11 Hotel Best di Kuala Terengganu

Harini aku nak berkongsi dengan korang hotel-hotel best di Kuala Terengganu yang boleh korang menginap sekiranya bercuti atau mempunyai urusan rasmi di Kuala Terengganu. Kebanyakan hotel terdapat di pusat bandar. So senang la korang nak jalan-jalan ke tempat menarik di Kuala Terengganu.


Hotel Best Kuala Terengganu 



Kalau tanya aku, aku memang tak pernah langsung menginap di hotel-hotel ini. Aku kan anak jati Kuala Terengganu. Kalau aku balik sana pun, mestilah aku check in dekat rumah mak aku je. Tapi aku tahulah serba sedikit mengenai hotel & lokasi hotel-hotel tersebut. Jom kita tengok senarai hotel best di Kuala Terengganu yang mungkin boleh menjadi menginapan korang di sana.


1. Hotel Grand Continental (⭐⭐⭐)


11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Hotel ini terletak berhampiran Pantai Batu Buruk & Dataran Shahbandar. Bilik dengan pemandangan laut yang menghadap Lauk Cina Selatan. Sesuai untuk korang yang nak melawat tempat-tempat popular di bandar Kuala Terengganu seperti Kampung Cina, Pasar Besar Payang, KTCC Mall, Drawbridge, Pantai Batu Buruk dan sebagainya. 


11 hotel best di KUALA TERENGGANU

Harga yang ditawarkan bermula RM167/malam bergantungan kepada tarikh tempahan. 

Tempah di booking.com sekarang

Tempah di agoda.com sekarang


2. Primula Beach Resort (⭐⭐⭐⭐)



11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Hotel ini terletak di pesisir Pantai Batu Buruk. Korang dapat menikmati pemandangan laut & pantai apabila menginap di sini. 


Pada waktu malam, dapat merasai sendiri kemeriahan waktu malam di Pantai Batu Buruk terutamanya pada hujung minggu Jumaat & Sabtu. Pantai Batu Buruk akan sesak dengan pengunjung dari dalam dan luar negeri. 


11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Harga yang ditawarkan serendah RM158/malam sahaja bergantung kepada tarikh tempahan. 


3. Paya Bunga Hotel (⭐⭐⭐)



11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Terletak di pusat bandar Kuala Terengganu, berhampiran Hentian Bas  Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT). Paya Bunga Hotel menjanjikan penginapan yang bermakna buat mereka yang ingin merasai suasana waktu siang & malam di bandar KT. 


Jangan lupa shopping & makan-makan di Hentian Bas tau. Ada kedai nasi ayam yang sedap. Korang juga boleh shopping di Paya Bunga Square iaitu mall yang bersebelahan Hotel Paya Bunga. Di mall juga ada pawagam dan tempat makan seperti Subway, Ayam Penyet AP, Seoul Garden dan sebagainya. 


11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Untuk korang mempunyai urusan rasmi pun sesuai menginap di sini sebab berdekatan dengan bangunan-bangunan kerajaan. 


Harga penginapan dari RM160/malam sahaja bergantung kepada tarikh korang membuat tempahan.


4. Raia Hotel & Convention Centre Terengganu (⭐⭐⭐⭐)


11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Terletak di Jalan Lapangan Terbang, Gong Badak. Berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Korang yang menaiki flight ke Kuala Terengganu dan ingin menginap di hotel best yang berdekatan airport Kuala Terengganu, boleh cuba menginap di Raia Hotel. 


Raia Hotel juga berdekatan dengan pantai Teluk Ketapang yang sangat popular di Kuala Terengganu. Kalau korang mempunyai program di Stadium Sultan Mizan, Raia Hotel juga boleh menjadi antara hotel pilihan korang yang terdekat. 


Harga Penginapan dari RM166/malam sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang.


5. Duyong Marina & Resort (⭐⭐⭐⭐⭐)


11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Terletak di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Resort ini sesuai untuk mereka yang inginkan suasana kehijauan dan pemandangan sungai Terengganu yang mendamaikan & inginkan sedikit privasi contohnya untuk bulan madu. 


Harga untuk tempahan bermula RM212/malam bergantung kepada tarikh tempahan korang. 


