Anak Buah ke-26, Muhammad Danish Mikael

Pada 29 Ogos 2022, waktu kira-kira 7.30pagi lahirlah seorang anak lelaki yang comel seberat 3.05kg. Anak lelaki ini diberi nama Muhammad Danish Mikael. Alhamdulillah dapat lagi seorang anak buah lelaki. Termasuk Danish, semua anak buah ialah seramai 27 orang. Anak buah ke 27 lahir pada 13 December 2022 minggu lepas. Baru 7 hari. 


Since aku asyik lupa je berapa jumlah anak buah, kekadang dengan nama-nama diorang sekali tertukar, so aku tulis la satu post agar senang nak ingat jumlah anak buah haha. Kalau sebelum nie aku selalu refer dekat post muhammad daniel asyraf . Daniel paling excited dapat adik baru. Mana taknya, dia dah masuk darjah satu baru dapat adik. Rezeki Allah kan.


Tahun nie sahaja dapat 4 orang anak buah. Jom kita flashback nama-nama anak buah. Kemain ya nama masing-masing lawa nau. 


1. Nuha Fateema Azzahra (2 May 2022 - Hari raya) - ke 24

2. Syaqif (10 Ogos 2022) - ke 25

3. Muhammad Danish Mikael (29 Ogos 2022) - ke 26

4. Uwais (13 December 2022) - ke 27 


Ada 3 orang hero nampaknya. Yang paling bongsu baby Uwais baru semalam aku jumpa dia. Baru seminggu melihat dunia. Semalam pun dia tidur je. Aku pun tak dukung dia lagi. Just picit-picit pipi dia je. Kalau baby nie aku takut sikit nak dukung. Badan masih lembik. Aku tak reti sebenarnya hehe. 


Korang  doakan kesihatan yang baik buat anak-anak buah aku tau. Semoga mereka semua sentiasa sihat & diberikan akal fikiran yang cergas. Menjadi anak-anak yang bijak dan mendengar kata. Ameen. 


Meh aku belanja sikit la gambar baby Danish Mikael untuk korang. Ini gambar yang paling latest. Minggu lepas aku jumpa dia dekat Putrajaya. Dia datang satu family sebab mak dia ada company dinner. 



Baby Danish dah nak masuk 4 bulan. Dah makin bambam dah dia. Aku bukak kamera phone nak selfie dengan dia. Comel je budak nie. Dia tengok je muka dia dekat skrin phone. Suka selfie rupanya dia nie betul-betul ikut perangai maknya =P 


Nanti kalau rajin aku update mengenai anak buah ke-27 pulak okay. Semalam akak aku ada bagitau nama penuh. Tapi aku lupa pasal ada 3 patah nama haha. Aku ingat yang belakang je Uwais sebab sama nama dengan Facebook bapak dia. -.- 

4 Komen untuk "Anak Buah ke-26, Muhammad Danish Mikael "

handsome nau...bibir mahal tu dikkkkkkk

tula kita pun geram ngat haha =P

Back To Top