Majlis Resepsi di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya

Semalam merupakan hari bahagia Kak Lia iaitu classmate aku di universiti. Kak Lia nie tua setahun daripada aku that’s why la panggil “kak”. Kak Lia jugak satu kolej dengan aku. Selalu jugak pergi kelas balik kelas sekali. Selalu jugak makan sekali di café kolej. Group assigment sekali. Study je tak pernah sekali kot. Kak Lia rajin, aku pulak pemalas lol.

 

 

Bulan lepas Kak Lia ada post dekat group di Facebook jemputan majlis resepsi beliau pada 06/09/2014. Masing-masing excited la nak pergi ke majlis. Siapa tak excited kan classmate sepanjang 3 tahun di universiti nak kahwin! Mesti masing-masing terdetik dalam hati, “Kak Lia dah nak kahwin, aku bila lagi haih tak boleh jadi nie said tad kuad” LOL.

 

 

Majlis Resepsi Kak Lia diadakan di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya. Sebelah je dengan rumah aku. Lintas highway je kot. Haruslah kena pergi. Dah la weekend. So memang tiada alasan langsung untuk tidak pergi ke majlis resepsi Kak Lia omey angak Kak Lia semalam. T__T 

 

 

majlis resepsi dewan serbaguna

 

 

Sampai je terus beratur nak bergambar dengan pengantin. Biasa orang lain makan dulu kenyang-kenyang baru bergambar dengan pengantin kan haha.

 

 

pengantin selfie

 

 

Kitorang punya classmate dalam 28 orang camtu. Disebabkan masing-masing ada komitmen dengan kerja, ada yang duduk jauh tak dapat datang, ini jela muka yang hadir ke majlis Kak Lia semalam. Yang jauh Fatin je sorang, sanggup datang naik flight dari Kelantan. Tepuk tangan sikit ke Fatin.

 

 

resepsi kak lia

 

 

Punyalah seronok bergambar sampai pasu bunga sebelah kanan habis jatuh. Tangga pelamin terpeleok sikit dari kedudukan asal. Lepas habis bergambar cepat-cepat turun dari pelamin takut tangga pelamin lagi banyak terpeleok nanti lol. –.-

 

 

nasi minyak kenduri kahwin

 

Seriously sangat sedap makanan di majlis Kak Lia. Kalau tak kerana aku dah makan nasi lauk lala masak lemak dekat rumah sebelum pergi kenduri, mungkin aku dah tambah nasi kot (haha).

 

 

nota selamat pengantin baru

 

"BARAKALLAHU LAKA WA BARAKA A'LAIKA WA JAMA' BAINAKUM FI KHAIR"


“Semoga Allah memberkahimu dan memberkahi atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan“.

 

 

 

 

Kenyang mengisi perut di majlis resepsi Kak Lia, kitorang bergerak ke Alamanda. Nak tengok wayang dengan budak kelas. Lama tak jumpa nie last jumpa masa konvokesyen  tahun lepas. Dah dekat setahun tak jumpa apa salahnya meluangkan masa lama sikit. Cantik-cantik semua bila masing-masing dah berkerjaya nie kan?

 

 

poster movie the giver

 

 

Kitorang tengok cerita The Giver. Disebabkan malas nak beratur, beli tiket pakai online. Aku yang jakun ini teruja tengok Ain beli tiket online pakai applikasi GSC MOBILE APP. Yela, biasa kalau nak tengok wayang kemain duk beratur. Kalau queue panjang gila, terus cancel tengok wayang sebab malas beratur. Padahal tiket online boleh je beli dekat GSC MOBILE APP lol. Lepasni nak beli online jela senang. Pakai scan barcode je dekat kaunter tiket tu. Jimat masa! Thanks Ain sebab ajar cara nak beli tiket online kakaka. Nyorok bawah meja.

