Sejak bekerja di Cyberjaya, banyak juga tempat makan best di Cyberjaya yang pernah aku cuba. Antaranya Nasi Ayam Penyet sebelah Petronas, Mat Ayam Kampung & Arena Sport (food court). Tempat makan best di Shafbury pun banyak cumanya agak mahallah. Aku kalau budak office buat farewell, baru berkesempatan makan di Shafbury (haha). Boss belanja hihi.
Entry kali ini nak cerita mengenai Manhattan Fish Market, Dpulze Cyberjaya, mall yang dekat Tune Hotel tu. Nanti bakal ada wayang tau di mall dPulze. Boleh lah lepasnie balik office terus ke Dpulze tengok wayang. Lepas tengok wayang, kita pun menternak lemak di Manhattan Fish Market yeay!
Apa yang best di Manhattan Fish Market mestilah menu ikan laut mereka yang sangat enak dan pelbagai pilihan. Penggemar masakan ikan laut seharusnya mencuba setiap menu di Manhattan Fish Market amboi. Pasta & spageti yang sedap berasaskan seafood pun boleh didapati di sana. Antara makanan yang aku telah cuba di Manhattan Fish Market ialah :-
Majoriti menu-menu diatas berharga RM15.00 above. Kalau awal bulan time gaji boleh lah datang makan di Manhattan ini. Tak mampu lah kita nak pergi makan sana hari-hari walaupun jaraknya dengan office sekangkang kera je. Korang yang ingin mencuba menjamu selera di Manhattan Fish Market, Dpulze Cyberjaya bolehlah datang sana berpandukan waze ye.
23 Komen untuk "Tempat Makan Best Cyberjaya - Manhattan Fish Market"
ok terliur. hahaha. nak terjah jugak lah gini :D
Hencek pijol order semua ni? Damn it! Gila banyak and sedap sedap semuanya. Dulu aku selalu juga datang restoran ni pekena spaghetti and fish & chips dia. Not bad.
one of my favorite place.. tp xdelah selalu juga.. kalo selalu mau botak kepala.hehe..masalhnya sizling brownies n banana tu xpnah tahu pula ada.. so harus g try ni =)
http://zinziemeewah.blogspot.com
Ok rasa lapar gler tengok entri ko ni dik. huuhuhuuuu nak makan !!
portion dia banyak.. sesuai utk aku. hehe
tapi kewangan x mengizinkan sgt.. slalu tunggu dia klua kt groupon jer klu ade promotion LOL
tempat cantik makanan pun menyelerakan...
Banyaknya order, Sizzling tu teringin pula nak cuba, nampak menyelerakan. :)
Saya tak pernah makan di Manhattan lagi..hihi
tunggu Pijol open table baru pi makang ikang kat Mantattan.. haha
sila2 terjah !!
ini bukan sekali order la hencek pojie oi haha
Saya special case, maybe portion tu utk saya je kot haha =p
jommm makan !!
Dapat gaji nanti boleh datang sana okey !
peh peh mmg semua highly recommended ke acane hm hm nak gi lah nanti hee~
dah bertahun2 kt cyberjaya...x pernah cuba lg makan kt tempat ni...semuanya sbb malas nak kuar... :)
Paling tertarik dengan Sizzling Brownies.. perghh.. yummyyyyy...
Kena cuba sis.. sedap. ")
Malas keluar x boleh la makan sedap-sedap.
Nanti boleh lah cuba.
Ya Allah semuanya nampak sedap!
nak pegiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
boleh kejang mata baca blog ni..penuh makanan huhu lapo perut