Harini nak cerita pengalaman ujibakat dj Hotfm Tganu pada 19 oktober 2013 di Primula Beach Resort, Kuala Terengganu. Sebenarnya tahu ada ujibakat pun bila terbaca status salah seorang dj Hotfm Terengganu di Facebook. Kebetulan pulak haritu offday so boleh pergi ke ujibakat dengan aman dan penuh confident di dada. Jangan lupa bawak Resume dengan Gambar ukuran passport ye. :D
No bertuah aku pada hari kejadian ialah 23! Tak ramai mana pun orang datang ujibakat. Adalah dalam 40++ kot. Datang dalam pukul 11.15am camtu. Pukul 12.45 baru diorang suruh masuk ujibakat. Ujibakat tak susah. Skrip dia dah kasi sebelum nak masuk ujibakat. Kau practice lah sampai lebam skrip sebelum masuk ujibakat ye.
Apa nie kacang gila dia punya Talkset kan. Kacang sungguh.Tergagap-gagap jugak nak translate dalam loghat Terengganu. Maklumlah sejak 3 tahun di perantauan loghat,Terengganu saya dok pekat mana doh. Talkset ini kira panduan je.Boleh je nak tambah ayat sendiri. Tak perlu nak baca sebijik macam dalam Talkset pun. Ada peserta conteng bukan main skrip diorang. Kita yang dari tadi nervous gila nie duk kelip-kelip je tunggu nombor giliran kakakakah!
Kalau boleh baca dulu Talkset 1 dengan 2 dan fahamkan. Macam aku punyalah pemalas tak baca langsung apa isi kandungan Talkset 2. Masa ujibakat mulalah macam baca skrip. Konon aku nak buat spontan la sangat padahal hampeh. Tergagap-gagap sekali. Mujur aku pandai buat muka comel depan panel. kelip-kelip mata jangan lupa ya. =p
Ada 5 orang panel. 2 laki 3 perempuan. 2 dj hotfm Tganu, 3 lagi kite tak sure siapa. Rasanya org dr hotfm sana kot. Yang best, seorang panel dj hotfm Tganu adalah senior aku. Sebelum memulakan sesi ujibakat, sempat jugak berkenalan dengan senior. Tanya khabar.Tanya tarikh konvo. Nampak tak aku ada kabel besar punya haha. Ni aku nak kabo apa yang panel suruh aku buat depan diorang.
1 – Konon pendengar hantar ucapan, kemudian aku kena baca ucapan tu. Ilek-ilek ah apa susah baca jela macam Fara Fauzana baca ucapan facebook pendengar hotfm. gcew. Mujur kita ada sedikit pengalaman jadi deejay. So kita baca ucapan masa kita pernah jadi deejay haritu jela. =.=
2 – Cerita pasal diri sendiri. Nama saya Mohammad Hafizol Bin Musa.Berasal dari Kuala Terengganu. Saya suka kucing. Saya ada 3 ekor kucing nama Bella, Dora dan Diego. Beb aku ilek-ilek je cerita pasal kucing aku kat rumah tu. Masa malam saya letak diorang luar rumah sebab diorang buas sangat mcm malam tadi Dora wat pecah gelas sebab kejor cicok. Saya suka bawak kucing saya main dengan kambing belakang rumah saya. Saya letak kucing kat muka kambing. Kambing jilat kucing saya. Semua lah aku cerita. Panel bukan main gelakkan aku. Macam aku sedang menghadiri ujibakat Raja Lawak pulak lol.
3 – Awak pernah jadi MC? Saya tak pernah jadi MC tapi saya pernah buat persembahan.Saya masuk nasyid dengan nyanyi. Diorang apa lagi terus suruh aku nyanyi. Sebenarnya aku takut diorang suruh buat bukan-bukan macam bersyair,sajak atau gurindam tu yang cepat-cepat aku bagitau aku pernah buat persembahan tu. Pandai kan kite hiks. Aku nyanyi lagu Bahagiaku Deritamu bukan serangkap tapi sampai habis kot. Mujur lepas aku nyanyi tu diorang tepuk tangan.Kalau tak malu jugak lol Apijol suara bukan sedap. Nanti awak kalau nak pergi ujibakat, kalau diorang suruh syair ke, nyanyi ke, sajak ke, mengacara ke, awak jangan kabo malu – tak pandai – suara saya aurat atau macam-macam lagi alasan. Buat jela pun. Kata nak jadi deejay!
4 – Cuba awak baca Talkset 1 macam awak cerita kisah kucing awak tadi ke saya? Nampak tak? aku dah berjaya membuatkan juri feel dengan cerita aku hahaha. Diorang siap ingat lagi nama kucing aku Bella Diego dan Dora lol.
