Kiriman Dari Blogger Hazwan Hairy

Baru-baru ini masa balik kerja, mak bagitau posmen ada hantar surat ke aku. Cepat-cepat dapatkan surat tersebut daripada mak. Dah lama gila rasanya tak dapat surat. Gila tak excited tiba-tiba ada orang pos surat. Terus buka dengan rakusnya haha.

 

DSC02159

 

Surat tersebut dikirimkan oleh pemilik http://www.hazwanhairy.com/. Tak biasa sangat dapat surat daripada blogger ni melainkan kad raya time dekat-dekat nak raya. Kita tak macam Jaja yang suka masuk giveaway kemudian menang hadiah giveaway posmen hantar ke rumah.

 

Ada keychain Krabi, Kalendar 2014 dan Business Card dalam sampul surat. Thanks Hazwan. Hazwan kasi ini bukan sebab aku menang giveaway ke contest ke apa, tapi sebagai menghargai aku yang selalu mengunjungi blog beliau. Baik si Hazwan nie.

 

Banyak entri menarik mengenai travel seperti bagpackers ke Kota Kinabalu, Hatyai, Krabi, Bandung, Pulau Pangkor dan sebagainya terdapat di blog Hazwan. Anda boleh mengetahui pelbagai tips berguna bagaimana Hazwan travel dengan mengeluarkan kos yang sangat berpatutan. Penceritaan dia memang details dari cara-cara nak kesana, kemudahan pengangkutan yang murah, kedai makan yang berpatutan, penginapan dan sebagainya semua cukup lengkap ha!

 

 

Selain travel, Hazwan juga sering menulis mengenai promosi untuk business beliau iaitu business percetakan. Korang nak cetak baju, cenderamata, tempah calendar etc bolehlah masuk ke blog beliau atau boleh contact beliau di 017-422 3101/010-234 7593. Harga yang Hazwan tawarkan memang sangat berpatutan tapi kalau nak lagi murah boleh bodek dia ye.=p

 

 

P/s : Anda yang nak pos barang ke aku macam yang Hazwan buat nie, boleh pm aku di facebook/email untuk dapatkan alamat hahahahaha.

6 Komen untuk "Kiriman Dari Blogger Hazwan Hairy"

bestkan dapat hadiah dari blogger ^^

wahhh bestnya aaaaaaaaaaa :D hiiihihi
untunglah :p

untunglah dia.. eh, tak jeles okeh. d:

seronok beronok2 nampak. meh share dengan hana. haha :D

Ala pizol joinla contedt..nnt dptla lg hadiah..abg posmen pon smpi hafal fh almt nnt.hihi

Back To Top