosong okey. Aku pun tak tau nak suggest dekat korang waktu mana customer kurang. Maybe boleh contact Pn. Mariam terus kot. Pergi petang ramai orang, pergi malam pun ramai. Penuh kereta kiri kanan jalan. –.-



 chicken chop murah kuala terengganu


Mungkin pengurus Nur Qaseh Chicken Chop boleh membuat sesuatu bagi mengatasi masalah kekurangan meja. Tambah meja diluar kedai contohnya. Kesian dekat orang yang balik dengan kecewa sebab tak sanggup tunggu meja kosong untuk merasa chicken chop Rm3.80 awak tu.


Details mengenai Restoran Nur Qaseh Chicken Chop,

Waktu perniagaan : 6.00 petang – 10.30 malam
Contact Person : 013 – 9947679 (Pn. Mariam)
Lokasi : Kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu

Post a Comment

22 Comments

  1. murah dan sedap.. memang patut pon ramai orang.. kena buat kedai 2 tingkat kot.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai mmg 2 tingkat tp bukak yg tingkat bawah je. Tgkat atas rumah dia kot huhu

      Delete
  2. murah giler tuh.. 3.80 kalau kat kl apa jer boleh dapat..nasi goreng kampung pon tak lepas..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Luqman. Terkejut gak harga RM3.80

      Delete
  3. murah sangat tu patot ramai orang..tak daya nak makan kat kedai penuh orang..kita nak santai2.hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha betul dah tu. Kalau nak try test boleh la sekali

      Delete
  4. murahnyaaa.. T_T
    http://eykhaz.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Paling murah yang saya jumpa setakat nie huhu

      Delete
  5. Murah..mesti boleh tahan sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan la. Dia punya sos tu pun sedap =D

      Delete
  6. hebat semua lazat menyelerakan....

    ReplyDelete
  7. chicken chop dekat jb rm5 pun dah ramai orang datang...

    ReplyDelete
  8. RM3.80 sape takboh g. muroh boh. tapi ambe dok sanggupla kalu sapa kene beratur tunggu meje kosong tu..

    Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam

    ReplyDelete
  9. boleh nangis ok murah sangat tu dh kenapa T_T
    huhuhuu mesti sorang mkn 2 set ah hhihuhi thank u share!

    ReplyDelete
  10. uihh..murahnya...kalau kat sini paling murah pun rm5

    ReplyDelete
  11. Murah sangat tu and sangat berbaloi siap boleh order 2 chicken chop untuk sorang.

    ReplyDelete
  12. murahnya....!!! masih ada lagi peniaga yang tak ambil kesempatan diatas macam2 kenaikkan di mesia ni... moga peniaga ni sentiasa dimurahkan rezeki... amin...

    ReplyDelete
  13. memang ada nampak banner nieh kat kawasan gong badak
    ayat dia kini boleh makan chicken chop banyak2 dengan rm3.80

    ReplyDelete
  14. Murahnyaaa. Kalau dekat KL memang RARE lah kalau ada murah macam ni

    ReplyDelete
  15. dari besut nak pergi kuala terengganu jauh jugak tu..sampai je dah habis chicken chop..huhu

    ReplyDelete
  16. murahnyer... balik ganu nnt nak cuba lah pergi

    ReplyDelete