Jom Kenali Jenis-Jenis Emas

Sejak emas semakin popular ini, aku pun dah terjebak sekali dengan pelaburan emas. Mana taknya, buka Tiktok ada orang buat live pasal emas. Di Facebook orang promote pasal emas. Dengan gua sekali kena racun haha. Tapi takpelah la kan. pelaburan emas nie pelaburan jangka panjang. Atleast, ada lah juga simpanan daripada aku boros asyik shopping dekat Shopee je. T_T


Jenis-Jenis Emas 


Bila dah mula menyimpan emas nie, kita kena lah tahu juga jenis-jenis emas. Emas apa yang sesuai kalau kita nak join pelaburan emas, emas apa yang susut nilainya lebih rendah, emas apa yang paling memberi keuntungan pelaburan jangka panjang, etc. Sebagai lelaki, emas perhiasan sah-sah lah diharamkan kalau kau nak pakai kan. 


Antara emas yang boleh lelaki simpan untuk dijadikan pelaburan & simpanan ialah emas 999 atau emas 24 karat (24K). Kalau korang beli emas, cuba check di emas korang mesti ditulis jenis-jenis emas seperti dibawah.


999.9 / 24K / 足金

Emas berketulenan penuh, turut dipanggil emas 10 dan emas kertas. Contoh emas ialah goldbar, jongkong, dinar. Di Malaysia banyak company yang sudah mengeluarkan emas 999 antaranya emas Public Gold, emas MAA dan emas KAB. Emas ini juga lebih mahal dari emas-emas lain disebabkan ketulenannya 999.9 dan paling sesuai untuk simpanan jangka panjang kerana susut nilainya yang rendah.


Jom Kenali Jenis-Jenis Emas

965 / 泰国

Emas tulen 96.5%, kebanyakan emas mutu sebegini dari Thailand.


950 / 23k

Emas tulen 95%.


916 / 22k

Emas tulen 91.6% emas ini hanya popular di negara asia, digunakan secara meluas di Malaysia, Singapura, Brunei. Emas 916 inilah antara kegilaan para wanita sebagai perhiasan. Kalau emas turun, cuba korang tengok kedai emas mesti penuh je dengan kaum wanita=P. Normally, emas perhiasan di Malaysia menggunakan emas 916 sebab senang dilentur kan. =D


Jom Kenali Jenis-Jenis Emas



875 / 21k

Emas tulen 87.5%, Boleh dikatakan hampir semua barang kemas negara timur tengah mengunakan emas ini


835 / 20k / 盾金

Emas tulen 83.5%, lebih keras dari 916 untuk, di komersial untuk barangan batu permata.


钱金


Emas tulen diantara 79% – 81%. Dikenali sebagai emas paun, campuran utama adalah tembaga merah. Emas ini hanya ada di Malaysia, sudah hampir 20 tahun ia tidak dihasilkan.

750 / 18k / K18

Emas tulen 75%, terkenal diseluruh dunia. Di Malaysia, ia menjadi emas pilihan untuk menghasilkan barangan batu permata. Hampir semua barangan kemas Italy mengunakan emas ini. Jika cop tersebut K18 barang tersebut dihasilkan di Jepun.


625 / 15k

Emas tulen 62.5% campuran ini tidak dihasilkan di Malaysia.


585 / 14k

Emas tulen 58.5%, popular di Malaysia pada 1995 hingga 2003 untuk menghasilkan rantai kristal, sekarang campuran ini dihasilkan jika ada tempahan khas barangan permata.


12k / 久金

Emas tulen 50%, dihasilkan di Malaysia satu ketika dulu, sekarang tidak dihasilkan lagi.

375 / 9k

Emas tulen 37.5%, dikenali sebagai Suasa.


925 / 950 / 996

Perak


Pd

Palladium, Malaysia ada menghasilkan cincin lelaki dari jenis logam ini.


PLAT / PT

Platinum, harganya lebih mahal dari emas.


CW

Carat Weight, merujuk kepada berat batu seperti berat batu berlian dan lain-lain


CZ

Cubic Zirconia. Membawa maksud batu permata yang dipasang adalah batu buatan bukan batu asli seperti berlian, zamrud dan lain-lain.

SS / steel / St steel

Stainless Steel.


GF

Gold Filled, saduran emas tebal. GF mungkin mempunyai kandungan emas sedikit, contoh jika dicop pada cincin (GF 1/20 12k) ia membawa maksud kandungan emas 12k hanya 5% dari berat keseluruhan cincin tersebut.

GP / Gold Plated / ZZ / 18Z / JJ / 18KGP

Emas Palsu, logam yang disadurkan dengan emas.


*Cop bertulis cina, bermaksud emas tersebut adalah emas lama, kerana sudah lama kilang-kilang emas dimalaysia tidak mengunakan cop tersebut, cop terkini adalah yang berunsurkan tiga digit.

*Jika anda dapati cop tulisan cina selain daripada yang tertera di atas, ketahuilah ia merujuk kepada kilang pengeluar dan tukang, begitu juga cop huruf yang lain.


Itu sahaja antara jenis-jenis emas yang dapat kita pelajari pada kali ini. So, korang yang masih berjinak-jinak dengan emas, masih belum terlambat untuk bermula okay. Macam aku sendiri pun baru start menabung emas pada tahun lepas. Bila dah mula menabung, rasa lah terdetik dalam hati. 


"Kenapalah dulu-dulu masa emas murah aku tak beli emas haha"


Masa aku mula-mula menyimpan emas iaitu pada April 2021 lepas, harga emas masa tu RM251/gram. Kalau tengok hari ini emas sudah mencecah RM277/gram. Kalau tak salah aku masa bulan April haritu emas naik harganya mencecah RM300/gram. In the future kita tak tahu lagi trend kenaikan emas ini. 


Yang pasti emas kalis inflasi compared to matawang kita kan. Sepanjang zaman emas akan berharga ibarat masa. Thats why la ada pepatah mengatakan "masa itu emas" . tibe. haha


Korang yang serious ingin memulakan pelaburan emas, ingin membeli emas, nak beli emas yang lebih murah, atau ingin mengetahui serba sedikit mengenai emas, boleh WhatsApp ke no nie tau wasap.my/60145056924Untuk katalog emas, korang boleh tengok di sini  orodesign.biz.
2 Komen untuk "Jom Kenali Jenis-Jenis Emas "

Terima kasih atas perkongsian . Sedikit sebanyak boleh tahu juga ada perbezaan di antara emas2 tersebut

Terima kasih atas perkongsian . Sedikit sebanyak boleh tahu juga ada perbezaan di antara emas2 tersebut

Back To Top