Salam.
Untuk pengatuan korang, aku bukan student pandai yang masa zaman sekolah selalu dapat nombor 1,selalu naik pentas bila Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar,atau selalu menerima pujian daripada guru sebab genius,rajin dan selalu datang sekolah. Bukan! Aku bukan pelajar seperti itu. Meh nak story sikit aku pelajar macam mana ye. =p
Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) – 1996
Menangis sebab tak nak pergi sekolah.Tak suka betul pergi sekolah.
Nak duduk rumah tengok kartun!
Pernah kena rotan dekat mak siap mak paksa dan hantar sampai dalam kelas sebab liat gila pergi sekolah.Apalah si Apijol nie pemalas sangat.
Kawan-kawan dah pandai mengeja semua, aku abjad pun masih tergagap-gagap. Bilang no 1 – 100 pun tak tahu. T__T
Rasanya pernah jugak ponteng sekolah.Sorry mak, saya duduk dalam semak. Bila orang balik sekolah, saya pun balik jugak. wakakaka. =p
Sekolah Kebangsaan Tok Jiring – 1997 - 2002
Time nie dah rajin pergi sekolah walaupun sekolah lebih kurang 1km dari rumah dan berjalan kaki.Darjah 1 dah pandai mengeja sikit-sikit.Tak lancar mana pun hiks.Masuk darjah 2 baru lancar membaca hahahah!
Time peperiksaan, memang selalu dapat nombor antara 10-20. Duduk pulak kelas ke 4 dari 8 Kelas kalau tak silap.Dah ingat-ingat lupa nie.Kelas Hanafi.
Darjah 4 memang sangat pahit gila sebab kena tukar kelas. Dapat kelas yang paling belakang.Beb tahu tak perasaan camna bila dapat kelas paling belakang?Sedih gila. Sedih sampai aku menangis.Tapi apa nak buat.Teruskan ke sekolah seperti biasa.
Darjah 4 dapat nombor 4. Kalau dapat nombor 3, dah boleh naik kelas. Eleh, kelas belakang boleh lah dapat nombor 4 kan huhuhu.
Darjah 5 still duduk kelas paling belakang. Belajar dengan budak sekelas yang ada sesetengah student yang perangai macam errr. Jadi mangsa buli memang hampir setiap hari.Pastu memang bertekad gila dah. Naik Darjah 6 memang aku KENA TUKAR kelas.!!!!!!!
Alhamdulillah, ujian akhir tahun Darjah 5,dapat nombor 2. Dapat naik pentas Anugerah Pelajar Cemerlang untuk pertama kalinya.Dapat naik kelas ke kelas no-3. Suka gila hahaha.
Bila Darjah 6 baru ada guru yang mula perasan akan kewujudan aku. Mula memuji kepandaian aku menulis karangan Bahasa Melayu.Subjek BM memang aku suka gila.Pernah juga beberapa kali cikgu baca karangan aku dihadapan kelas.Padahal kita mintak tolong jaja tulis karangan.Itu yang karangan kita power tu kakakakakah. Ada jugak cikgu puji kabo tulisan aku lawa dan kemas.=.=
Keputusan UPSR? Dapat 2A 3B. A tu mestilah Bahasa Melayu. Nak pergi Sekolah Menengah Agama Tok Jiring memang awal-awal lagi kena reject. Terpaksa sambung tingkatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal.
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tunggal – 2003-2009
Sekolah menengah lagi jauh dari rumah. Dalam 6km camtu.Naik basikal.Istilah malas ke sekolah memang takde dah time nie. Besar dah kan.Dah pandai fikir kalau malas ke sekolah,membazir je yuran mak ayah aku bayar.Aku pun takkan pandai-pandai macam orang lain.Kata nak jadi cikgu kan! Terpaksa la berbasikal 6km setiap hari.Sampai sekolah memang berpeluh habis.Nak-nak time sekolah petang.Macam apa je peluh keluar. T__T
Peperiksaan Menengah Rendah(PMR) 2005
Subjek Bahasa Melayu dengan Pendidikan Islam memang aku skor habis. Subjek lain semuanya kelaut.Matematik apatah lagi ke Laut China Selatan hahaha.Time nie memang sesiapa nampak aku dia akan kata pendiamnya budak ini pemalunya budak ini.Beb memang aku pendiam kot time nie.Mungkin sebab pengaruh kawan sebaya kot.
Bila time rehat,tak rehat dekat kantin sebab ramai orang.Yela saya kan pemalu.Tak mungkin la nak rehat dekat kantin wakakaka.Pergi surau, solat sunat dhuha sebab surau belakang kelas je.Untung dapat kawan yang sangat menitikberatkan hal agama.Bila balik sekolah, solat berjemaah dulu di surau kemudian pergi perpustakaan.Ulangkaji pelajaran.
