Harini nak update Senarai Lagu Melayu Top Masa Kini 2015 #3 setelah sekian lama tiada sebarang update Lagu Melayu Terbaru. Maklumlah agak busy dengan duniawi sikit. Bila ada masa senggang macam nie baru boleh download lagu-lagu melayu terbaru buat teman layan perasaan time menulis entry. Gitu. =D
Jom kita terjah Lagu Melayu Terbaru yang sempat aku update di playlist. Korang jangan mintak link download okey sebab memang aku tak kasi link download pun nie. Nak download boleh ke Youtube. Ini sebagai rujukan je untuk korang update Lagu Melayu Terbaru 2015. Thank you !
1. Membunuh Benci – Dato’ Siti Nurhaliza
Bunuhlah benci mu dalam dakap ku
Hancur lenyap segala amarah
Kau tikamlah kesumat malam keramat
Binasakah nawaitu angkuh mu
Hiruplah secangkir kenangan
Walau panas pahit rawan
Hanya itu termanis terindah
Ada rindu yang tertangguh
Tika hati luka luluh
Tersembunyi nazakmu dalam khilafku
Ada kasih tak terselam
Laut dendam terdalam
Cukuplah sekali
Belum masa cintaku kebumi
2. Mula & Akhir – Dato’ Siti Nurhaliza
Hidup ini bermula
Tanpa adanya apa apa
Begitu juga penghujungnya
Harus pulang cara serupa
Seketika di sini
Persinggahan mencari erti
Sebelum waktu ku terhenti
Setinggi manapun mendaki
Sejauh manapun
Berlari dan mengejar duniawi
Pasti tiba suatu hari nantiku diuji
Jatuh terpinggir sepi
Sungguh aku yang tak bisa
Menghalang suratan yang sudah diarah
Hanya mampu bersabar dan sujud padaNya
Sebelum dihitung sebelum dihukum
Hanya mampu lafazkan
Bisik-bisik taubat
Moga diputihkan segalanya
Sering kali terlupa
Dan memilih jalan yang salah
Leka dan hanyut dalam dosa
Sehingga kabur mata jiwa
Seketika di sini
Persinggahan mencari erti
Sebelum waktu terhenti
3. Potret – Akim & The Majistret
Terangi malamku dengan syair indahmu
Menenun kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemasku bila tiadamu
Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi
Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya
Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu
4. Noh Salleh – Angin Kencang
Dalam silauan cahya membatas pandangan mata
Namun jelas ku lihat kamu
Biarpun ku sedar kau kian jauh
Tinggalkan aku yang rapuh
Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku rindui kamu
Apa yang ku fikirkan inilah penyiksaan biarpun beribu tahun
Dan namun kau sentiasa dihatiku menuai senyuman mu
Angin kencang membawa kau
Jauh ke sana kau hilang terus tanpa khabar
Tidur malam ku mimpi indah ingat kamu ku merindui kamu
5. Marry Me – Mark Adam
Bila sendiri ku nyanyikan lagu ini untukmu
Ku tulis namamu di pintu Ku ukir namamu di atas jalanan
Meskipun kita berbeza Atas sesuatu yang perlu ku jelaskan
I love you I love you oh... Ku mencintaimu
Marry me Marry me oh...
Sudikah kau menjadi isteri
Renung ke dalam mataku
Dirimu mengisi setiap penjuru
Tiada lain hanya kamu
Ku pasti engkau tahu apa mahuku
I love you I love you oh...
Ku mencintaimu
6. Terima Kasih Cinta – Tasha Manshahar & RJ
Bisikan rindu memanggil namaku
Lirikan coretan merebakkan naluri hatiku
Usah bimbang tentang aku
Ku selalu di sisimu
Hapuskan rasa ragumu
Ku cuma ada kamu
Tenang rasa hati
Pabila engkau muncul lagi
Terima kasih cinta
Kau buat ku bahagia
Tanpa jemu dan lelah
Ooo...
Terima kasih cinta
Pintaku satu saja
Jangan pernah berubah
Haaa...
