Pengalaman bercuti ke Pulau Langkawi pada tahun lepas memang satu pengalaman yang sangat manis untuk dikenang dah haruslah dijadikan antara kenangan manis sepanjang tahun 2014. Ingat lagi trip kedua ke Langkawi which is trip yang tidak dirancang telah menyebabkan berlakunya banyak pembaziran. Contohnya apabila memilih hotel murah di Pulau Langkawi.
Disebabkan kitorang agak rushing, so pakat pilih je hotel murah yang available. Tapi memang kecewa gila sebab dapat bilik yang kecil, tak selesa, panas (aircond rosak lol), dan bilik air yang problem. Lastly, terpaksa keluar dari hotel murah tersebut kemudian sewa hotel lain yang agak mahal sikit tapi lebih selesa. Keselesaan itu sangat penting okey apabila kita bercuti.
Perdana Beach Resort Langkawi
Bercakap mengenai hotel/resort murah dan selesa di Pulau Langkawi, aku ingin recommend satu resort murah, selesa dan cantik di sana. Resort tersebut dinamakan Perdana Beach Resort yang terletak berhampiran Padang Maksirat, Pulau Langkawi.
Perdana Bearch Resort Langkawi menawarkan 2 bilik berhawa dingin bersama 2 bilik mandi serta ruang makan dapur yang boleh dimasak. Ruang tamu juga sangat selesa dan luas serta memuatkan sofa bed extra. Memang sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga & rakan-rakan yang ramai jumlahnya. Kalau kata nak honeymoon tidak sesuai la aku rasa.
Bagi aku, toilet/bilik air sangat penting dalam pemilihan hotel/resort. Kalau toilet pun kotor, saluran tersumbat, atau sempit memang tak best untuk melepaskan hajat kan? Dengan kemudahan 2 bilik air yang bersih dan selesa di Perdana Beach Resort, pastinya percutian anda bersama keluarga dan sahabat handai menjadi lebih bermakna. Nanti takdelah adegan berebut bilik air. Siapa yang nak mandi dulu kemudian mulalah terlambat ke Cable Car atau ke Island Hopping. =p
Paling best di Perdana Beach Resort mestilah kemudahan kolam redang yang turut disediakan di situ. Bangun tidur pagi-pagi rasa malas nak mandi paip air, boleh terjun ke dalam kolam. Badan rasa panas lepas balik makam mahsuri , boleh terus terjun ke dalam kolam. Tak seronok lagi ke macam gitu? \0/
Di Perdana Beach Resort juga, anda boleh menghirup udara pantai yang segar dengan air sepoi bahasa yang sejuk, boleh mencuci mata melihat keindahan pantai dan laut serta berhampiran sawah padi. Seorang Apijol memang sangat gemar pemandangan laut dan sawah padi. Mungkin lepas ini kita boleh cuba menginap di resort ini sekiranya bercuti lagi ke Langkawi.
Details mengenai Perdana Beach Resort, Pulang Langkawi
1) 2 bilik berhawa dingin bersama 2 bilik mandi
2) Ruang makan dapur yang boleh di masak. Ruang tamu yang mempunyai sofa bed extra
3) Pemandangan laut dan suasana sawah padi.Berdektan dengan laut.Hanya 5 minit dari Airport Langkawi
4) 25 minit dari Jetty langkawi. 5 minit dari Underwater World, Pantai Chenang dan Cable Car.
5) Sesuai untuk family yang ramai. Boleh memuat sehingga 10-12 orang
6) Kemudahan kolam renang
2) Ruang makan dapur yang boleh di masak. Ruang tamu yang mempunyai sofa bed extra
3) Pemandangan laut dan suasana sawah padi.Berdektan dengan laut.Hanya 5 minit dari Airport Langkawi
4) 25 minit dari Jetty langkawi. 5 minit dari Underwater World, Pantai Chenang dan Cable Car.
5) Sesuai untuk family yang ramai. Boleh memuat sehingga 10-12 orang
6) Kemudahan kolam renang
Kadar Sewaan Harian & Tempahan
RM258 (hari biasa)
RM298 (peak season)
Untuk sebarang tempahan, pertanyaan, atau nak mintak diskaun (hehe) boleh call, mesej, whatsapp 017-4017108 (Bahar Hashim).
Lokasi Apartment
Perdana Beach Resort Langkawi
Lot 79, Jalan Kuala Melaka, Padang Matsirat
07100 Langkawi, Kedah.
Lot 79, Jalan Kuala Melaka, Padang Matsirat
07100 Langkawi, Kedah.
Facebook Perdana Beach Resort Langkawi
24 Ulasan
best...boleh cuba bila ke Langkawi nanti.
BalasPadamboleh la nanti pergi langkawi stay resort ni
BalasPadamKalau pergi, jangan lupa review dekat blog haha
PadamWah wah best lah not that pricey wiwiwi
BalasPadamAla takyah nak tahun lepas sangat lah hikhik
Yes bg saya mmg tak mahal jugak sebab boleh memuatkan 10 - 12 orang. Tong-tong duit berapa je seorang. :)
PadamAdoi. Hang buat aku rasa tak keruan and nak bercuti terus! hoooo
BalasPadamJom pergi Langkawi Fawzy. Boleh photoshoot dekat sana. hehe
PadamBoleh tahan juga harganya...tapi berbaloi gak dgn kemudahan, keluasan dan lokasinya.
BalasPadamYup. Lagipun boleh memuatkan 10-12 orang kot. Agak berbaloi dengan kemudahan yang disediakan. :)
Padamterbaik promotion..view lawa sangat lah hafiz
BalasPadamkalau harga tu ..tak apa jika keselamatan dan keselesaan dijamin..
BalasPadamSaya setuju.
Padammurah sikit harga dia kalau hari biasa tapi nan hado nya nak bercuti sekarang. kerja kerja :D
BalasPadamdah lama tak ke langkawi..
BalasPadamrindu langkawi! k hotel ada pool ni yang best!hehe
BalasPadamwah.. boleh tahan murah gak tu.. den tak pernah gi Langkawi lagi huhu.. bila tah nak jejak sana.. duiii..
BalasPadamMurah kan. Nanti dtg sini boleh cuba stay resort nie. :")
PadamWahh x pernh lgi kita ke langkawi. Tringin Sgt nak ke cna huhu
BalasPadamInshaallah one day, kalau panjang umur akan sampai sana. Boleh duk resort nie. Hihi
Padamwooah. nanti kalau nak pi Langkawi lagi, boleh try kat sini. :D
BalasPadamPijol...review utk honeymoon pls...hahaha
BalasPadamAssalamualaikum wbt.
BalasPadamtempat makan macam mana ya sekitar Perdana beach resort?
sedia breakfast dak? sbb dari segi harga boleh tahan murah.
Akak untuk sebarang pertanyaan mengenai resort, boleh contact terus no yang saya bagi dekat atas,
Padam017-4017108 (Bahar Hashim)
jemput baca review pasal avani AVANI SEPANG GOLDCOAST
BalasPadam