Salam.

Masuk harinie dah dua bulan lebih aku turun naik Bukit Pak Apil semata-mata nak habiskan episod praktikal di Jabatan Penyiaran Terengganu (RTM Terengganu). Bukit Pak Apil bukan main lagi tinggi. Lagi tinggi dari Kolej Ibrahim Yaakub. Dah la bukit bengkang bengkok. Geram nak sampai atas bukit.

Mujur seronok jugak praktikal di RTM Terengganu. Aku dapat belajar cara-cara staff di Jabatan Penyiaran Terengganu bekerja terutama staff di bahagian berita dan rancangan.

Untuk pengetahuan korang, aku merupakan pendengar setia Terengganu fm suatu ketika dahulu. Dululah. Sekarang aku pendengar setia hot fm kot. hehe. Dulu Aku selalu jugak call tfm nak buat ucapan. Paling best, bila ada slot karaoke. Kerap jugak aku call konti tfm. Aku jugak kenal dengan beberapa orang dj di tfm. Sekarang aku bukan setakat mengenali semua dj malah dapat makan semeja lagi.

28 April hingga 12 Mei 2013 merupakan minggu aku double banking di konti tfm. Aku berpeluang menemani dj di konti. Sebelum nie tengok je. Korang yang tak tahu frequensi tfm bolehlah dengarkan kami di frequensi 88.7 Kuala Terengganu, 97.7 Kuantan dan 96.2 Kota Bharu. Haritu orang duk kata aku macam Fizo Omar. lol.

Nak dengar online pun boleh. Pendengar di luar Terengganu boleh layan tfm di sini . Sambil main Facebook , sambil dengar tfm. Seronok kan ? Haha.

Kalau nak beramah mesra dengan warga tfm terutama dj-dj tfm boleh masuk group terengganu fm di sini .Nak buat permintaan lagu pun boleh. Nak buat ucapan pun boleh. Boleh juga like page terengganu fm di sini untuk mengikuti perkembangan terbaru tfm. Senang kan sekarang. Aku haritu kemain lagi nak buat ucapan pun kena call bagai haa..

DSC01719

Kalau nak dengar suara aku di radio , boleh lah bukak radio terengganu fm pada :
2 mei 2013 (Khamis) – 9.00 pagi hingga 12 tengahari
5 mei & 6 mei 2013 (Ahad dan Isnin) – 12.00 tengahari hingga 3.00 petang
7 mei & 8 mei 2013(Selasa dan Rabu) – 3.00 petang hingga 6 petang
9 mei & 12 mei 2013 (khamis dan Ahad) – 9.00 malam hingga 12.00 malam

Bukan main lagi haritu Abg Ijo gelakkan aku sebab aku baca promo baku sangat. haha. lol

Semasa di on air ,
Kak Long : Pejo tak nak ke bekerja dengan kami di terengganu fm ?
Aku : Boleh jugak Kak Long. Saya ganti Kak Long. hehehe
Kak Long : Boleh boleh. Kak Long pun dah nak pencen nie.

Semoga masin mulut Kak Long. :)

22 Comments

  1. kau belajar penyriaran ke bro?fizow omar?serius la bro/..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. belajar komunikasi pengurusan maklumat. paktikal kat bah penyiaran. Seyes dua reyes haha :p

      Delete
  2. ala.. ku dok penang tak dapat nk dengaq ganu.fm.. boleh dgr suara fizo omar tu... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dengar online laaa... clear lagi :) www.tfm.gov.my/ hahaha :P

      Delete
  3. Okeyy.terlepas nak dengar hari ni. dah kul 12..sobsob..semoga masin mulut kak long.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengarkan kami pada minggu hadapan haha :p

      Delete
  4. Anonymous02 May, 2013

    untunglaaaaaa~

    ReplyDelete
  5. singgah dan follow blog ni...
    follow me back okay!
    thanks...
    http://aan-shared.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. gituh.. Dj sekarang.huhu

    ReplyDelete
  7. aku tunggu 5 mei ! hahaha

    wei kau pakai bb lagi ke tak ? -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh 5 mei kita p mengundi laa... cuti.. ha3.

      Delete
  8. aku dok penang.. boleh dengaq Mutiara.FM ja la.. xpa, ahad ni aku bukak internet.. teringin nk dengaq hang jd dj.. :)

    ReplyDelete
  9. wei laaaaaaaaaaaaaaaaa,pijo terrrrrrr ^_^

    ReplyDelete
  10. testing 1 2 3..heheh
    nati aku dgr secara online.

    ReplyDelete
  11. pergh..bestnya bro praktikal kat rtm..gile lah.

    ReplyDelete
  12. 1583

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. perghh terbaiklah kau...bakal dj la ni?

    ReplyDelete