Mandi di Pantai Tok Jembal Kuala Terengganu

Akhirnya dapat juga mandi di Pantai Tok Jembal ini setelah sekian lama berhajat nak mandi. Biasa kalau pergi Pantai Tok Jembal cuci mata je. Tapi kali ini kita bawa baju siap-siap nak mandi. Sebelum mandi, lepak minum dulu di Warung Mee Kari Samudra. Not bad tea ais dia.

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

Sekarang Pantai Tok Jembal semakin meriah dengan orang ramai. Banyak gerai menjual makanan ringan (sate ikan, keropok goreng, aiskrim baba, etc) ditepi pantai. Adik-adik, abang kakak pakcik makcik pun makin ramai. Nak merasai pengalaman menunggang kuda pun boleh dilakukan disini. Tang harga tu tak sure. Pernah sekali naik di Pantai Airport harga RM20++ jugak untuk seekor kuda. Dapatlah jugak merasa naik kuda. Bukan kau tunggang sendiri kuda tu, ada la pekerja dia tarik tali kuda tu. Kira kuda dan tuannya bawa kau berjalan-jalan pusing pantai jela. \0/

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

Warga Kuala Terengganu rasanya memang sudah arif sangat dengan Pantai Tok Jembal ini. Kalau orang luar nak datang ke Pantai Tok Jembal, boleh rujuk waze kot. Takpun tanya penduduk sure diorang tahu punya. Kata orang malu bertanya sesat jalan kan. Kalau malu jugak meh abang bagi peta sikit. Dari Pantai Airport, pusing pagar airport yang menghala ke tengah pantai yang ditambak tu, kemudian akan jumpa jalan kecil sebelah kanan (yang ada banyak pokok rhu). Masuk ikut jalan tu, straight saja kemudian jumpalah Pantai Tok Jembal.

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

Menariknya di pantai Tok Jembal mestilah pantai ini boleh mandi. Tak banyak tau pantai di Kuala Terengganu boleh mandi-manda sebab banyak kes lemas di sepanjang pantai Kuala Terengganu. Sebelum ini pantai Tok Jembal mana boleh mandi pun. Agaknyalah (haha). Bahaya. Then bila batu-batu besar ditambak di kiri kanan pantai sehingga ke tengah pantai (rujuh gambar diatas, aku tak reti lah nak explain LOL), orang ramai pun mula berpesta mandi manda di Pantai Tok Jembal ini. Disini juga terdapat banyak bot nelayan yang tersadai di tepi pantai menjadikan pantai ini sangat cantik betul bila bergambar. Biasanya bot nelayan kan salah satu simbolik kepada pantai (haha). =P 

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

Best mandi dekat Pantai Tok Jembal ini sebab bila dah ditambak dengan batu besar sekeliling pantai, ombak pun tak kuat, pantai pun tak dalam. Korang yang tak reti berenang macam Apijol pun boleh mandi pantai dengan selamat in sya Allah. Budak-budak pun seronok betul mandi-manda. Siap bawa pelampung masing-masing ye. Abang kalau boleh nak bawa juga pelampung mujur dekat rumah takde pelampung. So, kita acah-acah berenang sambil berpegang pada tali bot jelah.

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

Bila dah puas mandi, korang boleh bilas badan dekat telaga berhampiran yang disediakan. Aku tak nampak pulak kewujudan bilik persalinan atau tandas awam yang disediakan berhampiran Pantai Tok Jembal. Aku sendiri after bilas kaki dengan air telaga, balik dengan pakaian basah macam tu jela biarpun ada bawa seluar spare. Begitu juga dengan orang lain pun. Memang dekat sini tiada bilik persalinan kot atau aku yang tak perasan tak tahu la. Kalau lelaki & budak-budak boleh je bersalin dalam kereta tutup dengan towel sekejap (tapi tak manis la). Perempuan la yang leceh sikit. Pihak berkenaan mungkin boleh sediakan bilik persalinan kot untuk kemudahan orang ramai (suara rakyat kahkah).

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

Sebelum bertolak pulang, singgah lagi sekali di Warung Mee Kari Samudra pekena Mee Soto & Tea Tarik. Memang seronok la makan lapar-lapar mandi pantai ini. Lagi seronok ada orang belanja. Thanks Amir belanja. Memang sengaja tak bawa wallet sebab nak suruh orang belanja =P 

 

 

pantai tok jembal kuala terengganu

 

 

In sya Allah akan kesini lagi. =D

15 comments:

  1. nak pegi jugak 1 fine day!!!!!

    ReplyDelete
  2. meriah sgt ramai gila orang..

    amboi saje x bawak wallet.. ceh

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dalam wallet memamg takde duit. so tak bawak laa =P

      Delete
  3. Oo..pantai ni diaorang bubuh batu kat tengah ye??mudah la budak2 nak mandi..tak risau sangt air kuat kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup mcm tu la, tak risau sangat ombak kuat & paras air pun tak dalam sangat =D

      Delete
  4. Untung ahh dekat dengan pantai :D

    ReplyDelete
  5. bestnya dpt mandi pantai..kite xpernah mandi pun..setakat main tepi air jer.. sebab tak reti berenang..sob.,.sob..

    ReplyDelete
  6. Hye abamm pijo. Heheheh org jauh dtg singgah blog. Buatkan air kopi sekali.

    Wahhhh. Untunglahhh. Nt Hana dtg Ganu bawak Hana jenjalan. 😹😹😹

    ReplyDelete
  7. MINTAK tolong sangat-sangat..... jangan mandikan anak-anak kat perigi macam tu.... macam gambar kat atas........letak anak kat lantai simen atau kat pasir... ....

    ReplyDelete
  8. Salam..sy minta share ye utk sy letak di page sy..tq

    ReplyDelete
  9. Bakpo semua tempat best sangat ni :(

    ReplyDelete