Puas makan di Putrajaya, jom kita cuba Restoran Malee, salah satu tempat makan best di Dengkil. Tahu mengenai kewujudan Restoran Malee ini pun dari akak aku. Kemudian google pasal Restoran Malee. Ramai pulak orang bercerita mengenai Restoran ini. Lagilah hati meronta-ronta nak pergi. Bukak waze nak cari mana lokasi Restoran Malee, tapi sayang tiada dalam waze. Pihak restoran sila daftarkan restoran anda dalam waze okey. Senang nanti customer macam saya nak pergi sana.
Kebetulan masa kitorang pergi sana, ada Maharaja Lawak Mega Akhir. Memang meriah habis lah seisi restoran gelak. Lagi-lagi bila tiba turn kumpulan Zero. Tahniah Zero telah dipilih sebagai pemenang Maharaja Lawak Mega pada kali ini. Diorang punya persembahan musikal memang terbaik. Aku bagi 5 bintang LOL. Dekorasi kedai pun cantik. Siap digantungnya tanglung warna-warni dekat syiling.
Disebabkan sebelum datang sini aku dah baca review orang mengenai Restoran Malee, iaitu restoran ala thai yang menyediakan banyak masakan Thai yang best. So aku order apa yang orang recommended tu jela. Macam-macam menu Thai dekat sana. Western food pun ada. Harga makanan pun agak berpatutan. Antara highly recommended menu di Restoran Malee ialah tomyam poktek. =D
Tomyam poktek yang pekat dan memang banyak seafood dalam tomyam. Ada sotong, udang, ketam separuh, dan ikan. Tomyam pekat maybe diorang letak santan kot dalam tomyam. Agak muak la sikit. Sepatutnya order tomyam poktek seorang makan tadi. Bila tomyam sampai, dapat mangkuk besar pulak. \0/
Firstime dengar menu Chiang Mai nie. Rupanya Ching Mai tu menu yang dimasak pedas. Ada banyak pilihan Chiang Mai macam daging, ayam & udang. Kami pilih Sotong Chiang Mai. Yang ini kedekut sotong sikit. Rasanya pun takdelah pedas mana.
Antara makanan Thai yang popular, Somtam. Mungkin sebab itulah kitorang order somtam kot. But sorry to say, aku pernah rasa somtam yang lagi best dan pedas dari somtam di Restoran Malee. Korang yang nak rasa somtam, boleh la cuba. =D
Korang yang ingin mencuba menjamu selera di Restoran Malee, boleh ambil exit Dengkil. Terus je. Restoran Malee berdekatan CIMB Dengkil. Tepi jejantas. Gigih aku pergi tanya budak office malam hari lokasi Restoran Malee ini. Sampai juga akhirnya haha. Service di Restoran Malee tidak mengecewakan. Tak perlu tunggu lama, makanan dah sampai. Aku terbaca banyak review & komen yang negatif mengenai service & makanan di Restoran Malee. Korang kena cuba sendiri baru tahu. =D
Selamat menjamu selera !
19 Komen untuk "Tempat Makan Best di Dengkil – Restoran Malee"
telan air liur tengok tomyam. dushhh :D
nampak sedap. Hha, Maybe respon negatif tu dapat tang customer yang banyak songeh dan hari yang tak kena dengan nasib. Biasalah, tak setiap hari service sesebuah kedai tu bagus.
dapnya tomyam tuh!!
sedapnye. nanti pergi jom
Gambar makanan yang hang post ni buat daku rasa tak keruan. Huwarrg!
klau xsilap..ade 3 restoren malee kat Dengkil.. yang sis biasa pegi kat area kawasan perumahan .. masuk ke dalam skit.. xjauh sgt dari jalan besar Dengkil..
Saya pun tertelan liur balik bila tgk gambar sendiri haha
Tula. Nasib diorang kurang baik. Huhu
Sedap sungguh. mai la jalan sini blh saya bawak g restoran malee hihi
Boleh! Belanja neh hihi
nak cari yang nie pun debar takut x jumpa. Mujur nampak cimb tepi jalan. Haha
Nanti sampai sini, boleh la singgah pojie
makan je keje awak ni. bila nk gemok?
ok tunggu pijoe belanja ja nie.
Tomyam poktek tu nampak sedap gila lah hehe. Lama sy x singgah :p
Ala sedak gilo tomyam poktek tu wehhhh sampai hati hm
haha.. ok lah makan-makan tak gemok -.-
Ok mai sini nak belanja. haha
Boleh share alamat tak?