Kemeriahan Waktu Malam di Dataran Putrajaya

Warga Putrajaya semestinya tidak asing lagi dengan kemeriahan waktu malam di Dataran Putrajaya, berhadapan Masjid Putra. Meriah sangat sampai aku sendiri bulan ini dah beberapa kali lepak sana. Pernah satu malam tu, seronok lepak di meja simen berhampiran tempat letak basikal yang sebelah eskeletor tu. tiba-tiba ada pihak perbadanan cakap dah pukul 12.00 tengah malam. Tempat dah tutup. Tengoklah betapa ralik sangat duk melepak situ sampai tak sedar dah pukul 12.00 tengah malam. Kemudian kita pun sambung la lepak di Jambatan Putrajaya. Pesen tak sedar diri esok kerja lulz.


dataran putrajaya

Semalam lepak lagi di Dataran Putrajaya. Sebelum ini tengok je gelagat anak muda, anak-anak kecil, ibubapa, awek cantik duk main permainan di Dataran Putrajaya tapi kali ini mari kita cuba sendiri pengalaman bermain kasut roda buat pertama kalinya kahkah. Macam-macam permainan yang boleh ditempah di Dataran Putrajaya antaranya kasut roda, skuter, basikal, kereta kawal dan banyak lagi.


kasut roda


Kasut roda, RM10 boleh main sampai puas. Bagi first timers macam aku, sangat susah okey nak menggerakkan kasut roda ini. Alahai sumpah seranah aku lahanat betul kasut roda nie. Malu dekat budak kecik yang berlumba dengan kawan-kawan dia. –.- Seriously memang fail habis aku dengan kasut roda nie. Mungkin sebab firstime kot haha saja nak sedapkan hati. Lepasnie tengok lah aku akan datang Dataran Putrajaya practice sampai boleh berjoget lagi dengan kasut roda \0/ Sekejap je naik kasut roda malu dekat orang woi. *nangis sambil buka kasut roda*


dataran putrajaya

Skuter power ini kecik je tapi harga dia boleh tahan. RM20/setengah jam kalau tak silap. Amende lah kejap sangat dah lupa. Sangat rileks naik skuter comel ini. Tak payah kayuh pun. Kawal handle kemudian press, dah jalan. Skuter dia takdelah slow sangat tapi yang aku dapat semalam macam bengong sikit. Slow gila sampai orang jalan kaki pun lagi laju daripada skuter aku. Tapi jangan bimbang aku dah bagitau Pakcik pemilik skuter tu. Maybe dia dah baiki kot. Engkau tawaf la Dataran Putrajaya tu sampai habis setengah jam sambil cuci mata tengok gelagat warga Putrajaya. Ramai juga yang accident malam tadi.


berbasikal di dataran putrajaya 

Basikal panjang ini harga RM20/20 minit kalau tak silap. Bab mengingati harga aku selalu fail T__T. Boleh naik dua orang. Boleh tong duit RM10 sorang. Siap dihias lampu liplap dekat basikal. Loceng pun ada dekat depan. So sambil naik basikal, kau bunyikan loceng kemudian kau laung kuat-kuat ‘ ais-krim ..ais krim’ macam yang aku buat malam tadi. Rasanya tak banyak pun basikal nie dekat sana. Maybe ada dalam 2 buah sahaja kot. So, kena tempah dulu cepat-cepat kalau nak naik.


permainan di dataran putrajaya

Ibu-bapa yang berkunjung ke Dataran Putrajaya membawa anak-anak kecil, jangan risau sebab permainan di atas pun terdapat di sana. Harga sekali main aku tak sure sebab aku tak naik pulak malam tadi. =p

 
Penat bermain basikal panjang tu (berlumba dengan awek cantik & mak dia, dia kalah lol), kami pun lepak dekat busking. Rasanya busking ini baru ada kot sebab sebelum ini macam takde pun akak cantik dengan 2 orang abang manis duk main gitar sambil menyanyi dekat Detaran Putrajaya. Not bad lah diorang punya show. Berjaya menarik ramai orang datang tengok. Siap ada orang buat permintaan lagu & penonton pun menyanyi sekali. Aku la yang over nyanyi kuat-kuat.


Jpeg

Antara lagu yang diorang nyanyi semalam, Malaikat, Assalamualaikum Dunia, Hanya Aku, Standing is The Eyes Of The World dan banyak lagi. Lama juga duk layan diorang sampai lampu dekat Dataran Putrajaya ini padam. Mungkin lampu sampai 12.00 tengah malam sahaja kot. Lampu dah padan pun ramai lagi yang ralek duk main kasut roda etc. Yela dik, korang main lah sampai Subuh esok ye. Abang dah mengantuk nak balik tido =p


Sebelum ini berhabis duit untuk edisi jalan-jalan cari makan, sekali sekala berhabis duit untuk aktiviti sihat macam ini bagus juga. Boleh hilangkan stress & tekanan kerja tengok gelagat orang ramai dari kanak-kanak sehinggalah ke orang tua. Jom kita bawa keluarga bersiar-siar di Dataran Putrajaya jom hujung minggu ini ! =D


Jumpa anda di sana !
16 Komen untuk "Kemeriahan Waktu Malam di Dataran Putrajaya"

selalu melepak dekat jambatan tu je. hahahahaha. tak pernah lagi melepak dekat dataran ni. teringin nak naik basikal. merantau satu putrajaya. tapi xtahulah bila nak buatnya.

tak pernah lepak kat sini malam2.. bawak plez.haha

hahhaa. Berseronok habis. Time main kasut roda tu jatuh tak? Kah kah. Patutnya kalau dah ada program macam ni, Perbandaran Putrajaya perlulah buat inisiatif untuk panjangkan jangka masa lampu. Atau memang ada had waktu kat Putrajaya yang mana pukul 12, semua kena tido. :3 Kah kah kah

alamakkkkkk,kasut roda tak penah main tapi teringan sangattttttttttttttttt nak ice skating,bhahahahaha *tetiba

mcam best jer naik basikal panjang tu.. nak bwk ank2 la lepak sana... tp konfem wallet kene tebal..haha

Melepak bukan budaya kita. Event mcm ni buat serabut je mlm2 balik tido kat umah bukan ajar anak melepak

Nk tnya boleh? Dia stiap ari ap? Weekend buka x ? Ari sbtu ahad mlm. Nk try maen skate.

Dkat dataran putrajaya kn? Bulatan masjid tu. Mcm best je. Dia stiap ari ap? Start n abis pkul bpe? Sbtu ahad mlm buka ke? Thanks

Rasanya sekarang dah tutup lah tempat ini pada waktu malam. Kalau siang hari ada lagi kot.

Diorang duk main kasut roda, main basikal, duk beriadah keluarkan peluh dekat sini. Sekali sekala bawa anak-anak apa salahnya. ":)

jom pusing satu Putrajaya naik beskal !

g la suh encik tunang bawak haha

weekdays ada jugak ke ?

Memang best! Tempat lepak satu family dihujung minggu hihi

Dekat area lain takde ke aktiviti mcm tu? Mcm kt shah alam ker.. nk gak main rollerblade tp jauh plak putrajaya.. hehe

Back To Top