Hanya kamu satu saja
Tiada yang kedua
Di mana pun engkau berada
Di sini masih cinta
7. Untuk Cinta – Hafiz Suib & Adira (OST Pilot Café)
Kau tunjuk kan aku
Yang memangnya tak pernah tahu
Erti cinta sebenarnya
Dari jiwa
Bukan hanya dari mata
Kau ajar hatiku
Kasih setulus seikhlasnya
Tak pernah mengalah
Walau kan terpisah
Sedikit pun tak berubah
Namun
Tak kan menjadi milikiku
Cinta bukan tercipta untukku
Tolong jagalah dirinya buat diriku
Jangan biar luka lagi hatinya
Yang amat ku cinta
Yang milik engkau saja
Biar ku simpan semua kasih dan cinta
Akan ku pendam kan sepanjang nyawa
Hingga tiba masa
Untuk aku bercinta semula
Selamat tinggal kasih
Aku kan pergi bawa diri
Yang telah rela
Dan mengerti oh
Dan di sini saja
Berakhir nya sebuah kisah
Cinta bertepuk sebelah
Terpaksalah
Ku terima
Tentuan-Nya oh
8. Hujan Sepi – Ippo Hafiz (OST Teman Lelaki Upahan)
Hujan terus turun
Mendengar sayu sepinya hati
Menanti kembalinya irama hati
Pengubat mimpi jiwa terisi
Sudah puas sudah
Diri dinanti oh tidak kembali
Terus mendoakannya agar dia tetap ingati
Di sini aku kau menjelmalah
Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti
Aku tak biasa
Untuk kenangi masa tika kita bersama
Peritnya rasa hati tiada yang mengerti
Tetaplah di sini teruskan menanti
9. Hanya Namamu – Caliph Busker
Hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di lafaz pertama suara azan fajar
Langkah kananku seperti dilindung
Andainya tersandung rebahku bersujud
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung
Adakalanya linang air mata
Tertumpah ke pipi menerima takdir
Namun imanku tidak akan runtuh
Ku ambil ikhtiar berdiri semula
Dan hanya namaMu ku puji ku sanjung
Di akhir perjalanan ini
Yang mencari petunjukMu
Ku doa agar kehadiran disambut
Semoga namaku terdiri
Di antara yang terpilih
Menjadi tetamu di tamanMu nanti
Setiap masa tak pernah ku lupa
Sinar yang Kau beri dalam hidup ini
Bila tibanya nyawaku di dunia
Kau panggil kembali dengan nafas akhir
Hanyalah namaMu ku puji ku sanjung
10. Sampai Mati – Hazama (OST Hati Perempuan)
Walau bibir merungkapkan kasih
Mata merasa yang sebaliknya
Wahai jiwa andai kau mampu bicara
Beritahuku isi hatimu
Dan detak jantungku memahat
Arah dan jalan
Agar kita kan bersama
Andai dunia hancur binasa
Ku kan setia sampai mati cintaku
Takkan berserah
Takkan ku mengalah hingga kau buat diriku
Takhta di hatimu
Ku terlihat ragu dan curiga
Diselimutkan satu senyuman
Tanda tanya selamanya menghantui
Oh apa dirimu mahukan aku
Dan biarkan cerita lama
Terpadam sudah
Agar kita kan bersama
Lagu Melayu Top Masa Kini 2015 #1
Lagu Melayu Top Masa Kini 2015 #2
Full Lyrics :
http://killjols.blogspot.com/
http://lirik.bukancincai.com/
6 Komen untuk "Lagu Melayu Top Masa Kini 2015 #3"
Perghh, dato siti konqer ni. hahaha. terbaik!
Suka no 3 denagn 10. Hahaha :P
oho banyak benar lagu yang aku selalu dengar tapi tak tahu tajuknya
Dengar yangg lain pulak mana tahu citarasa kita sama LOL
semua lagu best2 n sedapp ^_^
suka gila lagi ippo hafiz k bai