Cerita 2013 Paling Best

Assalamualaikum.

 

8 Januari 2014 baru gigih nak update cerita 2013 paling best kan? Kata orang dah basi tapi kata aku takkan basi kekal segar dan harum di dalam ingatan. Taip entri sambil sengih sampai ke telinga nie. Jom kita imbas kembali apa cerita paling best sepanjang tahun 2013 aku. Ada la 2 3 cerita yang best gila sehinggakan bila aku teringat balik cerita tersebut, tak semena senyum sorang-sorang kekadang sampai tergelak pun ade gila ke apa? =.=

 

Praktikal di Terengganu FM

 

konti terengganu fm

Pada Februari hingga Mei 2013, aku telah menjalani latihan industri di Terengganu FM. Rasa macam mimpi pulak bila boleh makan satu meja,duduk satu konti,bekerja satu pejabat dengan para deejay Terengganu FM. Apa taknya,Suatu masa dahulu aku merupakan peminat tegar radio Terengganu FM. Selalu juga call konti terengganu FM time slot karaoke hoho. Oh kita ingat lagi kot nombor konti Terengganu FM, 6235330 & 6238330. Boleh call no nie kalau nak bercakap dengan deejay Terengganu FM ok haha.

 

Paling best,aku telah diberi peluang merakamkan dua lagu pilihan aku sendiri  (Mengapa Sepi Tanpa Berita & Mimpi Yang Sempurna) di studio Terengganu FM dan lagu yang aku nyanyikan telah disiarkan di slot Kombo Muzikal iaitu Rancangan Deejay Rizallimi yang bersiaran pada Jumaat jam 2 petang setiap 2 kali sebulan. Satu lagu dibayar RM120. Bernilai juga suara aku rupanya =p

 

Aku bukanlah penyanyi profesional. Nyanyi lintang pukang,tempo lari,pitching kelaut, tapi aku sahut cabaran Abang Rizal yang nak sangat aku nyanyi tu pun sebab aku nak tengok sejauh mana bakat yang aku ada. Nampaknya banyak lagi aku perlu belajar kalau ingin serius dalam bidang seni suara heee. Sebenarnya, Abang Rizal terdengar aku nyanyi dalam pejabat. Itu yang dia suruh aku nyanyi untuk program dia tu lol Apijol suka menyanyi dalam office haha.

 

Ujibakat Deejay HOTfm Tganu

 

Fizo hotfm Tganu

Sampai hari ini aku macam tak percaya aku boleh pergi ke ujibakat deejay Hotfm Tganu nie. Seorang Hapijol telah mencabar dirinya untuk mencuba nasib menjadi deejay tapi nasib tidak menyebelahi. Mungkin bukan rezeki aku.

 

Ada juga yang bertanya aku dapat ke tak jadi deejay Hotfm? Mestilah tak awak oi. Kalau jadi, mesti dah lama aku upload gambar dalam konti Hotfm Tganu hehehe. Tahniah buat deejay baru Hotfm Tganu, Rea. You deserve it! You’re beautiful dan suara sangat sedap. Baru malam tadi kita dengar awak on air Rea oi. Itupun sebab orang yang pasang. Sejak Hotfm Tganu tak ambil aku jadi deejay dia, aku dah merajuk. Terus boikot dengar Hotfm Tganu kakaka =p

 

 

Konvokesyen

 

konvokesyen ukm

 

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah Taala, aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah setelah 3 tahun berhempas pulas (konon) di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi. Dapat pointer cukup-cukup makan dan sekarang baru menyesal tak belajar bersungguh-sungguh,buat esaimen bersungguh-sungguh.

 

 

Anda yang masih menuntut di universiti, selamat berjaya dan tolong belajar bersungguh-sungguh supaya dapat hasil yang setimpal dengan kesungguhan anda InsyaAllah. Mungkin ada orang kata, pointer tinggi nak buat apa. Kerja gaji tak tinggi pun. Rezeki Allah nak bagi kita tak tahu kan? Para majikan diluar sana melambai-lambai anda yang mempunyai pointer tinggi. Dean list lagilah. Percayalah. InsyaAllah. Cuma lambat atau sekejap.

