Cara Mencari Side Income Secara Online

Zaman sekarang semua benda pun perlukan duit kan. Ada yang kerja lebih masa sampai malam. Ada yang buat lebih dari satu kerja. Semuanya untuk mencari pendapatan sampingan. Suri rumah pun ramai yang mencari pendapatan sampingan dari rumah sebab banyak peluang di internet. Hanya berbekalkan handphone, internet sahaja pun dah boleh membuat pendapatan sampingan secara atas talian.


6 Cara Menjana Income Online



Apa pendapatan sampingan yang korang boleh buat di internet nie? Sebenarnya banyak peluang untuk menjana pendapatan di internet tau. Cuma memerlukan kerajinan & kesabaran. InshaAllah mesti korang akan nampak hasilnya. Jom kita tengok apa pendapatan sampingan yang korang boleh lakukan.


Join Affiliate 


Korang boleh join Affiliate iaitu promote produk-produk melalui url link produk. Jika ada pembelian melalui link tersebut, komisen akan dimasukkan ke dalam e-wallet korang. Paling mudah ialah join affiliate Shopee or Lazada as aku percaya majoriti dalam kalangan kita mesti ada salah satu online shop nie dalam handphone korang kan. 






Program affiliate yang diperkenalkan oleh Shopee dinamakan Shopee Ambassador. Korang mesti pernah beli barang di Shopee kan? After dah terima barang, why not korang review mengenai barang tersebut di sosial media korang kemudian letakkan url link produk tersebut. But kena join dulu program Shopee Ambassador baru korang dapat komisen untuk setiap jualan.


Sekarang affiliate sangat terkenal di Tiktok. Ramai pengguna tiktok yang menghasilkan video affiliate yang menarik dan mendapat banyak komisyen. Tak perlu membuat pengeposan. Hanya menggunakan sedikit idea & kerajinan untuk menghasilkan video je. Kalau korang takde Tiktok, pergi buat sekarang!


Join Dropship atau Ejen Produk


Kalau korang tidak mempunyai modal untuk berbisnes, korang boleh join dropship produk. Macam-macam produk yang korang boleh jual antaranya produk berasaskan makanan, pakaian, skincare, produk kecantikan, dan sebagainya. 


Aku sendiri pun pernah join dropship produk kecantikan. Sebab tu kalau korang perasan dekat blog aku banyak post mengenai produk kecantikan -.- Memang aku fokus buat marketing dekat blog je. Boleh la lepas bayar bil internet.


Kalau ada sedikit modal, boleh cuba untuk menjadi ejen produk. Cari produk yang popular dan tak perlukan modal yang besar untuk menjadi ejen. Contohnya jadi ejen Amway. Amway memang dah lama ada di Malaysia rasanya dah lebih 40 tahun kot. 






Sehingga sekarang produk Amway masih popular & trending. Untuk menjadi ejen Amway, korang tak perlu habiskan sehingga beratus ringgit pun. Bayaran serendah RM 100 kebawah sahaja. Dah boleh menjual beratus produk dari produk kesihatan, kecantikan, perkakasan rumah dan sebagainya yang popular di Amway. Nak cuba menjual produk Amway boleh pm aku okay (sempat selitkan iklan haha)


Menjawab Survey Online


Apa kata gunakan sedikit masa korang untuk menjawab survey berbayar di dalam internet. Antara website yang korang boleh sign up untuk menjawab survey ialah Lootup, Curious Cat, Milieu & Bituro. Kebanyakan survey dibayar dalam USD. 1 Survey boleh mencecah sehingga melebihi 1USD. Kalau korang rajin, banyaklah yang korang dapat. 





Pendapatan Mengikut Kepakaran


Korang mesti ada kepakaran kan. Kepakaran dalam membuat editing, menghasilkan laman web, kepakaran menulis, kepakaran membuat marketing, membuat video, etc. Korang boleh sign up di website Fiverr dan marketkan kepakaran korang di sana. Mereka yang berminat dengan kepakaran korang akan terus contact korang di sana. Selain Fiverr, korang boleh juga cuba Freelancer.com, eRezeki dan UpWork





Influencer & Content Creator 


Sekiranya korang aktif di sosial media dan mempunyai ramai pengikut, korang boleh menjana pendapatan sampingan melalui sosial media. Biasanya pengikut yang berjumlah 1000 paling minimum untuk melayakkan korang menyertai task yang disediakan. Macam mana caranya? Korang boleh cuba sign up di Intellifluence. 


Selain Intellifluence, korang juga boleh cuba download apps SushiVid, Komaci, Passionation, Partipost di handphone korang. Kebanyakan task yang perlu korang lakukan ialah dengan mengambil gambar atau video mengikut kriteria yang diperlukan kemudian memuat naik di laman sosial korang. Semakin banyak pengikut korang, semakin tinggi peluang untuk mendapatkan task & bayaran yang lebih mahal. 


Menjadi Blogger & Vlogger 



Sejak wujudnya pelbagai sosial media, blog sudah tidak menjadi kegemaran anak muda. Masing-masing beralih ke sosial media. Namun korang masih boleh mendapatkan pendapatan sampingan melalui blog tau. Sekiranya korang suka menulis, blog memang sesuai & masih relevan untuk korang berkongsi pengalaman korang or minat korang seperti travel, makan-makan, penggunaan produk, permotoran, pelaburan dan sebagainya. 






Sekiranya korang suka video editing, suka bercakap di hadapan kamera, suka berlakon, korang boleh mencuba nasib dengan menjadi vlogger di Youtube. Antara cara menjana pendapatan melalui kedua platform tersebut ialah dengan mendaftar di Google Adsense


Korang akan menjana income melalui setiap klik dari pelawat yang klik pada iklan Adsense di dalam blog & video korang. Semakin tinggi views blog & video korang, semakin tinggi peluang untuk korang menjana pendapatan. Selain Adsense, Innity juga popular dalam kalangan penulis blog untuk menjana pendapatan. Kalau kita tengok di Malaysia sendiri sudah ramai youtuber berjaya menjana income yang lumayan. Korang pun boleh ! 



Bila dah mempunyai sedikit pendapatan sampingan, gunakan dengan cermat dan jangan boros tau. Asingkan sedikit untuk simpanan diwaktu kecemasan. Lagi-lagi sekarang ekonomi negara kita tak berapa nak stabil sangat. Korang boleh ke website savingscalculator.org untuk memudahkan korang merancang perbelanjaan & kewangan korang. 
0 Komen untuk "Cara Mencari Side Income Secara Online "

Back To Top