15 Best Hotel di Genting Highland

Musim cuti sekolah sekarang mesti ramai parents yang merancang untuk membawa anak-anak jalan-jalan. Antara tempat yang popular untuk dilawati mestilah di Genting Highland. Lagi-lagi sekarang musim tengkujuh. Memang kurang sesuai nak bercuti di kawasan berisiko untuk banjir terutama di Pantai Timur. Tapi still kena berhati-hati memandu tau sebab keadaan jalan ke Genting Highland yang bergunung-ganang.  


Hotel Best di Genting Highland


Kalau korang bercadang untuk bercuti di Genting Highland, apa kata korang study dulu beberapa hotel best di Genting Highand sebagai panduan penginapan korang di sana. 


Baca Juga : 10 Hotel Murah Genting Highland


Berikut aku senaraikan 15 hotel best di Genting Highland yang boleh korang try.  



Harga yang dinyatakan adalah tempahan sekitar bulan Januari tau. Harga hotel maybe berubah-ubah mengikut tarikh tempahan korang ya. 


1. Resort World Genting-First World Hotel (★★★)




Kalau ke Genting Highland, korang mesti perasan ada satu bangunan cantik berwarna-warni yang tersergam indah di puncak Genting Highland kan. Itulah Resort World Genting - First World Hotel. 





Aku ada tengok satu video dekat Tiktok yang viral mengenai dia bermalam di Resort World Genting, ditingkat 27 World Club Room. Seriously lawa gila. Dengan view awan bergulung. Macam naik flight. Harga yang ditawarkan serendah RM97 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. 




2. Grand Ion Delemen (★★★★★)





Company lama aku pernah buat company trip dekat sini. Tapi aku tak join. Tengok update dari member-member yang join trip tu memang diorang enjoy betul. Seriously memang sangat cantik pemandangan dekat sana. Ada bilik yang mengadap pergunungan Banjaran Titiwangsa. Pemandangan berkabus macam atas awan okay. Swimming pool pun ada. 






Bilik suite pun ada tau. Memang sesuai untuk family besar. Harga yang ditawarkan dari RM270 sahaja. Breakfast juga turut disediakan. 





3. Swiss Garden Hotel & Residences (★★★★★)





Di sini, korang diberi pilihan untuk menginap di bilik biasa atau menginap di apartment bagi mereka yang bercuti secara berkumpulan atau berkeluarga besar. Apartment turut menyediakan dapur kecil tau. Kolam renang juga terdapat di rooftop hotel. Sambil mandi manda, boleh lah menikmati pemandangan pergunungan kan. \0/




Harga yang ditawarkan bermula RM219 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan pagi juga turut disediakan. 





4. Resort World Genting-Resort Hotel (★★★)





Berlokasi betul-betul di pusat bandar Genting Highland. Mudah untuk ke Genting SkyWorlds Theme Park & membeli belah di First World Plaza. Hotel ini memang selalu penuh tau. Make sure borang buat tempahan seawal mungkin kalau merancang untuk menginap di sini. 





Harga yang ditawarkan bermula RM290 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 





5. Resort World Genting-SkyWorlds Hotel (★★★)




Hotel ini juga merupakan hotel yang sentiasa penuh di Genting Highland. Kalau buat tempahan last minute confirm tiada bilik kosong untuk awak. Bye bye la jawabnya. Hotel ini turut menyediakan bilik yang mempunyai 3 katil queen (sixers room) dan suite room. 




Harga yang ditawarkan bermula RM263 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 





6. Resort World Awana (★★★★)






Pemandangan pergunungan & padang golf yang menghijau di Resort World Awana sedap betul mata memandang. Penginapan ini turut menyediakan suite room serta villa room yang menjanjikan pengalaman percutian yang bermakna bersama keluarga & kawan-kawan. Swimming pool juga turut disediakan. Kaki golf mesti suka hotel nie kan? =P





Harga yang ditawarkan bermula RM219 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang.





7. Geo38 Premier Suites (★★★★)





Penginapan ini menawarkan bilik suites yang sangat besar & selesa. Terdapat suites yang boleh memuatkan lebih daripada 10 orang penghuni & turut menyediakan dapur untuk memasak. Memang berbaloi untuk korang yang bercuti beramai-ramai bersama kawan-kawan atau mereka yang berkeluarga besar. Nak buat reunion dengan kawan-kawan lama pun memang sesuai sangat. Kolam renang juga turut disediakan. 






