Mesti korang pelik kan seorang Apih Apijo yang sekeping nie tulis entri 10 makanan membakar lemak. Sebenarnya entri ini ditulis khas untuk korang diluar sana yang mempunyai masalah lemak berlebihan. Mungkin entri ini akan berguna pada aku apabila aku dah gemuk nanti. Entah bila nak gemuk pun taktahu. Dah bosan asyik kurus kerempeng je =.=
Korang yang ingin membakar lemak secara mudah selain melakukan aktiviti senaman, boleh cuba mengamalkan memakan makanan yang boleh membakar lemak. Kalau sayang sangat lemak, tak payah la buat. Ternak lagi lemak. Takpun kasi dekat aku nie yang kekurangan lemak nampak tulang je tersembur haha.
Berikut adalah 10 Makanan Yang Membakar Lemak
1. Oat
Ia bukan sahaja mempunyai rasa yang sedap(sedap ke?) tetapi juga mengurangkan rasa lapar anda. Oat mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol. Aku pernah juga praktik makan oat time belajar itu hari konon nak save budget. last-last berlaku pembaziran sebab aku kurang gemar oat beb!
2. Telur
Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu kita untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik .
3. Epal
Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting epal mengandungi pektin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.
4. Cili Hijau
Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu untuk membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.
5. Bawang putih
Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu kita untuk mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik .
6. Madu
Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan minum setiap hari pada awal pagi .
7. Teh Hijau
Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang boleh membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan berat badan kita .Amik 2 cawan setiap hari teh hijau ini untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum (WHEAT GRASS)
Ia meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak.
9. Tomato
Tomato membantu kita untuk membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu kita untuk menjauhkan diri dari kanser. Jadi Ambil tomato dalam diet anda secara berkala.
10. Coklat Gelap
Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti -radang yang membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.
Selamat mengamalkan memakan makanan yang boleh membakar lemak yang anda biakkan itu ye.
16 Komen untuk "(TIPS KESIHATAN) 10 MAKANAN MEMBAKAR LEMAK"
untuk org kuruish cmne plak/
okay nice tips..mek cah tgh diet. boleh amlkan makan oat bfore pi kerja.:)
amboi perli kito ko gapo ni hahahah.
Timo kasih :D
uhuhu. Buleh lah praktikkan hok ni ;)
salam kenalan .. follow sini ...
thanks for sharing ... mohon untuk copy paste yer hafiz ..
salam. tips yang bagus ni..:)
pasal campaign seeding tu dik..ada letak caption yang diorang sediakan x? kalau semua adik da buat..mungkin tak ada rezeki la tu..:) in shaa Allah ada rezeki mesti dapat jugak tu satu hari nanti :)
ok tips yang bagus. nak try. hana pulak dah bosan jd gemuk. hahahha
boleh tgk entri-entri lama dah post dulu hahaha
Mek Cah bukan kurus doh ke nk diet gane lagi hehehe
Sama-sama gemok ! Hehe
Salam kenalan.
Sila copy,
backlink jangan lupa haha
Thanks :D
assalam en.Hafiz, thanks for the tips!
cuma saya rasa macam saya lebih perlukan makanan yg dapat menambah lemak.
sebab sekarang dah ramai cakap saya semakin kurus.
macam papan.
cet.
Oat ni klu biskut mknla..oat gitu je mmg out of servis la nk telan...hihi...
kurangkan carbs dan fats. just ambik high protein food + workout. hoho
Cuba amalkan minum teh hijau..
p/s tuan blog nak promote sikit [ Menjual Teh Hijau/ Green Tea Ahmad Tea London]
hurmmm, kena beli biskut oat nih ;)