 

beli tiket gsc online Tekan banner

The Giver berkisar tentang satu komuniti baru cuba memberi kesaksamaan hidup agar tiada perasaan dengki dan manusia sentiasa hidup dalam peraturan yang ditetapkan. Biarpun dari sudut positif, tiada perang, perasaan iri hati tercetus, namun mereka tidak lagi mengetahui apa itu erti kasih sayang dan kepentingan kasih sayang dalam sesebuah keluarga. Bahkan mereka juga tidak berpeluang merasai perasaan mencintai antara satu sama lain kerana segalanya ditentukan sejak awal lagi.
Dek kerana itulah, tunjang utama filem ini, Thwaites yang membawakan watak sebagai Jonas cuba untuk menyedarkan betapa pentingnya untuk memiliki perasaan kasih sayang dan mengembalikan komunitinya dalam keadaan normal. Biarpun sukar kerana mendapat tentangan daripada 'Ketua Yang Paling Tua', namun Jonas yang diberi tugas untuk menerima memori sanggup melanggar segala peraturan dan meninggalkan komuniti keluarganya demi memastikan keseluruhan komuniti menjalankan kehidupan yang normal” sumber

 

 

Filem The Giver ini takdelah power sangat pun. Peminat Taylor Swift cepat terjah wayang menonton lakonan penyanyi kegemaran korang nie. Aku rasa ini kali pertama aku tengok lakonan Taylor Swift. Sebelum ini tak pernah tahu pun rupa Taylor Swift. Suka dengar lagu you je Taylor oii. Apapun, your acting was amazing my dear. =D

28 Komen untuk "Majlis Resepsi di Dewan Serbaguna Presint 8 Putrajaya"

Rasanya dah lama tak pergi kenduri kahwin jadi lapo plak tengok makanan. hahah
Tak tau plak kewujudan filem ini.

Tau tak pe nama katering kenduri ni. Kakak ana tgh carik katering ter-Best utk weeding beliau. Kalau ade, nanti sharekan pleasee..

Salam singgah sini. Huda dah tengok movie the giver last Thursday. Best dan pada huda movie ni banyak pengajaran sebenarnya =D

salam singgah terjah melawat tuan blog yg hensem ~

hai ina singgah sini..

hehe baru dapat singgah sebab xperasan ada invited... memang encem org nya.. kui..kui..kui.. :)

Tahniah utk pengantin, semangat kawan betul fatin ni ye.....;-)

Assalamualaikum dan salam singgah isnin di blog tuan...hehe...selamat pengantin baru buat sahabat adik...semoga berbahagia dan berkekalan hingga akhirat hayat..

tgk pun nmpk sedap tuu..tahniah n selamat pengantin baru utk kedua mempelai ;))

part pasu bunga sebelah kanan jatuh dan tangga pelamin terpeleok tu kelakar hehehe excited betul bergambar tu ;p

Wahhh tahniah. Kita pun yg tak sabar nak kawin dah hahaha. Eh cerita the Giver tu cambest enn

Kita pun tgk sbb cite lain semua lewat. Yg ni je awal sikit haha

Xtahu la pulak tp dia punya masakan best ! Haha. Nanti try tanya kak lia.

Amboi tak sabar nak kawin dah ye, kahwin la cepat2 boleh rasa nasi minyak hehe

takde la best sangat. Biasa-biasa je bagi saya. Slow sikit cerita dia tp still ada unsur humor,romantik,

Awak baca details nya hehe.

Thanks . Tp betul hampir saya terjatuh kahkah

Salam huda. nilai murni tu banyak, pengajaran tu tak nampak sbb cerita ini pasal kisah komuniti yang pelik haha

Hai ina puji-puji ni ada apa-apa keee

Sedap . Rugi tak makan byk-byk haha

ok..datang nak tgk betol ke tuan punya blog blh tahan andsome...hehehe...
ramai juga peminat ye...

Assalamulaikum dan selamat malam saya dari tuan tanah http://nora-norasyimahsaifullahoifficialblog.blogspot.com/.. apa maksud anda yang boleh tahan handsome tu hah saya ni perempuan la.. hehe

tahniah kpd pasangan pengantin! Btw, x tgok lg citer The Giver tu...mcm nk tgok... :)

mmg la bestdpt jumpa kwn lama..hehe

hai...kunjungan balas dari blog mamaniza... thanks sudi singgah blog saya..

p.s: sedap nampaknya nasi tu...

Wow cantiknya pelamin.
Ermmm..nasi briani pulak best my fevret.

Back To Top