Alang-alang sekarang berada di kampung, inilah masanya kita menjalankan misi food hunting. So, mintak kawan-kawan kampung senaraikan tempat makan best sekitar Kuala Terengganu. Rupanya setelah bertahun lamanya merantau, banyak gila tempat makan best yang aku baru tahu kewujudannya. Sadis kan? =D
Asalnya nak makan di kedai makan yang menjual chicken chop semurah RM3.80 sahaja. Murah betul nie. Hampir sesak nafas saya dengar harga dia. Di Putrajaya sana, chicken chop paling murah pun berharga RM9.90. Masakan aku tak sesak nafas hihi. Malangnya, kedai chicken chop RM3.80 itu tutup. Khabarnya kedai diorang berpindah. Sebab tu tak bukak. Takde rezeki kita nak cuba. Takpe nextime boleh try sebab dah tahu pun kedai itu berpindah di mana. Area Seberang Takir tu jugak & berdekatan je dengan kedai lama.
So, kitorang singgah makan di Simpang Corner, Seberang Takir. Rasanya kedai ini baru tahun ini bukak kot. Sebab sebelum ini macam tak perasan pun kewujudan Simpang Corner ini. Kedai ini berdekatan Stadium Sultan Mizan,Gong Badak. Lalu depan stadium, straight menghala ke Seberang Takir, akan jumpa traffic light simpang 3. Simpang Corner betul-betul bersebelahan (sebelah kiri) traffic light.
Pelbagai pilihan makanan yang korang boleh cuba di Simpang Corner. Dari masakan panas sehingga ke western food. Antara western food & makanan yang dijual di sana boleh rujuk gambar diatas. Macam murah pulak kan Chicken Chop RM5.00 ini. Jakun pulak kita bila jumpa chicken chop semurah ini. Terus order 1.
Chicken Chop RM5.00 (Rate : 3/5)
Rupanya kecil sahaja chicken chop-nya. Padanlah dengan harga RM5.00. Ada chicken chop, sedikit french fries & sayur salad. Seorang Apijol mana kenyang kan makan sikit-sikit. Lalu diorder lagi french fries. Kau tengok je aku badan kecil macam ni tapi tapi nafsu makan aku ya Allah. haha :/
French fries RM5.00 (Rate : 3/5)
Meatball pun ada di Simpang Corner. Ada 7 biji meatball yang kiut miut + french fries. Takpelah tak merasa makan meatball di IKEA. Kita rasa meatball di Simpang Corner ini jela ye.
Kemudian order pulak nasi lemak sebab tengok tadi orang order nasi lemak macam sedap je. Kita tak boleh. Cepat benar terliur walhal dah makan macam-macam kahkah. Nasi lemak 1 pinggan makan ramai-ramai. Sambal pekat, ikan tongkol besar, timun 3 hiris, telur rebus separuh, SEDAP!
Nasi Lemak RM2.50 (Rate : 4/5)
Selain pelbagai menu yang menarik + murah (portion kecil jela), Simpang Corner juga ada menyediakan WiFi percuma & shisha. Bukan senang nak cari shisha di tempat makan area Kuala Terengganu ini tau. Maklumlah kita village people ini biasanya lambat sikit terdedah dengan shisha semua ini. Bapak aku hisap rokok daun gulung tembakau je tapi sekarang dah stop merokok sebab masalah batuk dia. Alhamdulillah semoga istiqamah la ye ayah oi. WiFi pulak kitorang nak connect tapi tak dapat pun. Entah apa masalah WiFi dia takde pulak aku tanya. And malam tu takde pulak aku tengok customer duk hisap shisha. –.-
Nak cuba makan di tempat makan ala-ala hipster sikit (hipster la sangat ye) di Kuala Terengganu ini, boleh la cuba di Simpang Corner okey. Ramai juga customer malam kitorang pergi tu. Services diorang pun not bad. Pekerja pun acah-acah ramah gitu. Suka nak bergurau dengan kitorang, tapi kitorang malas sangat nak layan kahkah =D
16 Komen untuk "Tempat Makan Best Kuala Terengganu-Simpang Corner"
wah...menarik
salam singgah sini dik...wahh...sedapnya makanan yang ada kat Simpang Corner...
Peh murah!! Memang berbaloi baloi
Sedapnyaa lahaii. Boleh lah plan bercuti kat Terengganu pasni. Hehehe :D
ooo kecik ea.. patutla murah.. xpe leh order mcm2 kan
Murah tapi portion sikit.. huhu.. =D
pi ganu nanti boleh tanya awk la tmpt makan best hehe.
Nanti nak g lah!!!
Singgah Simpang Corner jugak ye kak.. Hehehe
Murah tapi portion sedikit la hehe
Pakat mai Tganu meh !! Heee
Okey boleh2 datang Honeymoon sini =D
Boleh order variasi menu hihi =D
Pergi la try Nanie. Dekat je nie dengan uni adik awak =D
Haha betul tu =D
Nk try lah dtg ganu. Nnt awak leh guide kitorg. Haha