Minggu lepas (bukan main hari ini baru nak update) aku dan pemilik Ez Laundry Room, Mekku telah dijemput oleh Hs Photog untuk satu sesi outdoor photoshoot di sawah bendang. Bergerak ke sawah bendang ikut jalan jauh. Dekat pukul 6.00 petang camtu baru sampai di sawah bendang Kampung Padang Kemunting. Allahu lawa gila sawah situ. Sejuk mata memandang cepat-cepat berlari masuk dalam sawah hahaha.
Bila galak duk posing ala-ala model Majalah Mangga, ramai pulak penduduk kampung yang lalu area sawah bendang duk jerit-jerit ke kitorang. Malu kita haha. Mungkin kitorang orang pertama kot yang photoshoot situ.
So, gambar atas nie ada macam King Adrian dan Afina Aulia dalam Drama Playboy Itu Suami Aku Slot Akasia TV3 jam 7.00 petang hingga 8.00 malam setiap Isnin hingga Khamis tu tak?
Bila upload gambar-gambar nie di Facebook, ada orang pm tanya aku dah nak kawin ke? Jangan gelabah dulu ye kawan-kawan. Ini hanyalah outdoor photoshoot suka-suka je pun bukan pre-wedding betul-betul. Mesti ramai yang frust kan kalau betul lol. =P
Awak yang nak photoshoot di sawah bendang, aku sarankan jangan pergi sana petang sangat macam kitorang nanti gambar tak lawa. Tak nampak dah kehijauan sawah bendang itu macam dalam gambar atas nie.
Paling penting, make sure kau tak takut dengan pacat. Photoshoot di sawah bendang mencabar sikit. Ada makhluk penghisap darah iaitulah pacat. Jangan jadi macam owner Ez Laundry Room yang meraung bukan main bila pacat merayap atas kaki dia huahua. Padahal pacat kecik cenonet je pun. Aku pulak jadi gelabah bila dia meraung gitu.
Masing-masing bawak balik seekor pacat pada hari kejadian. Serious beb. Masa photoshoot tak rasa lagi kehadiran pacat. Bila dah balik separuh jalan, baru sedar ada pacat di kaki. Kenyang dia hisap darah aku blergh.
Untuk melihat lebih banyak gambar outdoor photoshoot di sawah bendang, boleh ke page Hs Photog.
Thanks for reading.
22 Comments
Salam pijoi....
ReplyDeleteKalau nak sarung bantal tu....selesaikan dulu masalah akak nih...hehehe....laters entri blog pijoi tak naik di bloglist akak,cuba bg link blog pijoi yg sebetul2nya....letak di chatbox akak,nnti akak search.....hehee.....selamat mencuba dn moga berjaya....
Kak wirda nie link baru http://hafizhafizol.blogspot.com/ letak link nie di bloglist. nanti naik la entri baru saya. :D
DeleteASSALAMUALAIKUM...
ReplyDelete1. terima kasih sebab selalu komen kat blog kite! terharu sangat!
2. mintak maaf sebab baru hari ni ada peluang untuk komen dan sebelum ni dapat masuk tak sempat komen dan kadang2 tak sempat nak jenguk blog ni.
3. harap2 lepas ni jgn serik ye komen kt blog. hahahahaha.
WAALAIKUMUSSALAM.
Delete1. sama-sama kasih. Kita komen bila terlebih rajin je haha =p
2. maaf tidak diterima (ah sudah)
3. Ok. kalau ada kelapangan, ada entri baru mesti akan komen lagi.
rinduuu nak berkomen2 dengan hh
ReplyDeletedia kan seorang student yg busy mana ada masa nak komen-komen hihihi
Deleteehem2. :D :D :D
ReplyDelete#cntik gila. ! sawah tu. haha :D
sawah je cantik ? hehe
DeletePensil pernah photoshoot dekat sawah. waktu tu pagi, gambar memang clear. pastu ada bangau2 plak kan. tapi tak boleh nak snap, sebab Pensil garang, semua pakat terbang bila tgk Pensil. hikhik
ReplyDeletesy g petang. so bangau dah pulang ke rumah dia kot. pacak ada lah haha
Deletepewwwiiiiitttt hahaha >.<
ReplyDeletecantik pemandangannya.. jaga2.. ada pak pacat disituu.. hi3
ReplyDeleteyeah. sorang bawak balik sekor pacat . T__T
DeleteHa ah hf.kt list blog sy pn xkuar update entri awk.awk tkr url ke?
ReplyDeletenie url baru http://hafizhafizol.blogspot.com/ cepat boh dekat bloglist. nanti new entri x naik kat bloglist :"(
Deleteweehhh cntiknya teruja..haha
ReplyDeletejo, sawah padi ni kat tmpat mak penah bersawah dulu ke? tepoh?
ReplyDeleteni kat Padang Kemunting. hehe. Bukan kat sawah padi mak.
Deleteuntunglaaa orang tu jadi talent,,hee,,semak jetak ekpon,,
ReplyDeletehaha. perli teh !
Deletegambar pacat xde ke?
ReplyDeletenice shoot..
ReplyDeleteada la pose mcm adriana n king :)