 

Hs Photog

 

bergambar dalam sawah padi

 

Pada penghujung 2013, aku telah mengambil keputusan untuk menjalankan bisnes bersama Syerah. Korang yang mengikuti perkembangan aku di Facebook (bajet kau hot sangat heh), korang mesti perasan aku selalu upload gambar kahwin & gambar photoshoot aku dan kawan-kawan aku kan? Sebenarnya aku tengah buat marketing tu. Promote aku punya bisnes. Bisnes baru bermula dan masih bertatih. So masih banyak kekurangan yang perlu diperbaikan dari semasa ke semasa. Sebarang kritikan membina daripada anda semua sangat dialu-alukan =p

 

Oh lagi satu, setelah berkali-kali gagal akhirnya pada tahun 2013 ini aku telah berjaya lulus ujian kereta JPJ. Alhamdulillah Ya Allah. Hanya Allah yang tahu perasan aku pada waktu tu. Kalau fikir balik, memang aku nie bebal gila la kot berkali-kali test kereta tak lulus-lulus. Rupanya ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. Semua yang aku cerita dalam entri ini, sangat mengajar aku menjadi seorang yang lebih baik pada hari ini.

 

Semoga 2014 membawa 1001 keberkatan, rezeki, dan sinar cahaya yang gemilang untuk seorang Apih Apijo dan semestinya untuk kita semua. Amen.

 

Peace yo!

24 Komen untuk "Cerita 2013 Paling Best"

good luck dalam business!!

Bestnyee . Tapi takpe usaha lagi ye . Rezeki ade kat memane . Tak penah dgr lagi awok nyanyi . Ce bg bideo ke kan . Hehe

fuyoo abam hott !! :P :P

indahnya 2013..hepy new year beb...semoga 2014 lebih indah :-)

kemain dia seronok 2013 kan kalau la kh pun mcm tu berani pi ujibakat hahaha

alamak ujian JPJ tu baru tahu amik byk kali ye seblom ni? hihi apa pun tahniah dah graduate ye :) hihi . =_

Alhamdulillah, banyak kejayaan yang kamu kecapi tahun lepas. Moga tahun ini lebih banyak kejayaan yang dikecapi. Selamat maju jaya. Saya pun nak graduai dengan jayanya juga, in shaa Allah 2017 nanti :)

indahnya 2013 awak, tak seindah 2013 saya pon. Sobsob..

hope 2014 will be good to us.

awak search ' karaoke ' kat blog ini. jumpa la video sy nyanyi kakaka.

ye? nak sign kat mana ? haha

jom sama-sama chayok-chayok. aiyai kapten haha

same goes to you hazwan . insyaAllah :")

yup.


keberanian & keyakinan itu sgt penting :")

baru ingat nak rahsiakan. tp sbb terlalu excited, kena la kongsikan dgn semua haha.

tqvm :)

Alhamdulillah. InsyaAllah. gudluck utk awak juga hihi

tp byk yg x indah lg drp yg indah kot. tp cite yg indah2 doh lah haha . hok x indah buang jauh dalam laut

InsyaAllah. all the best utk awak ye cik

jarang dengar hotfm. tak best. ops.

Wah!!!
Hahahaha qilah tahu XD
Piwittt cewah jadi model dah abe kito sore ni hahhahah.
Wahhh deejay lahhhh hihihihih
tahniah lah lulus JPJ :D huhu
semogo berjayo lagi ok dale 2014 ni ;)

bro, agak-agak lagu Mengapa Sepi Tanpa Berita & Mimpi Yang Sempurna dah ade kat utube x? hehe..nak dgr jugak.

semoga tahun ni pun tercatat kisah2 yang indah.. kawin ke contohnya..hehe..

Back To Top