Bila exam sebenar PMR, tak dapat straight A’s pun. Dapat cukup-cukup makan. 3A 5B. Tapi memang dah excited gila sebab takde C dengan D. Dengan pencapaian yang tak seberapa tu, boleh sambung tingkatan 4 Aliran Sains Tulen. Rasa menyesal pulak ambil aliran ini sob.
Sijil Penilaian Malaysia(SPM) 2007
Masa Tingkatan 4, duduk kelas pertama. Berkawan dengan budak-budak pandai gila memang membuatkan aku stress. Nak-nak time exam. Bila exam, memang aku dapat nombor belakang.Rasa macam tak layak sangat ambil Aliran Sains Tulen. Rasa macam nak pindah kelas pun ada. Ambil Sains Pertanian.Tapi sekali kita melangkah, teruskan melangkah.Nak undur pun dah terlambat time tu.Belajarlah aku Subjek Fizik,Kimia,Biologi yang memang tak kena langsung dengan jiwa aku.
Tingkatan 5 kena turun kelas sebab result akhir tahun Tingkatan 4 langsung menunjukkan aku tak layak berada di kelas pertama.Suka gila.At least takde la tension bila turun kelas.Boleh belajar dengan rakan-rakan 1 level.:D Dapat nombor pun 1 – 10 je time exam wakaka. Boleh la bernafas sikit.Konon berada di zon selesa. Selesa sangat sampai Subjek Fizik,Kimia,Biologi dengan Add Math aku sangat teruk. Langsung tak boleh nak ikut.Masuk kelas tapi otak menerawang benda lain.
Kem Kecemerlangan SPM di Agro Resort
Result SPM? Teruk! Dapat 2A1 1A2 2C5. Yang lain tu semua kelaut lah. Mujur tak F je. Nak mintak Matrikulasi sah-sah tak lulus.Mintak Politeknik pun tak dapat.Mintak Diploma di universiti tempatan pun tak dapat. So apa nak buat nie? Masa depan macam dah gelap gelita.Dalam kepala dalam mula terbayang aku tengah bekerja di Mydin sobsob.
Mujur ada kawan-kawan dan cikgu yang selalu support.
Maka masuklah aku ke Tingkatan Enam. :D
Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia(STPM) – 2008-2009
Kiranya STPM merupakan last chance aku nak masuk universiti.Kalau STPM tak cemerlang, memang tak masuk universiti dah aku lepasnie. Haruslah membuat yang terbaik gila, berusaha gila dan rajin gila masa STPM.
Cakap pasal STPM, aku punya result masa peperiksaan kecil macam OTI dengan TOV memang tak power langsung.Macam Peperiksaan akhir tahun Tingkatan 6 Bawah tak sampai pun 2.00 cgpa. Padahal subjek STPM senang je. Ada empat subjek. Bahasa Melayu,Pengajian Am,Ekonomi dengan Geografi. 4 je kot.Takkan tak boleh nak score kan? Tapi seorang Apijol tetap tak boleh nak score.T__T
Naik Tingkatan 6 Atas, masih tak boleh maintain pointer 2.00. Pernah 1 exam tu dapat 1.8 je. Rasa macam nak terjun dari bangunan sekolah tingkat empat tu. Mujur ada kawan yang sangat supportive,guru-guru yang sangat caring,dan strategi pembelajaran yang sangat berkesan dari pihak sekolah macam kem akademik dan kelas tambahan sedikit sebanyak membantu. Lain-lain memang kau kena usaha sendiri.
Masa Peperiksaan Percubaan STPM, dapat la pointer 2.5. Suka gila sebab tak pernah dapat banyak tu.Sebelum ini tak sampai 2.0 pun. Lepas peperiksaan percubaan, usaha makin berlipat ganda. Buat study group-jawab soalan-soalan lepas-pinjam buku rujukan banyak bukan main-buat nota ringkas-peta minda sampailah ke Peperiksaan sebenar.
Bila result calon STPM 2009 keluar, aku merupakan antara orang paling gembira. Tak sangka dapat result comel gini tssk.
