Baru-baru ini lengan kanan aku naik tompok merah macam kurap. Mula-mula ada satu, kemudian dia merebak menjadi dua, tiga. Ini bukan pertama kali okay. Dah beberapa kali juga. Badan aku memang jenis sensitif. Antibodi lemah. Dulu aku pernah try suplemen, terus naik ruam-ruam merah dekat lengan. T_T
Tumbuh Tompok Merah di Lengan
Pernah sekali haritu bila balik dari Beijing terus tumbuh bisul dekat peha maybe toilet Beijing tak bersih kot. Yang terbaru naik tompok-tompok merah dekat lengan. Maybe berjangkit dari orang dalam rumah. Tompok merah nie macam kurap. Kira-kira sebesar syiling 10sen. Takdelah gatal benor sehinggakan kau rasa nak menggaru je. Ada gatal-gatal manja jela.
Sekeliling tompok ada kulit menggelupas. Macam dalam gambar bawah nie. Yang paling besar tu maybe ibu dia la kot sebab paling payah nak hilang.
Kalau sebelum ini aku akan beli ubat sapu dekat farmasi untuk menghilang tompok-tompok merah tu. Tapi kali ini aku sapu Allano. Aku beli online dekat website Amway. Saje lah nak try produk dari Amway nie katanya lotion ini memang mujarab untuk korang yang mempunyai masalah kulit seperti ekzema, kurap, etc.
Dalam masa beberapa hari penggunaan, dah nampak kesan. Dia takdelah malam nie kau sapu, esok terus hilang segala tompok-tompok dekat lengan. Tidak ya. Memerlukan masa juga. Aku pulak bukan sapu hari-hari dekat lengan. Ada hari aku lupa. Kalau kau jumpa ubat yang malam nie sapu, besoknya terus hilang meh bagitau aku apa ubatnya aku pun nak cuba =P
0 Komen untuk "Hilangkan Tompok-Tompok Merah di Lengan"