6. Grand Puteri Hotel (⭐⭐⭐)



11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Hotel ini terletak di Jln Masjid Abidin, Kuala Terengganu juga berdekatan Hentian Bas Kuala Terengganu. Sesuai untuk korang yang gemar menginap di pusat bandar kerana banyak kemudahan dan tarikan yang terdapat di situ antaranya Pasar Payang, KTCC Mall, Drawbridge dan juga tak jauh dari Pantai Batu Buruk. 



11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Harga yang ditawarkan bermula RM131/malam sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang. 



7. Sumai Hotel & Apartment (⭐⭐⭐)



11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Sumai Hotel & Apartment terletak di Bandar Kuala Terengganu. Berhampiran Pantai Batu Buruk kira-kira 5-10 minit pemanduan sahaja. Korang yang merancang untuk bercuti di Pantai Batu Buruk, melihat suasana dan kemeriahan di Batu Buruk bolehlah menginap di sini. 


Harga yang ditawarkan bermula RM166/malam sahaja bergantung kepada tarikh tempahan korang.


8. Arena Boutique Hotel (⭐⭐⭐)



11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Hotel ini agak terkenal dalam kalangan pengunjung kerana lokasinya yang strategik ditengah bandar Kuala Terengganu dan terdapat banyak kemudahan disekitarnya termasuklah kemudahan ATM dibawah hotel. Harganya juga lebih murah tapi bilik agak besar & selesa. 


11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Harga yang ditawarkan serendah RM111/malam sahaja bergantung kepada tarikh tempahan.

9. Hotel Seri Malaysia (⭐⭐)


11 hotel best di KUALA TERENGGANU


Walaupun hotel ini merupakan hotel bertaraf 2 bintang, tapi servis yang diberikan kepada pelanggan sangat terbaik berdasarkan feedback pelanggan di booking.com. Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar dan di pesisiran Sungai Terengganu. Korang dapat menikmati keindahan Sungai Terengganu dengan kemeriahan bot nelayan apabila menginap di sini. 


11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Harga yang ditawarkan serendah RM146/malam sahaja bergantung kepada tarikh tempahan dibuat.


10. Felda Residence Hotel (⭐⭐⭐)



11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Hotel Felda Residence terletak di sepanjang Jalan Hiliran, Kuala Terengganu dan di pesisir Sungai Terengganu. Pemandangan hotel mengadap bandar Kuala Terengganu. Hotel sangat dekat dengan Kampung Cina, Pulau Warisan, Pasar Payang dan pusat bandar Kuala Terengganu. 


11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Harga yang ditawarkan bermula RM149/malam sahaja bergantung kepada tarikh tempahan.


11. Hotel YT Midtown (⭐⭐)



11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Sejak aku kecil lagi Hotel YT Midtown, Jln Tok Lam, Kuala Terengganu ini sudah gah berdiri dan masih kukuh berdiri sehingga sekarang ya. Walaupun hanya bertaraf 2 bintang tapi kemudahan & kelengkapan yang disediakan di hotel cukup lengkap. Paling BEST, harga bilik sangat berpatutan. Ada yang tak sampai RM100 pun satu malam.😱


11 hotel best di KUALA TERENGGANU



Harga bilik yang ditawarkan dari sekitar RM97/malam sahaja bergantung kepada tarikh. 


Actually banyak je hotel bajet yang lebih murah sekitar Kuala Terengganu. Cuma bezanya keselesaan & kepuasan korang bercutilah. Kalau nak bercuti, mestilah nak menginap di hotel yang best & memberi kepuasan kan. Lagi-lagi bila ada urusan rasmi & penginapan ditanggung company. Rugi lah kalau menginap di hotel bajet yang murah. 


Apapun semuanya bergantung kepada bajet korang jugak.Kalau menginap di hotel mahal, pastu takde duit nak makan sotong celup tepung, nak beli belah di Pasar Payang pun tak jadi jugak hehe.


Kalau diberi peluang, aku nak bermalam di Duyong Marina Resort. Nak menginap di bilik diorang yang menghadap Sungai Terengganu, yang dikelilingi pokok-pokok, taman yang menghijau. Waktu petang boleh tengok sunset sambil minum kopi & pisang goreng HAHA.kemain. T_T

Post a Comment

0 Comments