Harga yang ditawarkan bermula RM141 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. 





8. Windmill Premier Suites (★★★★★)




Penginapan ini menyediakan bilik studio, suites, apartment sehinggalah penthouse. So korang boleh pilih bilik mana yang sesuai mengikut kapasiti & bajet korang. Paling ramai boleh memuatkan kira-kira 8 penghuni. Kolam renang & sauna juga turut disediakan. 




Harga yang ditawarkan dari RM106 sahaja (deluxe queen studio). Harga bergantung kepada tarikh korang membuat tempahan. 





9. SCAPES Hotel (★★★★)





Hotel mewah bertaraf 4 bintang ini merupakan hotel baru dibuka sekitar 2021 yang lalu. Hotel yang dikelilingi pergunungan ini sangat sesuai dijadikan penginapan bermakna buat korang sekiranya bercuti ke Genting Highland. Kolam renang juga turut disediakan untuk para pelanggan. 





Harga yang ditawarkan serendah RM214 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan. 





10. Geo Resort & Hotel (★★★★★)




Hotel mewah bertaraf 5 bintang juga menyediakan family room & connecting room sangat sesuai untuk mereka yang bercuti bersama anak-anak. Terdapat juga swimming pool dan pusat kecergasan. Jarak hotel ini ke Genting Skyworlds Theme Park sekitar 4.4km sahaja. 





Harga yang ditawarkan bermula RM262 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. Sarapan juga turut disediakan. 




11. 7Stonez Suites Ge038 (★★★★★)




Hotel bertaraf 5 bintang ini menyediakan pelbagai jenis bilik dari superior suite, family suite, luxury suite sehingga penthouse. Boleh memuatkan kira-kira 10 orang di bilik penthouse. Dapur kecil juga turut disediakan untuk kemudahan para pelanggan. 


Best betul kalau dapat bilik macam gambar bawah nie kan? T_T



Harga yang ditawarkan dari RM261 sahaja bergantung kepada tarikh penginapan korang. 





12. 7Stonez Suites Midhills (★★★★★)




Penginapan ini menyediakan bilik-bilik suite yang cukup selesa & besar sehingga maksimum 12 orang penghuni (8 dewasa, 4 kanak-kanak) iaitu di executive suite. Pusat kecergasan, kolam renang juga turut disediakan untuk para pelanggan yang menginap di sini. 




Harga yang ditawarkan bermula RM209 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 





13. Hotel Seri Malaysia (★★★)




Hotel Seri Malaysia boleh dikatakan antara hotel yang murah dengan bajet dibawah RM200. Memang sesuai buat korang yang tidak mempunyai bajet lebih. Namun begitu, pastikan korang membuat tempahan seawal mungkin tau sebab hotel ini sentiasa penuh terutama pada musim cuti. 





Harga yang ditawarkan serendah RM165 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. 





14. The Pillowz Suites Midhills  (★★★★)





Hotel ini menawarkan apartment studio deluxe sehinggalah yang paling besar iaitu family apartment & executive apartment. Boleh memuatkan kira-kira 13 penghuni. Dilengkapi dengan balkoni & dapur kecil. Aku rasa dari senarai hotel di atas, hotel ini menawarkan kapasiti penghuni paling ramai kot. 





Harga yang ditawarkan bermula RM191 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 





15. Rustcamps Resort 





Kalau korang sukakan nature, pokok yang menghijau, bunyi cengkerik diwaktu malam, boleh menginap di Rustcamps Resort. Tempat bbq pun ada disediakan. Jakuzi peribadi & outdoor juga ada disediakan buat para pelanggan. 





Harga yang ditawarkan bermula RM168 sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. Sarapan pagi juga turut disediakan buat para pelanggan.





Kalau diberi peluang, aku nak sangat menginap di Resort World Genting tapi nak booking dekat level yang paling tinggi & bilik yang view atas awan haha. Baru feeling macam duduk dalam flight padahal duduk dalam hotel di Genting Highland. =P
0 Komen untuk "15 Best Hotel di Genting Highland "

Back To Top