Photoshoot Bersama Jubah Konvokesyen :D


Salam.

Sebelum ini ada cerita mengenai kronologi sebelum bergelar seorang graduan. Macam mana seorang Apijol dari budak sekolah yang malas dan tak cerdik pandai macam orang lain pun boleh berjaya menggenggam segulung ijazah! Sebenarnya kejayaan adalah milik semua insan namun tak ramai orang yang berusaha untuk mencapai kejayaan.


Bila dapat jubah konvokesyen, rasa macam tak nak pulangkan balik dah. Macam tak percaya pun ada dapat pakai jubah konvokesyen sendiri. Ohsem gila! Sebelum ini tengok gambar jaja pakai jubah je di dinding rumah. Tak sabar nak gantung gambar sendiri pula di dinding rumah wakaka!

Konvo hari Sabtu,tapi hari Isnin dengan Selasa baru berkesempatan photoshoot bersama jubah konvokesyen. Orang lain dah pulangkan jubah. Kita baru nak photoshoot dengan jubah konvo. Alang-alang sewa mahal untuk jubah konvokesyen, apa salahnya hantar jubah lewat sikit kakakah! :D

Dalam Facebook dah macam pertandingan upload gambar konvokesyen siapa paling cun pun ada. Masing-masing upload gambar konvokesyen diorang dengan style yang macam-macam hahahah. Apijol pun tak terkecuali.

pusat pengajian media dan komunikasi ukm
Lepas nie rindu la dengan Pusat Pengajian Media & Komunikasi. Rindu nak lepak dekat lorong FSSK! Rindu nak siapkan tugasan last minute bersama geng dan rindu nak catwalk pergi kelas lalu ikut lorong FSSK muahaha!

fakulti sains sosial dan kemanusiaan ukm
Terjumpa Kak Faz tengah bergambar dekat mercu tanda Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan yang baru siap tahun lepas kalau tak silap aku. Kak Faz ini senior master fakulti aku. Kagum tengok Kak Faz ambil master. Aku tak sambung lagi kot. Nak kerja dulu. Nanti kita PJJ master ye. Kalau rajin la hahaha.

graduan baling topi konvokesyen
Bergambar di Padang UKM, belakang Kolej Rahim Kajai. Terus teringat kenangan berlatih silat dengan Mek, Joe, Fazri, Mila, Nik dan geng-geng silat lain di malam hari. Padang nie menjadi saksi kita jatuh tersadai atas rumput sempat lagi tengok bintang di langit. Fazri pulak sokmo bagi subsidi time berlatih silat. Best gila partner dengan Fazri bila berlatih silat =.=

gambar konvo padang ukm
Tempat nie memang ramai graduan bergambar. Memang tak putus-putus. Masa kitorang sampai,ada graduan bergambar. Bila dah nak blah, datang lagi dua kumpulan graduan datang nak bergambar di sini. Mujur masa kitorang syok bergambar,takde graduan lain. Boleh bergambar dengan senang hati.

gambar graduan ukm berjubah konvokesyen Dah siap bergambar. Jom kita pulang =p

gambar konvokesyen di klcc     gambar konvokesyen di klcc
Gigih aku bawak jubah pergi KLCC semata-mata nak bergambar depan KLCC. Mujur tak hujan. Kalau tak, sia-sia bawak jubah konvo jauh-jauh tau! Sebenarnya adik Mekna yang nak sangat pergi Petrosains KLCC ini. Alang-alang datang KLCC, bawak la jubah konvokesyen sekali hihihi. Lepasnie bila lah lagi boleh sampai KLCC hoiii.

Special thanks to photographer Berita Harian, Syerah sebab telah shoot gambar-gambar bersama jubah konvokesyen yang sangat cun ini. Kesian Syerah kena shoot kita yang kaku ini . Asyik kena marah di Syerah sebab pose kaku dan tak jadi. Memang tak layak jadi model nie sob. Thanks to bff, Mekna dan Madihah  Hamidah sebab sudi bergambar dengan kita wakakaka. Congrats to both of you. Selamat berkonvokesyen untuk Syerah jugak. Bakal berkonvo dalam masa terdekat ini di UITM, Shah Alam. :D

Awak nak khidmat seorang photographer untuk sebarang event, boleh la contact Facebook Syerah. Itupun kalau dia free la. Biasalah photographer Berita Harian mestilah selalu dapat assignment on the spot. :D
29 Komen untuk "Photoshoot Bersama Jubah Konvokesyen :D"

style habis....memang ada gaya tersendiri....selamat menempuh dunia pekerjaan.

Fuyoo siap hire photograper lg. Khelas ko dik. Cepat print gmbr buh dlm frame. Eh, frame kt dpn blk adah tu ambik je la nk pun.yg ada sijil aiols tu.

amboih.. siap amik pic kat klcc.. hehehe.. kalau aku, dah tutup muke dah.

teringat pulak zaman-zaman dulu kala.. rindu nak nak jadik student balik..

congratssss brada... :D

Wahhhh...encem je die...

seronok seyh konvo ada topi. jeles r bro mcm nie. haha

#btw tahniah ea. kemain lg hire photographer erk. haha

hoho..selamat berkonvo dan slamat menempuh alam kerjaya

Congrats Hafiz Hafizol..! bila nak keje hot fm tganu ni?? btw ni blog baru kita.. - Nani

apa yg style nye bro. haha.. Thanks :D

Biasalah. Support bisnes member haha.. horr!!! ambe amek frame tu kekg deh!! hahahah. :D

rugi la muka hansem kita tutup bro kakakah.. =p

in real life x pun. gambar nie kita edit kak hahah!

apa lagi sambung la degree . baru boleh pakai topi.main baling-baling topi hahah

thanks nani. asyik blog baru je nie hehehe. InsyaAllah kalu ada rezeki boleh la keje hotfm Tganu. :D

tahniahh pijol . grad dah pun . gigih :)

fuiiyyoo... hensem nya lah mamat dalam gambar tu.. aahahha.... gigihnya lah datang KLCC pakai jubah.. mesti orang sekeliling pandang pelik jer kan? hahha :D anyway.. tahniah .. :D

malas nak sambung lg dengan nak amik muet bagai. malas tahap gaban. pk duit je nie. haha. pelik tak?:D

Wahh... Tahniah..

Sewa baju mahal, harus lah ber baloi-baloi megambil kesempatan nya kan. Hahaha

Tahniah pokjoe. Sambung master cepat2. Haha. -Lutfi Firash

Tahniah dik, gembira dengan kejayaanmu. Semoga berjaya selama-lamanya dalam hidup ini, didunia dan akhirat

Alaa...bukan lari byk sgtpun rupa tu kalau editpun kan pijol....?hehe

fssk ea...kawan ayut pon dlu sama jugak..tp dia batch 2010 punye konvo.. :) tahniah pijol...dh mcm retisss amik gmbr..smpi ke klcc bgai tu haaa..caya lah!

mak ai sampai ke klcc bawak jubah

Back To Top