5 – Cuba awak baca Talkset 2. Haaa yang nie bangang jugak. Disebabkan aku tak perasan Talkset 2 ada nama dengan lagu omputeh sebab memang aku tak baca langsung pun sebelum masuk tadi. Terus jadi blur kejap tapi aku sempat cover part tu aku kabo sebelum kita dengar lagu, kita berehat sebentar. Kita dengar iklan. Panel terus sambung, berehat sebentar bersama kitkat lol sambil gelak-gelak lagi ke aku.sob.
6 – Ada tak kawan awak bagitau awak kelakar? Memang ada. Kadang-kadang saya kelakar jugok. Kadang-kadang saya serious.Tengok pada keadaanlah. Pelik tanya soalan ini ke aku. Macam aku tengah ujibakat Raja Lawak.
7 – Apa target awak 3 tahun dari sekarang? Mestilah saya nak ada kerjaya saya sendiri kalau boleh dalam bidang saya. Bidang Komunikasi. (cakap dalam loghat Tganu pekat nie ye)
Sebelum keluar, diorang sempat suruh aku kirim salam ke kucing-kucing aku kat rumah.Memang sempoi habis la ujibakat ini. Tapi tetap tak berpuas hati sebab tak baca awal-awal isi kandungan talkset 2 tue. Kang dah terkabo kita beriklan sebentar bersama kitkat. Firstime pergi ujibakat cakap loghat Tganu pekat. Pengalaman ujibakat yang cukup berharga sampaikan masa aku tengah tulis entri ini pun aku senyum sorang-sorang. Kira memang tak keruan sikit aku lepas balik ujibakat. Tengah solat pun aku boleh teringat ujibakat. Allahuakhbar. Seramnya… =.=
kemudian bila dah habis ujibakat, aku pun pergi ke konti Hotfm Tganu sebab nak bergambar depan pintu konti. Gigih kan seorang Apijol sanggup bergambar di depan pintu konti semata-mata nak upload dalam blog nak tunjuk dekat korang pembaca setia blog aku haha.
Bila Syerah upload gambar ini di facebook, ramai pulak orang ingat Apijol jadi deejay hotfm Tganu doh. Padahal baru pegi ujibakat. Tak buleh masuk lagi dalam tu pasal takdop ACCESS CARD! Doakan aku dapat ACCESS CARD nak masuk konti hotfm Tganu semua.Nanti korang boleh buat ucapan,permintaan lagu,bercakap dengan aku.InsyaAllah dj Pijo baca semua ucapan dan putarkan semua lagu permintaan korang. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan berjaya dalam apa jua bidang dan pekerjaan yang kita ceburi.
Amin.
29 Komen untuk "PENGALAMAN UJIBAKAT DJ HOTFM TGANU"
Salam pijol...
Alolo....bestnya gi ujibakat ye...dn akak percaya apijol memang berbakatpun....
Bila keputusannya tu pijol...?moga berjaya ye....
23 tu lucky number aku. Mungkin boleh jadi lucky number mu jugok. Haha.
hahaha...boleh meh cite kucing kat umah time interbiu...1st time ni..hahahha..ilek2x sudah..moga ada rezeki buat pijol yer...ni pon 1st timr nmpk dpan konti hot fm tganu kot :D mekaseh susah2x amik gmbar :D
bangganya kat adik aku nih.. gud luck deejay pijo.. glamer kekucing ko yer.. siap msuk radio..jap lg.. mauk konti lak 3 ekor tu.. :P
Gud luck apihapijo.kucim2 slm tgk makin gebu gebas la..geram itew.
Alhamdulillah..bagus la ado penglmn intebiu.moga adik sukses selalu insyaAllah
hebat.. muke dah ensem.. hahaha.. good luck bro.. ade rezki, tak kemana tu..
bulih doh ni mitok sign awal2,hikkkkkk....semoga berjaya :D
Klu ada rezeki adalah...well,gud luck bro... Salam kenal,lwat blog sya di http://belindarinn.blogspot.com
Support me wokey!
wahh..good luck..
Semoga ade rezeki awak nanti and All the best :)
pijo mitok tganu..
aku nok tera mitok hot fm klate eh.haha
good luck..kadang2 benda yg x rncang ni la seronok kn..insyaAllah ade rzki tu..=)
wahhh gudluck wehh
entah la x sure la bila keputusan hihi.. Thanks kak Wirda. :D
haha. InsyaAllah.. xoxo
yela kak. semuanya firstime. =.=
Tenkiu :D
thanks.. tak masuk radio lagi baru g ujibakat. haha.
Thanks jaja. :D
InsyaAllah. Thanks kak.. :D
Muka ensem tp x de bakat susah jugak . kita ensem ke ? hahah!
thanks
thanks Onie. nak suh kita sign kat mana nie? haha
Thanks Belinda.. :D
hahah. sila-sila. =p
Thanks Hairy :D
Thanks. InsyaAllah :D
InsyaAllah. Thanks Azhafizah! hihihh
Thanks Rai :D :D
owh pngalam yg x leh dlupankan :)