Baru-baru ini ada jiran yang bermurah hati bagi seekor ikan patin sungai. Terima kasih encik jiran semoga dimurahkan rezeki selalu. Besar betul patin tu maybe berat dalam 3-5kg kot. Takde pulak gambar nak tunjuk dekat korang. Aku baru masak 5 ketul, ada lagi 3 ketul dalam peti tu. 2 ketul bahagian badan, 1 bahagian kepala.
Firstime aku masak patin tempoyak. Biasa kalau makan dekat kedai selalu tak berpuas hati sebab rasanya yang kurang. Baru ni makan dekat Ana Patin House dekat KL. Sedap jugak. Korang kalau teringin makan ikan patin tempoyak, boleh try makan di Ana Patin House, KL. Masa pergi Temerloh haritu, singgah makan di Gobang Maju. Kecewa betul dengan lauk patin tempoyak diorang. Tapi tak tahu lah kalau kena dengan selera korang. Gobang Maju tu famous gila kot dekat Temerloh. Maybe expectation aku terlalu tinggi kot hehe. =P
Resepi Patin Tempoyak
Resepi patin masak tempoyak ini aku cari di Google. Kalau korang Google resepi patin tempoyak, banyak je yang keluar di Google tu. Resepi yang aku nak share ini katanya dari Temerloh. Menggunakan hanya beberapa bahan tapi rasanya sangat sedap okay. Cuma kena pandai seimbangkan rasa. InshaAllah sedaplah kejadian.
Bahan-Bahan Patin Tempoyak
1. 5 ketul ikan patin
2. 5 biji cili padi nak pedas boleh lebihkan (kisar)
3. 1 biji cili besar katanya supaya warnya cantik (kisar)
4. 1 inci kunyit (kisar)
5. 5-6 sudu besar tempoyak. Lebih kan lagi jika suka pekat. (kisar)
6. Segenggam daun kesum
6. Asam keping (aku tak letak sebab tempoyak aku dah masam)
7. 5-6 cawan air kosong
8. Garam & Gula secukup rasa
Cara Memasak Patin Tempoyak
Kisar cili padi, cili besar, kunyit, tempoyak. Resepi kata lebih sedap kalau ditumbuk. Aku malas! Panaskan periuk, masukkan kesemua bahan yang dikisar tadi. Masukkan air kosong. Kacau perlahan-lahan supaya semua bahan sebati. Kalau kuah agak pekat, tambahkan air. Kuah agak cair, tambahkan tempoyak. Bergantung pada citarasa koranglah ye.
Ada yang suka makan kuah pekat, ada yang suka cair sikit. But jangan terlebih air. Nanti rasa durian hilang tak sedap. Bila kuah dah menggelegak, masukkan garam & gula secukup rasa. Kalau tempoyak korang manis & fresh dari ladang, kena masukkan 2-3 keping asam keping. Aku guna tempoyak lama. Rasanya agak masam but aku lebihkan gula kedalam kuah. Bila rasanya dah balance, masukkan ikan patin dan daun kesum. Tunggu sehingga ikan patin empuk kemudian tutup api. Patin tempoyak siapp!
Ada resepi yang dimasukkan serai, bunga kantan. Tapi aku tak masukkan pun. Konon nak buat patin tempoyak ori Temerloh hehe. Alhamdulillah resepi patin masak tempoyak kali ini menjadi. Selamat mencuba!
0 Komen untuk "Patin Masak Tempoyak Mudah & Sedap"