Berbekalkan result yang tak seberapa ini, aku telah berjaya menyambung pelajaran ke Universiti Kebangsaan Malaysia di Pusat pengajian Media dan Komunikasi sebagai seorang pelajar Sarjana Muda Komunikasi dan Pengurusan Maklumat selama 3 tahun. :D
Pada 26 Oktober 2013, secara rasmi dan nyata, aku telah menjadi salah seorang graduan Universiti Kebangsaan Malaysia pada Majlis Konvokesyen Ke-41. Setelah 17 tahun menimba ilmu, macam-macam dugaan aku tempuh, akhirnya aku berjaya menggenggam segulung ijazah! Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT, antara impian aku sejak aku di bangku sekolah rendah tercapai. Ingat tak? Masa zaman sekolah rendah dulu-dulu cikgu tanya siapa nak masuk universiti angkat tangan? Saya cepat-cepat angkat tangan padahal tak tahu pun universiti tu apekebenda! –.-
Terima kasih tidak terhingga kepada semua warga pendidik yang telah mencurahkan segala ilmu yang berguna,rakan-rakan yang sama-sama berjuang sama-sama berjaya,salam kasih sayang kepada kedua orang tuaku. Tak mungkin benar aku akan berada di sini tanpa kasih sayang dan didikan yang mak dengan ayah berikan.Mata merah nie dah kenapa? hihihihi. xoxo
Tahniah kepada semua graduan Universiti Kebangsaan Malaysia pada Majlis Konvokesyen ke-41 ini. Gambar-gambar konvo korang semua cantik-cantik hihihi. Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat.InsyaAllah. :D
30 Komen untuk "KRONOLOGI SEBELUM BERGELAR SEORANG GRADUAN"
Alalala....sweet dan cutenya budak nakal ni...akhirnya jd seorg graduan yg hensem gitu...tahniah pijol.....
Alhamdulillah...tahniah dah berjaya...selamat menempuh alam pekerjaan pula...
beribu-ribu tahniah, beribu-ribu tahniah, beribu-ribu tahniah, apijol berjaya...haha
aku 2 tahun lagi, 2015 konvokesyen..huhu
tahniah pijoooooooooooooooooooooo!!!!!! sero nok jadi budok sekoloh rendoh mula dih,hihihi
Wowwwwww!!seorang Jaja pon pernah tolong tulis karangan BM awak ke apihapijo!!!wowwwww...hehehe..
btw, saya pon pernah nusuk dalam rock malas g ngaji. Kakakka.
Tahniah! selamat mengharungi kehidupan seterusnya pulak
apijol.. hari ni br tau...apijol dulu suke duk lam semak. same kes ngan nuar n nasir..kih3.. cute nya kisah mu ni..
Tahniah awak! =)
haha.. tahniah bro.. macam buat resume yang panjang plak. hehe
Thanks Kak Wirda .. hihihih :D
Tqvm BUNDA.. InsyaAllah. :D
terima kasih.. All the best untuk demo.. hihih
thank you Mek Onie. sero nak masuk PASTI mula haha.
Pernah. masa darjah 6 haha. karangan pasal askar. siap ingat lg krngan pasal apa hahahah.
thanks bro.. :D
Nasir lg advance. almost setiap hari hahah
thanks anep!
thanks. resume gini xde org nak baca nati haha!
ni boleh jadi pembakar semngat adik2 yang rasa dia tak pndai dan nakal..sya dulu pun mcm ni..UPSR, PMR AND SPM lebih kurg je dengan Pijol. Tapi tu tak bermakna kita tak boleh berjaya kan..
bila baca ni teringat zaman sekolah dulu hihihi. btw congrats!
result UPSR, PMR, SPM tu sume tak penting dah
yang penting sekarang dapat keje yang best :)
ko muda aku lagi la ni..hahaha..bestnya resault stpm ko..bm aku kelaut..hahaha
mula2 datang blog nie ingatkan adik2. rupanya abang2. hahahah tersalah tafsir rupanya. samalah dengan hana time darjah dua baru lancar membaca tw. ahh zaman kanak2 lah zaman paling nakal dan seronok !! hana pun sangat rajin pergi sekolah semata2 sebab nak tengok orang yang kita minat kan. haha tp zaman tu dah lama berlalu. sekarang lebih dewasa. :)
wahhhh.. siap buat kronologi lagi... terbaik..
tahniah ! panjang kan perjalanan nak menuntut ilmu ni. semoga berjaya dalam kerjaya yang bakal diceburi.
Tiada kejayaan tanpa usaha...
Tiada kejayaan tanpa usaha...
apa2 pun..mak n ayah tersenyum bangga... :)
wah abg bagi saya semangatlah nak masuk u..kisah hidup abg lebih kurang mcm saya, darjah 2 baru boleh baca.saya pon darjah 5 dpt no 2..masa spm ambik aliran sains,tapi asyik dpt no tercorot je..last2 dpt 3A je..tapi add mt saya dpt D..jadi x dpt matrik..saya pon skarang tgh blajar form 6 atas..tgh tunggu result stpm..harap2 saya dpt masuk u..nie peluang terakhir saya nk masuk u awam..alhamdullilah percubaan stpm dpt 3A1C..doakan saya dpt masuk u eh^^..
wow mengimbau kenangan lama sangat hehe.. btw bila igt zaman belajar dlu ya Allah memang zaman paling best la. igtkn ms tu stress dah. rupanya kerja lg stress