Kanak-kanak sekarang memang susah nak dipisahkan dengan handphone kan. Anak-anak buah aku sendiri pun asyik leka dengan handphone. Anak buah aku si Daniel tu suka betul layan youtube yang kartun lori, tow truck, excavator, bas semua tu. Sampai boleh hafallah setiap jenis lori. Aku pun tak tahu haha.
Game Online Belajar Matematik
Daripada diorang leka layan kartun dekat Youtube, apa kata korang kenalkan diorang dengan satu permainan online yang sesuai untuk kanak-kanak. Aku ada explore satu website yang menyediakan macam-macam permainan online versi kanak-kanak contohnya Game Matematik seperti game Math Boy. Game ini bagus sebab boleh mengasah kemahiran Matematik anak-anak. Konsepnya belajar sambil bermain. Menarik kan?
Melalui game Math Boy ini, anak-anak akan diuji dengan kepantasan menjawab soalan samada tambah, tolak, darab atau bahagi. Siapa yang jawab lambat, GAME OVER! Kenapa lah game macam nie takde dizaman aku kan? Kalau tak mesti aku dah pandai Matematik haha.
Selain game Math Boy, ada kira-kira 50+ lagi game matematik yang diorang sediakan. Korang pilih lah nak main game mana mengikut kemahuan anak-anak korang. Sambil diorang bermain, korang jangan lupa pantau & guide diorang. Nanti boleh la melihat sendiri sejauh mana kemampuan anak korang menjawab soalan matematik.
Game Online Puzzle
Selain game matematik, terdapat juga Game Puzzle. Kanak-kanak mana je yang tak suka main game puzzle nie. Aku pun kekadang terjoin anak buah aku main game puzzle sekali tapi main yang versi fizikal lah. Berebut okay masing-masing duk susun puzzle. Pokjoe pulak yang terlebih excited haha. Sekarang dah ada versi online. Dah tak payah beli puzzle dekat kedai buku okay. \0/
Cartoon Puzzle merupakan antara game puzzle online yang terdapat di sana. Siap boleh pilih nak puzzle berapa keping, 25 keping ke, 49 keping ke 100 keping pun ada \O/. Betul-betul menguji kesabaran lah yang pilih 100 keping tu. Jenuh nak cantumkan. Satu hal pulak anak-anak leka dengan game puzzle online sampai lupa nak siapkan keje sekolah T_T Make sure diorang jangan terlalu leka tau. Kena selalu pantau.
Game Classic Dulu-Dulu
Aku ada jumpa satu game nie. Game Classic zaman kanak-kanak hidung berhingus dulu-dulu haha. Aku suka betul main game nie dengan adik beradik aku. Siap bergaduh la-.- Kitorang panggil game nie dam ular. Yang lempar-lempar dadu tu.
Chutes and Ladders merupakan game yang diinspirasikan dari game dam ular yang aku suka main masa kanak-kanak tu. Sekarang dah boleh main secara online je rupanya. Korang boleh pilih nak main sorang atau nak main dengan sesiapa jela. Budak-budak sekarang aku rasa dah tak kenal kot game nie. Yela masing-masing dengan handphone je kan. Masa ini la korang nak bonding time dengan anak-anak korang.
Actually banyak lagi permainan online menarik yang anak-anak korang boleh main di sana. Aku cuma senaraikan 3 games je. Untuk bermain, korang boleh ke game online for kids. Untuk bermain 3 games yang aku sebutkan di atas, korang tekan je link yang aku share tu okay or boleh juga tekan gambar game. Korang akan terus dibawa ke halaman permainan online tersebut.=D
1 Komen untuk "Game Online Untuk Kanak-Kanak "
Menarik sangat games yang ada kat laman tu. Kenapalah takde zaman akak dulu. Kan?